Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
24.9 C
Kuala Lumpur
5 October 2024 (Saturday)
spot_img

Surat Kepada Muda: Sebuah Pandangan Kerdil Mengenai Perubahan Iklim

Saya terpanggil untuk menulis setelah tular berita bahawa Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa; “Malaysia bukan negara yang terkesan dengan impak perubahan iklim”. Berita yang pada mulanya disiarkan oleh BERNAMA pada 7 April 2021, diterbitkan  semula oleh portal-portal akhbar tempatan dengan tajuk di yang lebih kurang sama, tular di media sosial yang kemudiannya, kumpulan yang kita boleh gelarkan sebagai netizen “terpelajar”, mengutuk dan melontar pelbagai tohmahan kepada menteri tersebut. Walaupun tajuk artikel di portal-portal tersebut telah pun diperbetulkan secara retroaktif untuk memperjelaskan konteks sebenar, mungkin ia sudah terlambat untuk mengubati persepi orang ramai – bahawa kepimpinan yang bertanggungjawab terhadap perihal alam sekitar tidak menjalankan tugasnya, malah mengatakan Malaysia terlindung daripada bala dan bencana!

Isu ini tidak berakhir begitu sahaja. Bahkan ia seakan-akan menjadi peluru bidikan kepada parti-parti politik lawan yang berseberangan dengan aliran atau pandangan yang dikemukakan. Parti MUDA umpamanya, cuba menegur ‘kelalaian’ dan ‘kelemahan fahaman’ Tuan Ibrahim supaya lebih peka dengan “realiti sosial dan dunianya”. Kenyataan Parti MUDA yang diterbitkan di Facebook ini, seolah-seolah untuk mengandaikan bahawa beliau tidak memahami keseriusan krisis klima atau sekurang-kurangnya, perjanjian-perjanjian dunia dan kerajaan-kerajaan lain dalam menangani isu ini. Terdapat juga gesaan supaya beliau (Menteri) menjalinkan bekerjasama dengan ‘pihak kerajaan dan bukan kerajaan’ untuk menangani isu alam sekitar.

Kita tidak menolak bahawa Malaysia memang terkesan dengan impak perubahan iklim. Ia jelas dengan memberi beberapa contoh yang lazimnya dikaitkan dengan perubahan iklim seperti kekerapan banjir, kenaikan suhu, dan pencemaran udara yang semakin serius – yang kita secara peribadi turut mengalaminya. Hal ini adalah jelas dan dapat diikuti menerusi laporan berita arus perdana mahupun aliran bebas – setiap kali berlakunya musim ‘panas ekstrem’, banjir di Pantai Timur, dan ketibaan acara jerebu tahunan di negara kita.

Rakyat juga tahu bahawa hasil negara kita – minyak, gas asli, dan minyak kelapa sawit – bukan sahaja penyumbang besar kepada ekonomi, malah hangat diperdebatkan dalam persada dunia, baik dari segi kelestariannya, pencemarannya dan isu-isu hak asasi manusia. Malaysia juga, dengan caranya tersendiri, aktif dalam gelanggang ekonomi global sambil cuba mempertahankan perlaksanaan dan pemilihan teknologi batu bara (arang batu) dan penanaman kelapa sawit. Pada masa yang sama, kita (sebagai sebuah negara) juga harus turut bersama-sama mengikuti rentak dunia untuk mengurangkan pengeluaran emisi supaya suhu global tidak melebihi 1.5oC pada masa akan datang, seperti yang ditandatangani dalam Perjanjian Paris pada 2015.

Namun, kita harus melihat realiti Malaysia daripada perspektif global. Untuk tahun 2018 sahaja, menurut badan Climate Watch yang mengumpul data emisi dan komitmen Nationally Determined Contributions (NDC) negara seiring dengan Perjanjian Paris, Malaysia cuma mengeluarkan kurang daripada 1% keseluruhan emisi dunia (‘world greenhouse gas emissions, COequivalent’).   Tambahan lagi, kita bukanlah negara yang tergolong dalam kumpulan negara yang kurang membangun (“Least Developed Countries”) mahu pun dalam SIDS (“Small Island Developing States”), yang lebih terdedah kepada kesan perubahan iklim. Kita juga tidaklah mempunyai ekonomi yang besar, mahupun kepentingan strategik, mungkin tidak seperti negara-negara yang dijemput ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim oleh Amerika Syarikat.

Jadi saya ingin menegaskan kembali bahawa kita harus berpijak ke bumi nyata dan sedar, dalam dunia geopolitik (di luar dunia Islam, tentunya), Malaysia bukanlah pemain besar. Ya, penting untuk kita turuti proses kerjasama seperti yang ditetapkan dalam United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), namun adalah lebih mustahak untuk kita menoleh ke belakang dan menyelesaikan apa yang ada di hadapan mata kita sendiri.

Sama ada meletakkan apa yang berlaku di bawah rencana Tuhan atau perbuatan Manusia, itu pedebatan lain dan terpisah. Namun ia menunjukkan dengan jelas bahawa kemusnahan hutan simpan dan kawasan Orang Asli untuk mengekspoitasi mineral, kayu balak dan penanaman monokultur berlebihan adalah akibat perbuatan manusia. Ada pihak yang mengeksploitasi kelemahan undang-undang dan penaksiran ‘hutan simpan’, ada juga yang ingin membolot kekayaan industri tertentu sehingga alam sekitar dicerobohi haknya. Mungkin kalau dahulu, pihak-pihak tersebut boleh menyembunyikan kerosakan alam sekitar dengan ketiadaan imej satelit dan penggunaan internet meluas. Namun di era digital ini, adalah lebih mudah untuk mendedahkan kezaliman, dan selanjutnya, mempertanggungjawabkan mereka.

Secara kerdilnya, kita juga sebagai individu biasa harus sedar bahawa kita turut menyumbang kepada pencemaran dalam perbuatan seharian kita – memandu ulang-alik berjam-jam ke kota raya, membeli sayur yang diimport dari luar negara dan bukan hasil lokaliti setempat, tinggal di rumah batu simen tanpa pengudaraan bagus yang memaksa pengunaan penghawa dingin berterusan, dan juga hal-hal lain. Adalah mudah untuk menekan di papan kekunci menuding jari kepada orang, namun jalan yang lebih sukar adalah melawan kelalaian diri sendiri.

*Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak mewakili pandangan NARATIF.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini