Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
26.6 C
Kuala Lumpur
8 December 2024 (Sunday)
spot_img

Kritik dan Ketepatan: Keterperangkapan Feminisme Malaysia

Kritik harus jelas: apa yang mahu dikritik dan tujuan kritik itu sendiri. Satu hal lagi yang jarang-jarang disebut ialah adab dan susila dalam kritik. Bermaksud, ada caranya untuk kita melontarkan kritikan agar ianya menjurus kepada pertautan, dan bukannya pergaduhan. Setelah menyedari hal ini, cukuplah untuk kita tahu bahawa kritik tidak selalunya hadir dengan niat untuk melecehkan. Justeru, berlapang dadalah dalam menerima dan melontarkan kritikan.

Kritik yang tidak jelas lazimnya cenderung untuk memukul rata (overgeneralising) subjek yang dikritiknya serta berkemungkinan besar pula untuk menjadi reductionist. Di sini, subjek yang dikritik tidak sahaja gagal untuk ditanggapi dan digambarkan secara terang, malah menjadi lebih kabur dan dipesongkan pula daripada permasalahan pokok yang sedang dihadapi. Sudahnya, kita dihadapkan dengan lambakan kritikan yang tersasar, tidak mengajukan apa-apa, dan tidak juga berkeupayaan untuk menunjukkan jalan keluar. Masa kita banyak terbuang dengan berbahas tentang gejala-gejala ataupun kesan-kesan, bukannya permasalahan itu sendiri.

Adapun berlakunya hal yang sedemikian ini antaranya disebabkan oleh kecelaruan pendirian dalam melontarkan kritikan. Dan hal ini lazimnya terjadi akibat tiadanya kejelasan dalam berideologi. Kata ideologi di sini mempunyai maksud yang khusus, yakni ideologi yang diperkatakan ini menjadi asas yang akan menentukan pendekatan dan cara kita memberikan sikap untuk satu-satu permasalahan, tidak kiralah ideologi apapun. Ketidakjelasan dalam berideologi akan menjurus kepada tanggapan yang serong dalam menangkap persoalan pokok satu-satu isu dan hasilnya adalah analisa yang celaru.

Dalam keadaan kita sudah mempunyai posisi ideologi yang jelas, hal kedua yang harus diambil kira adalah apa yang disebutkan sebagai pembingkaian (framing) masalah. Pembingkaian ini tidak sahaja untuk menentukan subjek permasalahan, tetapi juga batas-batas kepada kritik tersebut. Kita sedia maklum bahawa setiap permasalahan yang hendak ditanggapi mempunyai perkaitan dengan perkara lebih besar yang menunjangi permasalahan tersebut. Namun, ini tidak bermaksud kita secara sambil lewa boleh terus menghubungkannya tanpa terlebih dahulu memaparkan perkaitan antara kedua-duanya secara terang. Hal ini juga mengambil kira apakah bentuk kritik yang hendak kita lakukan, sama ada ianya kritik berbentuk umum ataupun khusus.

Kekaburan dalam kritik selalunya akan mengheret kritik tersebut ke dalam perdebatan yang sia-sia dengan persoalan-persoalan yang tiada kena-mengena. Satunya disebabkan oleh kegagalan kritik itu sendiri untuk membingkaikan permasalahan yang ingin dihadapi.

Kita ambil satu contoh yang sedang hangat sekarang berkenaan feminisme, atau tepatnya feminis, di Malaysia. Ada beberapa hal yang perlu terlebih dahulu dijelaskan sebelum kritik itu dilakukan. Daripada segi pembingkaian, subjek feminis bagaimana yang mahu dikritik? Apa isu khusus membabitkan feminis tersebut? Dan apa posisi yang hendak diambil untuk mengkritik kedua-duanya?

Lantas kita menyatakan bahawa kita mempunyai masalah dengan pendekatan yang dibawa oleh feminis liberal berkenaan isu perwakilan (representation). Katakan, ada kes khusus yang hendak ditanggapi seperti isu perwakilan panel dalam forum. Justeru, kita sudah menetapkan bahawa sasaran kritik itu khusus kepada feminis liberal dan seharusnya disisipkan juga penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan sebagai feminis liberal tersebut. Hal ini untuk mengelakkan daripada kita mengkritik gerakan tersebut secara pukul rata.

Pendekatan liberal di sini bermaksud suatu pendekatan universalis yang berkecenderungan untuk memaksakan cara pandang universal termasuklah nilai-nilai yang, tidak dapat tidak, berasal dari tradisi Barat ke atas masyarakat tempatan tanpa mempertimbangkan konteks, norma dan budaya setempat masyarakat tersebut. Adapun nilai-nilai ini kelihatan sejagat sifatnya, tetapi tetaplah harus disesuaikan dan ditempatkan sejajar dengan peraturan-peraturan sosial satu-satu masyarakat.

Feminis liberal pula bermaksud feminis yang menggunakan pendekatan seperti di atas dalam praktiknya di samping berkecenderungan untuk mengajukan wacana-wacana yang terhad seputar wacana identiti – wacana yang lazimnya khusus untuk kelas yang memegang modal atau sudah terpenuh keperluan asasinya.

Sebelum itu, analisa yang mencedok bulat-bulat sesebuah konsep atau teori yang diangkat khusus daripada pengalaman masyarakat lain dan menempelkannya ke atas masyarakat di Malaysia tidak lebih sekadar analisa yang semberono dan naif. Misalnya, penggunaan lensa ‘Black Racism’ sebagai suatu pendekatan mutlak untuk menanggapi konstruk perkauman di Malaysia tanpa mengambil kira dinamika perkauman di Malaysia itu sendiri – yakni persejarahan, konteks, dan cirinya yang tersendiri. Walhasil, jadilah ia sebuah analisa yang reductionist sifatnya.

Kecelaruan berideologi boleh dilihat melalui dakwaan-dakwaan ‘pelaku ideologi’ untuk mewakili satu-satu ideologi tertentu, tetapi pendekatan dan praktiknya tidak mencerminkan dakwaan tersebut. Justeru, kita lihat ramai pelaku ini mengungkapkan petikan-petikan yang tampak kekirian jalurnya, tetapi sangatlah liberal pendekatannya. Dan lebih malang lagi, percanggahan yang sedemikian berlaku tanpa pelaku itu sendiri menyedarinya. Inilah yang kita katakan sebagai kecelaruan dalam berideologi.

Selain pendekatan yang bersifat memaksa dan tidak peka akan norma budaya dan masyarakat, isu-isu yang diangkat turut mencerminkan kecelaruan tersebut. Saya secara khusus merujuk kepada isu perwakilan, atau lebih dikenali umum sebagai representation atau representasi dalam satu-satu wacana.

Hakikatnya, isu perwakilan dalam wacana ini bukanlah terlalu mustahak untuk diangkat sebagai sebuah wacana yang tersendiri pada masa sekarang. Malah dalam banyak keadaan, ianya menjadi gangguan yang melencongkan perhatian kita daripada permasalahan pokok yang dihadapi. Sudahnya, masa kita terbazir dengan berbahas dan menjustifikasikan mengapa forum itu tidak ada panel perempuan dsb. berbanding menumpukan perhatian kita terhadap isu yang ingin dibahaskan.

Harus diingatkan, perwakilan yang saya sebutkan di sini hanya terhad dan khusus dalam konteks jaringan wacana pemberdayaan sosial yang umum sifatnya seperti penindasan perempuan dalam masyarakat, tetapi menggunakan pendekatan liberal (baca: kelas pertengahan) yang tidak mempunyai signifikan terhadap golongan di luar kelas tersebut. Wacana yang terhad seputar identiti ini cenderung untuk melebihkan satu kelompok dan meminggirkan kelompok lain pada masa yang sama. Dalam konteks yang lebih besar, hal ini menyukarkan proses penggemblengan solidariti kerana perkongsian simpati dibataskan oleh perbezaan-perbezaan identiti yang kabur sifatnya.

Pengutamaan berlebihan terhadap identiti bermaksud pengutamaan kepada identifikasi dan affiliation individu terhadap sebarang segmen dalam masyarakat berbanding ideal atau perjuangan yang hendak dikedepankan. Dalam kata lain, kesahan satu-satu perjuangan yang hendak diangkat itu bergantung kepada identiti individu yang membawanya. Misalan yang mudah difahami adalah penekanan berlebihan terhadap kehadiran perwakilan daripada kelompok-kelompok khusus dalam sesebuah wacana berbanding keahlian pembicara-pembicara dalam bidang ilmu mengenai wacana tersebut. Sekali lagi diingatkan, ini terbatas setakat jaringan wacana yang umum sifatnya.

Kita sering terdengar ungkapan “the personal is political” di ruang-ruang wacana awam. Penekanan berlebihan terhadap identiti – keakuan yang peribadi – ini pada akhirnya merencatkan kerja-kerja pemberdayaan masyarakat ke arah suatu cita sosial yang bermanfaat untuk kalangan masyarakat yang benar-benar terhimpit kehidupannya. Kebanyakan wacana yang ada sekarang berlegar sekitar siapa yang mengajukan wacana tersebut, bukannya apa sebenarnya yang hendak diwacanakan. Adakah pembicara itu perempuan? Atau lelaki? Atau transgender? Di mana perwakilan daripada golongan seksualiti yang minoriti?

Kita harus berhati-hati agar tidak terperangkap dalam wacana abstrak berkenaan identiti sehinggakan perhatian kita terpesong daripada isu-isu nyata yang dihadapi oleh masyarakat. Pengutamaan dan pelecehan satu-satu identiti berbanding yang lain mengaburkan letak-duduk kenyataan material yang benar-benar mengesankan masyarakat terbanyak. Pada ketika kita dihadapkan dengan persoalan-persoalan material yang semakin menghimpit dan diikuti dengan peningkatan etno-nasionalisme di peringkat global, analisa kelas tampak semakin relevan. Tidak saja sebagai metod analisis yang berkeupayaan untuk melangkaui kerencaman sedia ada, tetapi juga mengajukan pandangan yang mampu menjernihkan ruang-ruang wacana kita.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
711SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini