Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
25.3 C
Kuala Lumpur
12 October 2024 (Saturday)
spot_img

Membentuk Aktivis Intelektual yang Fasih Ilmu

Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Naratif Malaysia (NM) yang sudi menjemput saya dalam Bengkel Pembinaan Kapasiti Penyelidik Muda ini. Saya merasa sangat gembira dapat bersama-sama dengan generasi intelektual muda pada hari ini. Apatah lagi, saya diminta untuk bercakap mengenai sesuatu yang saya gemari: tentang keperluan untuk memperoleh suatu pengetahuan teoretikal yang mendalam.

Memang, perkara yang paling utama dalam Sains Sosial adalah berkenaan istilah theoretically informed. Dari segi sosiologi pengetahuan (Sociology of knowledge), Malaysia sering menghadapi dilema ruang ataupun jarak antara teori dan praktis yang sering menjadi bahan perdebatan di kalangan ahli Sosiologi dan Sains Sosial di Eropah khususnya di Jerman. Menurut saya, relevannya teori dalam Sains Sosial memerlukan kita untuk memahami sejarah yang dikaji sama ada sistem politik, aktor sosial, pergerakan sosial ataupun permasalahan yang wujud dalam kalangan masyarakat.

Justeru itu, to bridge the gap between theory and practice, masyarakat Malaysia tidak boleh lari daripada kegunaan Sains Sosial dalam kehidupan politik sama ada di peringkat masyarakat mahupun pihak berautoriti seperti ahli kerajaan, parti politik dan pemimpin budaya masyarakat termasuklah pemimpin agamawan. Meskipun golongan ini (ulamak) mengatakan mereka mengkaji dan bercakap soal agama tetapi mereka juga mengunakan kerangka sosiologi.

Pertamanya dari segi percubaan mereka untuk membawa ke hadapan tafsiran dan perspektif agama Islam yang difikirkan relevan malah dianggap benar. Dari segi perspektif sosiologi sudah boleh dikenalpasti permasalahannya. Persoalannya adalah what is truth? The truth that we are telling is from Quran, what Prophet said and what Islam should be. Jadi, dari segi sociology of knowledge itu sendiri sudah menjadi sesuatu yang penuh dengan perdebatan dan perbezaan pendapat. Dari segi perspektif praktis, kini sudah banyak aktor sosial yang terlibat yang mempraktikkan ataupun yang menggunakan Sains Sosial.

Menurut panel sebelum ini, yakni Prof. Abdul Halim Ali, para ahli akademik kurang menggunakan ilmu, teori dan dapatan kajian mereka untuk mengkritik ataupun memulakan suatu perdebatan. Terdapat dua bidang yang banyak menonjolkan masalah ini iaitu kajian ketidaksamaan atau lebih tepat ketidaksamaan gender. Dalam perdebatan ataupun idea yang dibawa oleh aktor sosial seperti persatuan ulamak, ulamak yang memegang jawatan dalam kerajaan atau dalam pergerakan sosial menyatakan sesuatu yang benar dan relevan kepada masyarakat.

Sebagai pelajar bidang sosiologi dan Sains Sosial, mereka perlu menangani masalah ini dan memahaminya sebagai latar belakang sekiranya ingin mengkaji transformasi sosial dalam masyarakat kerana perdebatan dan perbincangan tentang agama, peranan agama dan pemimpin agama mempunyai satu kedudukan yang penting.

Satu kesimpulan awal yang boleh dibuat ialah peranan Sains Sosial kini mestilah kritikal: “We have to be critically informed we have to understand the historical back ground and we have to be analytical in looking at where the power rises and the power is used” terutamanya apabila identiti politik dan peranan golongan agama atau institusi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam menentukan jalan Islam yang benar.

Sebagai contoh, selembar ayat Al-Quran dapat ditafsir dengan banyak hujah dan pendapat dari pelbagai latar belakang, kuasa, status sosial dan peranan dalam masyarakat. Begitu juga seperti penyelidik sosial perlu berfikir secara kritikal, berpegang kepada teori dan perlu meletakkan usaha yang sepenuhnya. Konteks sejarah dan perkembangan dalam kajian kerangka kajian perlu yang paling dekat atau paling relevan dengan tajuk kajian anda.

Satu perkembangan yang perlu disebutkan secara inklusif adalah kemunculan post-modernist theory dalam Sains Sosial terutamanya sociology of knowledge. Ini merupakan satu masalah besar kerana idea ini telah merendahkan dan menghakis potensi peranan serta kerelevanan Sains Sosial.

Teori ini muncul pada 1990 dan mereka mendominasi selama dua dekad yang merendahkan peranan teori dan konteks sejarah. Mereka mempersoalkan dan mengesahkan kajian pada ketika itu tidak relevan kerana bergantung kepada kontek sosial, individu yang mendakwa dan individu yang menjalankan kajian tersebut. Secara langsung perkara ini telah melemahkan perkembangan Sains Sosial khususnya kerelevenan sociology of knowledge pada abad ke-20 sehingga kini. Malah, post-modernists mempunyai autoriti yang amat besar seperti mereka melemahkan peranan institusi universiti dengan menguasai serta memanipulasi pihak pentadbiran universiti dan juga ahli akademik.

Dalam konteks ini, bagi individu yang masih baru dalam dunia penyelidikan lebih-lebih lagi yang baru membuat kajian untuk PhD mahupun Pasca Doktoral perlu membina konteks yang tertumpu kepada kajian tersebut yang merangkumi dua kerangka kerja iaitu the historical framework dan theoretical debate yang berkaitan dengan subjek kajian anda. Kalau kajian itu hanya pure empirical data ianya tidak berguna dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat kerana kita perlu membuat beberapa ulasan bagi mencapai kesimpulan daripada data itu.

Pada saya, terdapat dua subjek yang agak menunjukkan pembangunan positif dalam permasalahan ini. Pertamanya ialah dalam kajian environment. The environmentalist is very much influenced and also dominated by activist so they are quite well informed about the gap and how to bridge the theory and reality (practice). Dalam bidang Sosiologi Islam ialah mereka yang mengkaji ketidaksamaan gender bermula daripada mempersoalkan dan mengkritik tafsiran yang dibentuk oleh kumpulan-kumpulan tertentu di kalangan masyarakat dalam beberapa fasa sejarah.

Selain itu, para aktivis juga telah melaksanakan beberapa langkah yang amat menarik kerana kajian tersebut telah membandingkan negara-negara Islam di dunia. Kajian ini cuba mengkritik dari segi pembentukan Islamic family law dan memulakan melalui juristic opinion iaitu pendapat, penulisan dan ilmu yang dihasilkan oleh mereka yang membuat interpretasi daripada teks, Al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pembentukan undang-undang.

Antara contoh yang global adalah Musawah terutamanya yang lahir pada 2009 dimulai dengan usaha kecil di kalangan pergerakan Sisters in Islam. Mereka mempersoalkan tentang interpretasi dari teks dan reexamining yang mengesahkan sesuatu pentafsiran itu adalah betul.

The Musawah people has combined both, they have invited very well-known scholars on syariah, juristic opinion, interpretation of Quran and Hadith. Mereka membincangkan bagaimana struktur perkembangan Islamic family law. Gerakan ini telah menerbitkan beberapa buku yang mudah diakses dan isinya agak ringkas supaya mereka yang dalam bidang tersebut dapat memahami secara keseluruhan topik tersebut yang berkaitan dengan ­inequality of Islam or the problem of interpretation inequality in Islam. Look at the website of Musawah and examine some of the publication particularly in the last 5 years.

Apa yang dikemuka ini merupakan satu contoh yang praksis, praktikal dan prakmatik yang cuba menerajui dan merangkumkan jurang antara pengetahuan dan praktis serta yang paling penting perlu melihat penulisan mereka, cara pengolahan idea dan aktor yang terlibat dalam tafsiran penulisan tersebut. Justeru, untuk memperoleh semua ini, maka setiap intelektual, termasuk intelektual muda, perlulah benar-benar menguasai pengetahuan, lebih-lebih lagi pengetahuan dalam bidangnya sendiri.

Teks ini merupakan transkripsi ucapan Norani Othman, mantan profesor sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ucapan ini dilakukan semasa Bengkel Pembangunan Kapasiti Penyelidik Muda (Pembentangan Abstrak) pada 24-26 Julai 2020 di Hotel Dorsett, Putrajaya. Bengkel ini adalah anjuran Naratif Malaysia (NM) dengan kerjasama IKMAS, UKM, MARI, USAID dan Kedutaan Amerika.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini