33.8 C
Kuala Lumpur
11 August 2022 (Thursday)
spot_img

Perihal

NARATIF

NARATIF bermaksud wacana ilmiah sesama anggota masyarakat Malaysia. Perkataan ini mencerminkan semua matlamat dan kegiatan pertubuhan yang menekankan agenda dan upaya memasyarakatkan ilmu.

Matlamat

  1. Menggiatkan hubungan antara ahli dalam penerusan aktiviti tradisi keintelektualan yang kritis dan peduli melalui perbincangan kelompok, syarahan, bengkel latihan, seminar dan penulisan berkaitan naratif pembangunan Malaysia.
  2. Menggalakkan aktiviti pengkajian, penyebaran, dan pemindahan pengetahuan berasaskan gunaan secara berkala bagi mendapat maklum balas semasa masyarakat berhubung pembangunan malaysia.
  3. Mengadakan kerjasama dan rundingan erat daripada segi input dasar dengan kerajaan selaras cita-cita pertubuhan dalam memperkayakan nilai dan praktis pembangunan masyarakat malaysia.