Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
25.3 C
Kuala Lumpur
12 October 2024 (Saturday)
spot_img

Wawancara bersama Prof Emeritus Dr Ahmat Adam: Menumbuhkan Kebebasan Akademik Menerusi Pendemokrasian Ilmu

Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam merupakan ahli sejarah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain pernah berkhidmat di UKM dan UMS, beliau pernah menjadi Felo Penyelidik Pelawat di Oxford Centre for Islamic Studies. Buku terbarunya ialah mengenai “Tawarikh Melayu dan Malaka.” Dalam wawancara ini, beliau berkongsi pandangan kritisnya mengenai kebebasan akademik termasuklah melontarkan pengamatannya mengenai kedudukan dunia akademik di Malaysia dewasa ini.

Naratif Malaysia (NM): Apa makna kebebasan akademik?

Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam (AA): Kebebasan Akademik adalah suatu konsep yang penting bagi pemupukan dan pengembangan ilmu-ilmu (the sciences) yang berasaskan kebenaran dan ketelusan pengamal konsep ini.

Secara eksplisitnya, kebebasan akademik ialah upaya membolehkan  seseorang pengajar, baik di sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, mengajar dan  membicarakan soal-soal ilmu pengetahuan tanpa disekat oleh mana-mana pihak, baik institusinya, mahupun pihak yang berkepentingan,  ataupun kerajaan yang memerintah.

Kebebasan akademik memberikan hak kepada pendidik dan ilmuan (scholars) mengajar, menulis dan mengembangkan ilmunya tanpa gangguan atau ditakut-takutkan oleh pihak yang berkuasa sama ada mereka yang berwibawa di sekolah, universiti, ataupun pemerintahan negara.

Kebebasan akademik memberi kebebasan kepada pengajar dan pelajar di institusi pengajian tinggi untuk menyuarakan pandangan terhadap apa-apa mauduk tanpa diganggu-gugat oleh pihak pengajar, institusi dan pegawai kerajaan.

Tetapi kebebasan akademik hanya boleh terjadi jika mereka yang menganggap diri mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat, atau pun “ilmuan” yang menganggap diri mereka mempunyai kredibiliti, dapat menunjukkan komitmen sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam hal mempertahankan kebebasan itu demi mencuba menegakkan kebenaran sesuatu prinsip yang dipegang.

NM: Apakah faktor yang mendorong suburnya kebebasan akademik?

AA: Pada umumnya kebebasan akademik dituntut dan dipegang sebagai budaya utama yang diamalkan oleh mereka yang berkecimpung di Universiti ataupun selepas mereka bersara sebagai pengajar atau staf akademik.

Alasan memperjuangkan kebebasan akademik adalah kerana ia merupakan sebahagian daripada hidup bernegara dalam sebuah negara yang demokratik.

Tetapi kebebasan akademik tidak akan berlaku selagi prinsip demokrasi dalam berilmu dan menjana ilmu tidak difahami oleh pihak pengurusan Universiti dan pihak kerajaan, khususnya kementerian pengajian tingginya (seperti di Malaysia). Ia tidak mungkin berlaku tanpa dukungan pihak-pihak yang benar-benar percaya kepada peri pentingnya memelihara dan melestarikan upaya peningkatan kualiti pengajaran di institusi pengajian tingginya.  

NM: Apakah syarat-syarat atau budaya gigih untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara pada umumnya – baik di peringkat sekolah mahupun di universiti sudah berlaku atau dilaksanakan di negara ini? 

AA: Harus ditanyakan juga ialah, sudahkah pihak yang berwibawa memperhatikan dan menyedari betapa kualiti pengajaran di institusi pengajian tinggi dan terutamanya kualiti tenaga pengajarnya (khususnya mereka yang bergelar profesor) sudah semakin merosot di kebanyakan universiti di negara ini?

Sebagai contoh, sedarkah pihak awam dan mereka yang prihatin terhadap pengurusan universiti membuat kajian yang objektif terhadap isu kemerosotan kualiti pengajaran dan penghasilan ilmu di institusi pengajian tijnggi di negara ini? Sudahkah dikenal pasti betapa ramainya ahli akademik yang tiada kepakaran dalam disiplin ilmunya—bahkan tiada membuat penyelidikan atau menemukan dapatan-dapatan baru dalam penyelidikan ilmiahnya—yang dinaikkan pangkat sebagai profesor?

Sudahkah pihak pengurusan akademik sesebuah universiti membuat tinjauan atau kajian mengenai standard/kualiti tesis pasca-siswazah yang dihasilkan di fakulti-fakulti mereka?

NM: Apa pandangan anda mengenai keadaan dunia akademik di Malaysia dewasa ini?

AA: Berdasarkan maklum balas daripada pihak-pihak yang prihatin, kita perlu sedarkan pihak-pihak yang berwibawa dalam masyarakat dan kerajaan bahawa ada universiti yang bertindak seolah-olah sebagai pasar malam dalam usaha melahirkan siswazah yang memperoleh ijazah doktor falsafah yang diragukan kualitinya oleh pihak-pihak berwenang di peringkat antarabangsa.

NM: Apa contoh-contoh yang menunjukkan betapa rendahnya mutu penyelidikan dan penerbitan yang terdapat di universiti mutakhir ini?

AA: Situasi masa kini juga menunjukkan terdapatnya ramai profesor dan ahli-ahli akademik di universiti awam yang bermain politik lantaran tidak berwibawa dalam bidang ilmiah dalam disiplin masing-masing. Mereka ghairah mahu menjadi pengulas politik dalam negeri tetapi tiada mempunyai kewibawaan dalam disiplin ilmunya yang sepatutnya perlu bersandarkan penyelidikan dan penerbitan ilmiah yang berkualiti.

Kini terdapat juga badan penerbit Universiti yang tidak menilai dan menyaring dengan ketat mutu atau kualiti bahan yang diterbitkan. Contoh-contoh penerbitan yang bermutu rendah ini boleh dilihat beredar sekarang ini di khalayak awam.

Oleh kerana golongan profesor di sesebuah universiti itu mewakili mutu pengajaran dan kualiti akademik yang diperlihatkan oleh universiti tersebut,  maka amatlah janggal kelihatannya apabila ada profesor yang mengeluarkan kenyataan bahawa gunung Himalaya itu bererti “orang Melayu dari gunung”.

Bahkan ada kes-kes di mana “sang profesor” (termasuk yang sudah bersara)  memainkan sentimen perkauman dan nasionalisme kaum tertentu untuk mendapatkan perhatian masyarakat dan orang-orang politik demi mempromosi kepentingan diri mereka.

Lebih memalukan lagi ada kes-kes profesor yang bersara memohon kepada pihak pengurusan universiti agar diberikan gelar “emeritus” tanpa cuba memahami erti kata “emeritus” itu yang sebenarnya.  

Seseorang yang menganggap dirinya “ilmuan” (scholar atau sarjana)  dan ingin pula berlagak sebagai “intelektual awam” perlu terlebih dahulu menunjukkan bukti sahih mengenai kemampuannya sebagai “scholar” melalui penerbitannya yang “scholarly” sifatnya. Tetapi takrif ini tidak berlaku di negara ini.

NM: Sudahkah masyarakat akademik di universiti bersedia untuk memainkan peranan masing-masing dalam memperjuangkan kebebasan akademik jika mereka belum lagi memenuhi syarat-syarat untuk digelar “ilmuan” atau “scholar”?

AA: Jawapannya: pasti “Tidak”.

NM: Apakah AUKU (yang sudah dipinda beberapa kali sejak perlaksanaannya pada tahun 1971) sahaja yang menjadi penghalang kepada kebebasan akademik?

AA: Apakah masyarakat negara ini mengerti—dan benar-benar komited kepada konsep kebebasan ilmiah? Pertanyaan yang lebih penting lagi: Sudah diamalkan hak “kebebasan akademik” di negara ini?

NM: Bolehkah pelajar atau pensyarah di universiti membahaskan isu-isu keagamaan yang dianggap atau dilihat sebagai penghalang kepada perkembangan ilmu dan ketamadunan?

AA: Saya ingin bertanya kembali: Bolehkah masyarakat universiti (pelajar dan pengajarnya) membahaskan soal kejumudan berfikir dalam kalangan mereka yang menggunakan agama sebagai modal berwacana dan mengeksploitasi sentimen keagamaan untuk menghalang-halangi kebebasan akademik di universiti? Lebih malang lagi, ingin saya nyatakan bahawa terdapat pihak pengurusan Universiti yang bersekongkol dalam upaya menyekat kebebasan itu. 

Akhir kata, setelah saya asyik ditanya, maka biarlah saya pula bertanyakan soalan kepada semua:

Bolehkah anggota masyarakat yang mahukan kebebasan akademik mengeluarkan pendapat, baik dalam bentuk tulisan ilmiah mahupun dengan  perdebatan intelektual, terhadap golongan elit feudal di negara ini yang menyalahgunakan kedudukan mereka dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar etika kemanusiaan, prinsip kebenaran dan undang-undang negara?

Bolehkah hak kebebasan akademik dipraktikkan demi mempertahankan prinsip kebenaran dan kemanusiaan, apabila golongan ini bersalah?  

Memang, selagi hal-hal seumpama ini tidak boleh diungkapkan, walaupun ia tidak melanggar undang-undang dalam perlembagaan negara, maka jelaslah kebebasan akademik itu sebetulnya belum boleh dikatakan wujud di negara ini.

Wawancara ini merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan “MAL 169 – After 50 Years of AUKU: The Role and Impact of AUKU’s Development on Academic Freedom in Malaysia” oleh Naratif Malaysia dengan kerjasama Malaysia Reform Initiative (MARI), Higher Education Malaysia Association (HEYA), Cent-GPS and Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini