Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
30.3 C
Kuala Lumpur
11 February 2025 (Tuesday)
spot_img

Kabinet Perpaduan perlu hidupkan konsep ‘bangsa Malaysia’

Pengumuman Kabinet Perpaduan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugah banyak pihak tidak menjangka. Oleh itu, benar politik ialah seni kebarangkalian untuk berlaku apa sahaja.

Iltizam politik tinggi dapat ditanggapi dipertaruhkan ketika menyusun Kabinet bagi menampan risiko kerajaan tidak stabil.

Dalam erti kata lain, keadaan ini dapat ditafsirkan sesuai dengan ‘jadilah seperti air di alur bila bertemu batu, air tidak berubah batu tidak bergerak.’

Jangan sampai jadi seperti pepatah, ‘bagai air titik ke batu.’ Terlalu berkeras hingga ruginya akhir kepada rakyat dan hasrat Yang di-Pertuan Agong.

Menyingkap hal lain, rata-rata terkejut dan ada sebahagian menerima hakikat Kabinet Perpaduan kerajaan campuran hari ini.

Seperti dijelaskan dalam tulisan saya, semalam, membentuk Kabinet kali ini bukan tugas mudah kepada Anwar.

Ini bukan setakat soal reformasi, bersih dan adil, tetapi tidak boleh dikesampingkan realiti politik hari ini. Begitu juga polemik kerajaan perpaduan atau campuran perlu ditamatkan segera.

Ada mengkritik penggunaan istilah kerajaan perpaduan adalah tidak tepat kerana tidak merangkumi semua politik gabungan bertanding. Pada pandangan tertentu, penulis bersetuju bahawa kerajaan hari ini ialah berbentuk kerajaan campuran.

Bagaimanapun, semua pihak perlu akur dan terima bahawa konsep kerajaan perpaduan ini adalah cadangan Yang di-Pertuan Agong.

Pertama, menyelesaikan kekusutan pelantikan Perdana Menteri, manakala kedua, lantikan anggota Kabinet inklusif dan stabil buat pemerintahan di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Pemaknaan kerajaan perpaduan Seri Paduka ini disambut baik kerajaan campuran gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN)-Gabungan Parti Sarawak (GPS)-Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Parti Warisan (WARISAN) dan lain-lain sebelum ini. Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) menolak untuk tidak bersetuju berada dalam spektrum berkenaan.

Justeru, perdebatan bersifat akademik mengenai istilah bentuk kerajaan dan persoalan tetek-bengek kerjasama gabungan membentuk kerajaan perpaduan ini perlu dileraikan serta-merta.

Keputusan sudah dibuat dan ia harus dihormati semua pihak bagi memberi peluang kerajaan dan Kabinet Perpaduan ini bekerja.

Sekiranya ada pihak masih berkeras dan memberi kritikan tidak membina mengenai bentuk Kabinet Perpaduan diumumkan, ia sepertinya tidak menghayati kefungsian Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam Perkara 40 (1), 40 (2)(a), 40(2)(c) dan 40 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini juga diikuti Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 turut menyeru kerajaan mengutamakan semangat perpaduan, terutama kebersamaan dalam masyarakat dan menolak isu sensitif seperti agama serta perkauman.

Oleh itu, semua ahli politik perlu raikan, semaikan dan menerima semangat bangsa Malaysia sebagai cara hidup bernegara untuk kemajuan lebih bermakna.

Bercakap soal Bangsa Malaysia, ia bukan suatu ideologi baharu. Idea Bangsa Malaysia ini pertama kali diucapkan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam saluran televisyen, pada 14 September 1967.

Menoleh pedoman sejarah hitam negara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ke-4 ketika itu, cita-cita dan prinsip Rukun Negara bagi menzahirkan bangsa Malaysia dilancarkan pada 31 Ogos 1970. Hasrat Seri Paduka itu disambut baik Abdul Razak.

Pada 12 Julai 1971 ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Abdul Razak sekali lagi mengungkapkan, ‘membangunkan masyarakat yang adil saksama dan bangsa Malaysia yang maju, moden dan bersatu-padu’.

Bagaimanapun, inti mukadimah dipaculkan Abdul Razak kini semakin menipis setelah melewati zaman. Justeru, tanggungjawab ini perlu digiatkan segera di bawah Menteri Perpaduan, Ago Dagang dengan kefahaman dan tafsiran bangsa Malaysia boleh diterima semua.

Justeru, selain memulihkan kos sara hidup rakyat, memasyarakatkan bangsa Malaysia juga adalah teras kepada perjalanan kerajaan perpaduan.

Kesimpulannya, kerajaan perpaduan perlu menghidupkan roh cita-cita untuk menghasilkan bangsa perpaduan, cara hidup demokratik, adil, liberal terhadap kepelbagaian dan masyarakat progresif.

Cita-cita ini juga harus konsisten dan disulami lima prinsip teras Rukun Negara yang lazim diikrar serta diingati semua untuk mengembalikan bangsa Malaysia maju sejahtera.

Tulisan daripada Pengerusi  Pertubuhan Naratif Malaysia, Dr Muhamad Azwan Abd Rahman yang tersiar di Berita Harian, Sabtu, 3 Disember 2022 pautan asal disini.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini