Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
25.3 C
Kuala Lumpur
12 October 2024 (Saturday)
spot_img

Pendidikan Politik Adalah Hak Anak Muda!

Apabila satu Malaysia mendapat khabar bahawa parlimen telah dibubarkan, bermulalah perlumbaan parti politik serta calon-calon yang bakal bertanding untuk berkempen dan meraih undi. Perasaan panik mereka jelas terzahir kerana tanpa undi, tiada kuasa lah mereka untuk memerintah negara.  Bagi anak-anak muda yang akan mengundi buat kali pertama tidak kurang juga berasa risau dan runsing dengan kerumitan isu politik semasa dan proses mengundi. Ternyata mereka memerlukan ruang dan peluang untuk berdiskusi dan bertanya soalan-soalan yang bermain di minda mereka.

Sebagaimana yang telah dicerap oleh survey Merdeka Center pada tahun 2021 di mana 70% anak-anak muda tidak berminat dengan isu semasa yang melibatkan politik, 78% pula menyatakan politik ini terlalu rumit untuk dicerna dan 50% anak-anak muda merasakan suara mereka tidak diendahkan oleh ahli politik. Tambahan pula, menurut Indeks Belia Malaysia 2015-2020 survey mereka telah mendapati dimensi sosialisasi politik anak muda adalah yang tercorot secara konsisten dari tahun 2015 hingga 2020 dengan meraih skor sebanyak 27.75% sahaja. Konsep Literasi politik merujuk kepada ilmu pengetahuan tentang demokrasi, tanggungjawab sivik, isu-isu semasa dan sistem sosial dan keterkaitannya dengan unsur kuasa. Manakala sosialisasi politik pula merujuk kepada partisipasi anak-anak muda dalam aktiviti politik seperti wacana politik dan aktivisme bersama masyarakat dan juga dengan ahli politik.

Dalam artikel ini, saya akan ulas beberapa inisiatif dari organisasi sivil dan individu yang bertungkus lumus dalam usaha untuk siap siagakan anak-anak muda dengan literasi dan sosialisasi politik yang kritis! Antara yang banyak memberi akses kepada literasi dan sosialisai politik yang kritis pada pandangan saya adalah Kuasa Siswa dari Fahmi Reza, Civically-Esl dari Cikgu Auzellea dan My Catalyz inisiatif Merdeka Center dan Team Selangor.

Sosok yang seringkali terkenal dengan grafik satiranya mengkritik pemimpin dan parti politik adalah saudara Fahmi Reza. Telah lama beliau membangunkan organisasi sivil yang diberi nama Kuasa Siswa sejak tahun 2010 sehingga kini. Ternyata objektif utama inisiatif Kuasa Siswa adalah untuk memberdaya Mahasiswa dalam membangunkan kesedaran kritis akan proses demokrasi di Malaysia. Dengan suasana panas menjelang PRU15, kita disajikan dengan pendidikan dan sejarah politik yang amat menarik, kreatif dan kritis di ruang TikTok Kuasa Siswa. Antara subjek yang diajar oleh “cikgu” Fahmi adalah berkenaan sistem demokrasi, sistem pengundian dan juga bagaimana memahami ideologi parti politik agar anak muda dapat berdiskusi bersama-sama dengan audiens yang lain. Apa yang dikongsikan oleh Kuasa Siswa langsung tidak mengajak audiens untuk membenci mana-mana parti politik mahupun kerajaan. Namun begitu, apabila pelajar-pelajar universiti sendiri mengajak Kuasa Siswa ke kampus untuk mengajar dan bertemu dengan mahasiswa, seringkali aktiviti pendidikan literasi politik ini dihentikan atau tidak dibenarkan oleh pihak pentadbir universiti. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti mungkin telah menggunakan alasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang menyekat kebebasan warga universiti dalam membincangkan isu-isu politik dan melibaturuskan diri dalam aktiviti sosialisasi politik. Saya fikir, Akta ini telah bercanggah pula dengan usaha non-partisan UNDI18 yang telah dipersetujui dan diluluskan di peringkat parlimen untuk merendahkan had umur mengundi dan meningkatkan literasi politik belia di Malaysia.

Inisiatif yang kedua pula adalah dari seorang guru Bahasa Inggeris yang amat saya hormati iaitu Puan Auzellea Mozihim atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Zell. Seorang alumna Fulbright, dan guru sekolah menengah di Sabah, beliau telah membangunkan Civically-ESL iaitu sebuah ruang di media sosial instagram dan blog untuk beliau kongsikan modul-modulnya kepada semua. Dengan ruang ini, beliau telah menyediakan sumber pedagogi mata pelajaran sivik yang digabungkan dengan mata pelajaran bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dan sekaligus mendidik pelajarnya tentang proses demokrasi dan politik yang tidak berpartisan. Cukup kreatif dan kritis modul-modulnya. Antara aktiviti yang menarik perhatian saya adalah pembelajaran tatabahasa dengan kaedah menulis surat rasmi kepada wakil rakyat dan berdebat dalam bahasa Inggeris tentang polisi dan isu semasa. Kaedah penulisan surat, perbincangan dan perdebatan ini memang acap kali digunakan dalam pembelajaran bahasa Inggeris namun terlalu jarang apabila aktiviti menulis serta berdebat ini melibatkan isu polisi, perlembagaan dan permasalahan konstituensi. Akhir sekali, sebagai seorang pendidik-aktivis, beliau juga aktif memberi pendidikan literasi politik di komuniti beliau. Atas kapasiti beliau sebagai sekretariat Undi Sabah, usaha untuk memberi keterangan tentang proses mengundi, jenis-jenis kempen positif dan juga asas sistem demokrasi dan pentadbiran negara telah dijalankan untuk meningkatkan literasi politik di komunitinya.

Akhir sekali, adalah inisiatif dari MyCatalyz sebuah organisasi yang dibangunkan oleh anak muda di bawah Merdeka Center dengan kerjasama Team Selangor. Sejak dari tahun 2018 lagi, mereka telah giat menjalankan bengkel Sivik dan Demokrasi untuk memberikan akses pendidikan literasi dan sosialisasi politik untuk belia dari pelbagai latar belakang etnik, agama, gender, pendidikan, dan kelas sosial. Dari pengamatan saya sebagai peserta dan tenaga pengajar, My Catalyz telah menggunakan kerangka pendidikan yang selari dengan Objektif Rukun Negara iaitu berasaskan perpaduan pelbagai etnik, cara hidup yang demokratik, adil, liberal dan progresif. Pedagogi kritis mereka pula disulam dengan aktiviti pembelajaran yang kreatif, kritis dan amat menarik seperti penggunaan seni, filem, theatre, dan juga kaedah pemetaan sejarah. Dalam bengkel ini, peserta berpeluang untuk berdialog, berdiskusi dan berdebat secara demokratik dan bertamadun. Peserta juga digalakkan untuk mengutarakan soalan-soalan kritis dalam membuat dekonstruksi sistem sosial, kuasa dan sejarah  yang mungkin susah untuk diterima dalam konteks pembelajaran konvensional. Namun tidak mengapa kerana di My Catalyz, tenaga pengajar dan fasilitatornya terbuka untuk menerima dan membincangkan pelbagai persoalan yang dekat dengan hati dan realiti sosial anak-anak muda. Bengkel Sivik dan Demokrasi My Catalyz ini telah berjaya memberi peluang dan ruang yang selamat, santai dan menyeronokkan untuk anak muda dalam membina bangsa Malaysia bersama-sama. Sempena PRU15 yang akan datang, mereka juga telah melancarkan kempen #KuasaUndi dan #DoneCalitJari sebagai sebuah advokasi untuk menggalakan anak-anak muda dan pengundi kali pertama untuk menjalankan tanggungjawab sivik sebagai pengundi.

Kesimpulannya, literasi politik dan sosialisasi politik anak-anak muda masih berada pada tahap yang amat rendah. Walaupun UNDI18 telah berjaya dilaksanakan pada 2019, ternyata gerak kerja yang lebih gencar diperlukan khususnya di sekolah, universiti dan ruang awam. Usah dihentikan atau disekat-sekat usaha murni untuk mempertingkat pendidikan literasi dan sosialisasi politik anak muda. Pihak kerajaan dan autoriti pendidikan harus menyokong usaha-usaha rakyat Malaysia yang sudi  menjalankan tanggungjawab sivik untuk meningkatkan literasi dan sosialisasi politik anak-anak muda kita. Saya juga amat mengalu-alukan inisiatif dari pihak kementerian pendidikan khususnya agar wujudnya kesepaduan dalam usaha kita bersama untuk meningkatkan literasi dan sosialisasi seluruh warga Malaysia.

*Fatimah Tajuddin ialah Bendahari NARATIF.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini