Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
31.5 C
Kuala Lumpur
12 November 2024 (Tuesday)
spot_img

Dinamikal Konflik Dalaman Rejim Pemerintahan UMNO 1946-2022

Oleh Nurfarhana Che Awang

Sedar tidak sedar, Malaysia telah Merdeka selama 65 tahun dari 1957 hingga sekarang tahun 2022. Suatu perjalanan masa yang tidak lama jika diukur dengan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi Malaysia. Dalam tempoh kurang daripada 100 tahun, Malaysia telah berjaya mencipta satu penanda aras kecemerlangannya yang tersendiri. Bermula daripada sebuah negara terjajah bangun dan bangkit melalui perjuangan. Bermula lagi, daripada sebuah negara pertanian menuju ke sebuah negara perindustrian. Daripada sebuah negara mundur dipenuhi dengan ratio kemiskinan yang tinggi, menuju ke sebuah negara yang berpendapatan perkapita yang dibanggakan. Dari sebuah desa terbina sebuah Kota Bandaraya Metropolitan Megaraya Kuala Lumpur mercu kebanggaan.

Faktanya, kemajuan Malaysia ini di bawah sebuah parti bangsa yang bernama UMNO. Parti terbesar negara yang dahulunya memainkan peranan yang sangat besar pada impak kemajuan Malaysia pada hari ini. Sosok insan-insan yang bernama Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir merupakan Junker-Junker yang memiliki dwi-kapasiti dalam memerdekakan rakyat dan memimpin rakyat sehingga perjuangnya diterjemahkan melalui dasar-dasar kerajaan sehingga berjaya melahirkan sebuah negara perindustrian 4.0 pada hari ini. Sosok-sosok di atas telah menumpahkan taat setia dan perjuangan untuk memajukan bangsa Melayu yang diasaskan di bawah Pertubuhan United Malays National Organization (UMNO). Matlamatkan kepada bangsa Melayu untuk memelihara bangsa yang merdeka dan berdaulat serta memperjuangkan maruah Melayu. Pertubuhan ini masih bernafas pada hari ini, tetapi dalam kegeringan dan kenazakan. Generasi terdahulu penah menumpahkan jasa dan keringat, penah berpaut semangat pada pertubuhan keramat ini dalam kesedihan dan kepiluan menantapi kegeringan jasad UMNO yang kian lemah mendukung aspirasi dan amanat tuan asalnya.

Sejak pertubuhan UMNO sehingga kini, parti ini tidak penah sunyi daripada pergolakan dalaman yang telah mengancam keutuhan organisasi ini seperti ‘anai-anai memakan kayu-kayuan’. Sejarah telah merakamkan hampir 15 krisis besar yang cuba menodai parti ini sejak tahun pertama ditubuhkan. Antara tema-tema besar krisis yang boleh dilakarkan, seperti krisis pemencatan pimpinan tertinggi parti, perpecahan dalaman, penentangan pucuk pimpinan dan sekutu. Pelbagai faktor krisis yang telah dianalisis oleh pengamal dan penyelidik. Antaranya adalah persaingan merebut kuasa antara berbagai pihak dan juga usaha membentuk puak pakatan sebagai strategi percaturan kemenangan parti.

Pergolakan pertama dalaman UMNO berlaku seusia setahun pertubuhan parti pada 1946. Di mana Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah menarik diri daripada UMNO di Ipoh Perak pada 29 Jun 1946. Badai kedua yang membadai UMNO pada tahun 1951, Iaitu berlaku penentangan antara puak radikal dan puak nasional yang telah menyebabkan Dato’ Onn Jaafar keluar daripada gagasan rentetan daripada keputusan pembukaan keahlian kepada orang bukan Melayu. Pergolakan terjadi atas faktor persaingan politik dua sosok yang berbeza orientasi perjuanganya. Sosok Tunku Abdul Rahman dilihat berorientasikan kepada nasionalisme traditional, berbanding Dato’ Onn Jaafar bersifat anti-feudal.

Pada tahun 1953, sekali lagi krisis melanda UMNO apabila berlaku pemencatan Datuk Panglima Bukit Gantang hasil tindakan daripada menubuhkan National Convention yang telah menyinggung perasaan Tunku yang membuat keputusan membelakangi Tunku. Seterusnya, pemencatan ‘Ultra Melayu’ 1969 juga terkandung dalam rekod krisis pertubuhan UMNO. Di mana peristiwa berdarah 13 Mei bukan sahaja telah mengoncang Tanah Melayu tetapi turut mengoncang pemerintahan Tunku Abdul Rahman dalam pertempuran kaum Melayu dan Cina. Dalam peristiwa ini pelbagai isu telah dibincangkan secara terbuka dan menuduh antara kaum yang berlaku tanpa kawalan. Antara pemimpin yang di sifatkan sebagai Ultra-Melayu adalah seperti Syed Jaafar Albar, Syed Nasir, Harun Idris, Musa Hitam, Abdullah Ahmad dan Dr. Mahathir yang sehinggakan pemimpin DAP seperti Lee Kuang Yew menyifatkan mereka ini sebagai ‘Ultra Melayu’. Antara isu yang dibangkitkan dalam peristiwa ini adalah perdebatan cadangan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, penubuhan Universiti Merdeka, isu Bahasa Kebangsaan, kedudukan ekonomi Bumiputera dan kemiskinan orang Melayu di luar bandar. Hasil pembelaan orang daripada pemimpin ‘Ultra Melayu’ ini, menyebabkan Mahathir mengkritik pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai ‘terlalu berlembut hati” dengan bangsa Cina dan bertindak menulis surat kepada Tunku yang menyebabkan Tunku merasakan Mahathir harus keluar daripada UMNO dan memencat Mahathir pada 12 Julai 1969.

Monsun konflik dan kontroversi masih membadai dalaman UMNO yang turut melibatkan penentangan Sulaiman Palestine 1978, penentangan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987, Perang bangsawan dalam pakatan Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah dan isu pemencatan Anwar Ibrahim dan sehingga kini kepada krisis pemencatan Anuar Musa pada baru-baru ini.

Harfiah boleh dikatakan, bahawa pergolakan dalaman ini berpunca daripada perbezaan pendapat pada awal penubuhan parti ini, dan melalui perjalanan masa kudis ini semakin bernanah menjadi luka yang sukar dirawat oleh Penicilin kerana bakteria yang merebak dalam pertubuhan ini sudah tidak terkawal.

Malahan, kemelut politik negara turut melibatkan pergolakkan konflik di antara UMNO, BERSATU dan PAS telah menjejaskan kembali kuasa politik Melayu apabila bernadi selepas peristiwa Langkah Sheraton yang mengkuburkan Pakatan Harapan. Serta kini, kemelut dalam UMNO kembali bergolak yang telah memaparkan wujud naratif politik baru yang berkisarkan tentang isu pertikaian terhadap kredibiliti UMNO sebagai sebuah parti dalam kerajaan. Hal ini dapat dilihat dengan pelucutan Jawatan Menteri Besar Perak dan hal ini turut dinyatakan oleh Pemuda UMNO dan peringkat akar umbi. Serta kemudian, ditambah dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO menolak sokongan terhadap Perikatan Nasional seperti Nazri Abdul Aziz, Ahmad Jazlan dan Tengku Razaleigh.

Terbaru kemelut dalaman UMNO dilihat apabila Khairy Jamaluddin mendesak supaya mengadakan pemilihan Presiden untuk menamatkan kemelut dalaman UMNO. Pemilihan untuk Jawatan Presiden UMNO yang terakhir telah terjadi pada 2018 yang telah memperlihatkan pertembungan tiga penjuru untuk meraih jawatan tersebut di antara Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh dan juga Khairy Jamaluddin. Namun, kenyataan ini tidak dipersetujui oleh Najib Razak kerana kebimbangan terhadap kelemahan parti. Hal demikian,  Khairy turut menegaskan bahawa pemilihan harus berlaku sebelum  UMNO ‘tetap lingkup’. Sekali lagi konflik ini turut timbul pada penentuan calon pemilihan untuk PRU15 nanti pada 2022.

Jika diteliti, pergolakkan yang terjadi dalam UMNO berkisarkan terhadap naratif atau citra politik Melayu yang rakus terhadap jawatan dan kekuasaan dan naratif ini sedang bernanah memburuk dalam pertubuhan parti ini. Hakikatnya, kerana tiada pemisahan naratif lama dalam nafas baru pertubuhan ini sehingga kini. Justeru, konflik dalaman ini boleh disembuhkan dengan “mentong-sampahkan” sikap, budaya dan kerakusan kuasa dalam pucuk dan akar umbi UMNO supaya naratif atau nadi baru boleh berdenyut subur ke arah memperjuangkan nasib rakyat.

Telah tiba masa untuk Malaysia berubah kepada angin baharu, mereformasikan segalanya secara total. Terutamanya, daripada sudut mematangkan demokrasi menuju kepada sebuah pentadbiran parti yang matang. Matang daripada aspek feudal, bebas dari acuan penguasaan mutlak, kediktatoran dan naratif pentadbiran negara yang bersifat kebangsawan yang bersembunyi dibalik kabus demokrasi. Reformasi ini harus dilaksanakan untuk membentuk negara-bangsa atau politik moden yang berasaskan kepada prinsip persamaan, keadilan dan kedaulatan rakyat. Tetapi reformasi ini turut harus dilandaskan kepada ‘staatsvolk’ negara (Perlembagaan negara) dalam mewujudkan sebuah kerajaan dan sistem pemerintahan yang lebih bersifat inklusif dan lebih demokrasi.  Ini kerana, rakyat secara total telah muak dengan mainan politik bangsa, agama dan etnik sebagai modal rejim pemerintah. Malahan, rakyat telah hampir muntah dengan pemerintahan yang bersifat politik wang dan amalan rasuah yang berleluasa sehingga hampir meranapkan kestabilan negara.

Jika menoleh kembali, bagaimana kebangkitan massa yang berlaku pada Revolusi Perancis 1989-1799 telah menumbangkan rejim pemerintahan monarki dan rejim gereja. Revolusi ini berkisar duduk pada kelelahan golongan Borjuis dan golongan rakyat marhaen yang penat dengan pemerintahan yang penuh dengan ketidakadilan dan penindasan. Revolusi Massa 1989 ini telah mengubah dunia secara total dan mencerminkan kepada sebuah aspirasi rakyat berkehendakan ke arah kemajuan, kesaksamaan dan demokrasi. Revolusi ini turut dipimpin dan digala ideologi oleh golongan Borjuis yang pada awalnya memperjuangkan kepentingan sendiri. Namun, akhirnya memilih bersatu dengan rakyat bawahan dengan mempeloporikan ideologi-ideologi perjuangan untuk kepentingan rakyat bersama, iaitu berteraskan kepada penjujungan prinsip demokrasi keadilan, persamaan, kebebasan, nasionalisme, sekularisme sejagat demi kepentingan keseluruhan rakyat.

Di Malaysia, gerakan mereformasikan Malaysia seolah dilihat memiliki persamaan dengan Revolusi Perancis yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim dalam gerakan menuntut keadilan ke atas kezaliman rejim pemerintah terhadap dirinya. Idea mereformasikan Malaysia secara total terutama dari soal keadilan, persamaan dan demokrasi telah diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam cubaan untuk mereformasikan pentadbiran negara. Malangnya, langkah ini gagal apabila berlaku Langkah Sheraton dan Malaysia telah kerugian besar dek kehilangan peluang yang besar untuk mereformasikan negara. Walau bagaimanapun, bibit reformasi di Malaysia telah wujud dan magnetnya mungkin kurang keberanianya lagi. Namun, kejatuhan pentadbiran UMNO pada 2018 akan tetap menjadi batu asas kepada rakyat dalam mereformasikan negara menuju ke arah yang lebih baik. Ini kerana, rakyat secara spontan telah bijak dan mahukan negara yang lebih baik. Sementelahan lagi, di era kemerosotan ekonomi dunia dan rakyat terbeban dengan ekonomi yang mencekam kehidupan. Memerlukan sebuah pentadbiran yang dipimpin hebat oleh kepala negara yang mampu mengurangkan kesengsaraan rakyat. Dan pasti reformasi ini akan berjaya suatu masa nanti yang akan dicetuskan secara massa oleh rakyat sendiri yang menuntut negara ke arah lebih demokratik dan nasionalisme atau perjuangan negara yang akan dipaksi kepada idea-idea pembaharuan oleh golongan revolusioner.

Penghujung kalam, ada persoalan untuk direnungkan. Apakah perjuangan parti politik pada hari ini masih kesinambungan perjuangan membangunkan bangsa, agama dan negara? Seharusnya, pembentukan parti politik pada hakikatnya adalah bersifat ‘Simbiosis’ yang terarah kepada ‘mutualisme’. Tetapi apakah angin pemerintahan sekarang bertiup memusingkan kompas ke arah pemerintahan yang tersasar pada paksi ‘komensalisme’ atau lebih parah ‘parasitisme’ mentekedarah hasil keringat rakyat? Renungkan!

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini