Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
26.6 C
Kuala Lumpur
8 December 2024 (Sunday)
spot_img

Cara Cendekiawan Melawan: Pendekatan, Tantangan dan Harapan

Terima kasih Naratif Malaysia.

Saya berbesar hati atas undangan ini. Kebetulan topik ini ialah topik yang penting dan sangat dekat dengan apa yang saya lakukan – baik mengajar atau kajian saya. Moga-moga, apa yang saya berbagi pada malam ini dapat dimanfaatkan. Kalau tidak pun nanti, teman-teman boleh menambah apa yang telah saya paparkan. Bukanlah saya pakar dalam soal intelektualisme atau cendekiawan, tetapi kebetulan saya ada menulis tentang hal ini. moga malam ini kita sama-sama belajar.

Judul yang telah diberikan oleh panitia ialah Cara Cendekiawan Melawan. Tajuk yang agak ringkas, tetapi padat. Cuma saya menambah sub teks nya untuk saya memberikan tumpuan kepada pembicaraan kita pada hari ini – Pendekatan, Tantangan dan Harapan. Kalau kita perhatikan, pembicaraan tentang cendekiawan ini agak tidak begitu popular dalam wacana Melayu khasnya. Ada beberapa. Sedangkan, ramai sederetan yang kita boleh panggil cendekiawan, aktivis malahan, yang kecenderungan untuk melawan itu ada. Untuk duduk mengkaji tentang fenomena ini, rasanya belum banyak.

Saya sendiri daripada bidang Pengajian Melayu, di National University of Singapore (NUS). Tradisinya itu dari awal boleh saya anggap dan katakan sebagai tradisi melawan atau menyanggah beberapa kemapanan yang ada dalam Pengajian Melayu yang kita tahu sejak awal telah dibentuk oleh Orientalisme kolonial. Ia kemudian dipanjangkan oleh kelompok nasionalis Melayu yang pelbagai kecenderungannya. Akhir-akhirnya kita dapat melihat denyut-denyut, seperti kecenderungan Islamis yang umumnya masuk ke dalam wacana Melayu. Kemapanan itulah yang dari awal saya telah disergah untuk melihatnya dengan kaca mata yang kritis. Jadi, itu latar belakang saya, justeru topik ini adalah dekat dengan diri saya.

Teman-teman, izinkan saya memulai kuliah ini dengan puisi yang saya petik daripada Sasterawan Negara Usman Awang iaitu puisi Berjuang (1949). Ia ditulis pada tahun 1949. Menarik untuk kita bacakan di sini.

Aku pandang hadapan, nampak ibu pertiwi melambai

minta pertolongan pemuda-pemuda melepaskan dia.

Yang kini mengeluh, menderita diikat belenggu rantai

dia, ibu pertiwi penaka gadis kena perkosa.

Jangan cuma menampung tangan minta sedekah

harapkan belas kasihan orang lain

tetapi, mari berjuang dengan hati yang tabah

hingga ibu pertiwi bebas merdeka.

Kebetulannya, hari ini (10 November) ialah Hari Pahlawan Nasional Indonesia. Saya tidak berapa pasti sama ada panitia sengaja mengadakan kuliah pada hari ini, tetapi saya rasa kebetulan. Perlawanan itu mencirikan sosok pahlawan. Cendekia tidak bergerak dalam itu (merujuk kepada slogan ‘Merdeka Ataoe Mati’), tetapi pahlawan, satria berada dalam kecenderungan ini. Cendekiawan bukan soal mati atau hidup lah ya. Di sini, Usman Awang boleh kita katakan memiliki sifat kecendekiaan itu.

Saya mulakan juga dengan petikan daripada Gus Dur yang selalu saya kutip dan saya berbagi dengan teman-teman kerana ia saya rasakan amat penting untuk dibicarakan kerana ia salah satu sisi perlawanan itu. Keberanian moral untuk bersuara yang disebutkan begini,

“…Tugas pokok intelektual adalah mempertahankan kebebasan berpikir, bukannya membunuh kebebasan berpikir. Kejujuran intelektual sangat pentung dan tanpa itu jangan berbicara intelektual. Intelektualisme hanya muncul dari kebebasan berpikir. Konsekuensinya, kita tidak boleh digiring-diring atau demi efektifitas harus ada keseragaman pendapat. Hargai pluralitas dengan menganggap mereka yang berada di luar sebagai orang yang sendiri. Kancah inteligensia itu milik bersama umat manusia. Tidak bisa Islam menyatakan sumbangannya lebih besar dari yang lain. Tentang kecintaan, kasih sayang, penghargaan yang tulus kepada umat manusia, apapun agama atau keyakinannya pada dasarnya sama-sama mengabdi kepada manusia, apapun agama atau keyakinannya pada dasarnya sama-sama mengabdi kepada manusia. Hanya ajarannya yang berbeda. Karena itu, tidak bisa kita memenangkan diri sendiri lantas menyalahkan orang lain. Ia baru dikatakan intelektual kalau dapat mengutarakan gagasannya dalam kemanusiaan yang sama. Jika masih berpolemik dengan menyebutkan hanya Islam yang paling benar itu bukan intelektual. Concern semua pihak sama karena itu kita akan terus mencari, common quest…”.

Saya memilih petikan ini kerana ia adalah departure point di mana saya sendiri meyakini ini. Saya tidak boleh berselindung-selindung menyatakan bahawa saya ini neutral, saya berobjektif, rasional. Untuk menyatakan saya berlindung-lindung, tidak sama sekali. Ia kerana saya sebagai seorang guru dan penyampai dalam syarahan ini juga harus memposisikan diri saya. Jadi, teman-teman dapat memahami posisi yang saya ambil. Saya rasa jujur dan berterus terang mengenai posisi kita adalah salah satu kepedulian atau kemampuan untuk kita memberikan kejelasan yang lebih.

TAKRIF CENDEKIAWAN DAN CAKUPAN LAWAN

Kita tahu bahawa kata ‘cendekiawan’ ini asalnya ialah perkataan Sanskrit. Kemudian menjadi perkataan Jawa yang seterusnya menjadi perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Umumnya, ia bermaksud kaum cerdik pandai; kaum terpelajar; intelektual; dan inteligensia—walaupun ada perbezaan makna. Pada zaman dahulu, ia disebut sebagai pujangga dan pendeta. Juga ahli akademik, pemikir, dan alim. Teks-teks lama kadangkala disebut sebagai ahli hukama.

Tentang cakupan lawan yang saya bicarakan dalam kuliah ini, berkenaan perkataan yang merangkumi bantah, serang, tentang, gugah, gugat, sanggah, tolak, tepis, dan kritik. Ataupun dalam perlawanan yang bersifat tersendiri, ia bukan takrif daripada kamus, tetapi takrif daripada mana kondisi perlawanan itu bermanifestasi. Dalam kondisi memulau; mengundur kerana tidak mahu berpartisipasi itu juga satu perlawanan; mengasing; hadir; berkubu atau benteng; menyusup; tak peduli. Kita tidak boleh pergi kepada semantik, tetapi konteks di mana ayat atau frasa ini digunakan.

TOKOH-TOKOH PEMBICARA INTELEKTUAL

Saya mulakan dengan beberapa tokoh yang banyak bicara tentang intelektual atau cendekiawan. Saya masuk terlebih dahulu kepada sosiologi intelektual untuk kita memetakan dan memahami dahulu. Tidak terus terjun tentang cendekiawan melawan. Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan apa yang dicita-citakan dan diserukan kepada intelektual.

Karl Mannheim (1893-1947)

Pertama, saya pilih tokoh sosiologi humanis yang amat saya kagumi iaitu Karl Mannheim yang menyatakan bahawa intelektual sebagai ‘watchman in what otherwise would be a pitch-black night’—menggunakan metafora; dan seharusnya mereka itu ‘remain as critical of itself as of other groups’. Maknanya, berkemampuan untuk menjadi penyuluh kepada masyarakat di saat kegelapan, atau ia sendiri melakukan kritik terhadap kelompoknya sendiri. Karl Mannheim sendiri mempelopori wacana sosiologi intelektual. Makalah beliau saya rasa amat baik sekali untuk kita sama-sama baca iaitu Ideology and Utopia: An Introduction to the Sociology of Knowledge.

Syed Hussein Alatas (1928-2007)

Kedua, Syed Hussein Alatas dengan bukunya, Intellectuals in Developing Societies secara panjang lebar membicarakan sosiologi intelektual di Dunia Ketiga. Menurut beliau intelektual ialah, ‘a person who is engaged in thinking about ideas and non-material problems using the faculty of reason’. Ia salah satu daripada beberapa definisi. Beliau membezakan intelektual dengan kelompok yang dipanggil sebagai intelgensia iaitu, ‘those who have gone through higher formal and modern education, the specialists and the professionals, and those who have acquired higher-level education by other means’. Apa yang penting bagi Syed Hussein Alatas ialah keberadaan intelektual berfungsi dan inteligensia berfungsi. Bagi beliau, itu sangat penting. beliau mengemukakan empat perkara iaitu (i) kemampuan untuk melihat permasalahan dalam masyarakat; (ii) kemampuan untuk mentakrif permasalahan; (iii) kemampuan untuk menganalisis; dan (iv) kemampuan untuk menganjurkan jalan keluar.

Edward W. Said (1935-2003)

Ketiga, Edward W. Said jika kita lihat kuliah beliau pada tahun 1993 iaitu The Reith Lectures sangat baik dan telah dibukukan. Juga ada diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Antara lain yang telah dibicarakan oleh Edward W. Said saya ambil sedikit sahaja (daripada teks kuliah itu),

“…The role of intellectual is to say the truth to power, to address the central authority in very society without hypocrisy, and to choose the method, the style, the critique best suited for the purpoose. This is so because the intellectual produces a kind og performance that continues for years, whose main goal is …to give utterance not to mere fashion and passing facts but to real ideas and values…”.

Jika kita lihat Edward W. Said ini hampir sama juga dengan Noam Chomsky, dan sahabat Noam Chomsky ialah Howard Zinn sebagai contoh. Ini ialah public intellectuals di Amerika Syarikat yang terkehadapan, yang berfungsi mengkritik kemapanan idea atau ketidakberesan idea.

Usman Awang (1929-2001)

Keempat, saya ingin masuk pula kepada Usman Awang. Jika kita lihat perkataan cendekia itu, ia orang yang mampu berfikir, mampu mengungkap, mampu membicarakan persoalan masyarakat. Itulah cendekia. Jadi, Usman Awang saya perkirakan walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan tinggi secara formal, tetapi jika kita baca karya-karya beliau, termasuk esei beliau, Peranan Intelektual sangat mengejutkan. Sukar dicari kita sezaman ini yang boleh mengulas, menulis dengan jelas seperti Usman Awang. Beliau mengulas di sini tentang persoalan keberpihakan iaitu sikap hidup. Petikan teks tersebut menyatakan,

“…yang paling penting seseorang intelektual itu ialah sikap hidup. Sikap ini lahir dan menjelma daripada pendirian… apakah para intelektual itu memilih dan memihak kepada kemajuan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi ataupun taklid segala kepercayaan karut dan tahyul? …Apakah para intelek itu memilih kebekuan fikiran, semangat menyerah dan jiwa hamba… membenarkan wujudnya jurang antara kaya dengan miskin, membenarkan wujudnya penindasan-penindasan oleh golongan berkuasa dan kaya ke atas yang lemah dan miskin, ataupun menentangnya?…”.

Dari awal kita melihat Usman Awang dengan kawan-kawannya dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS ’50) dan Utusan Melayu di Singapura sangat memberati soal ini. Kita lihat sisi perlawanan mereka.

Pramoedya Ananta Toer (1925-2006)

Kelima, Pramoedya Ananta Toer ini sangat menarik daripada bukunya, Sang Pemula. Ia kumpulan esei-esei dan penulisan daripada Tirto Adhi Soerjo. Beliau ialah tokoh yang dikagumi Pramoedya. Tirto Adhi Soerjo ialah wartawan pertama dalam kalangan peribumi yang melawan bersungguh-sungguh secara berani ke atas penguasa Belanda. Pram amat mengagumi beliau dan sehingga ke hari ini masih ada yang mengaguminya. Saya tahu ada teman-teman yang menciptakan jurnal Sang Pemula yang saya rasa pasti terinspirasi daripada ini. Antara lain, persoalan pensejarahan, orang yang berani untuk menulis, memahami keadaan semasa, dan bersuara terhadap kekuasaan dalam dan luar. Tidak perlu saya bacakan semua (petikan teks) kerana ia sekadar untuk memberikan sampel-sampel sahaja.

“…Intellectuals are not just a part of the nation. They are its conscience. [The task of intellectual] To set aside our old, dead culture and use reason as our sole means of building the future, thus actively creating a modern national culture; To maintain a critical vigilance towards the passive and defeatist aspects of regional cultures…”.

Soedjatmoko (1922-1989)

Keenam, Soedjatmoko, seorang lagi intelektual pada zaman Sukarno era kemerdekaan. Beliau mempunyai kemampuan yang luar biasa. Peter Kasenda pernah menulis dengan begitu baik mengenai sosok ini. Riwayat intelektual beliau sangat menarik untuk dibaca. Beliau ialah seorang ilmuan di luar kekuasaan. Pernah dijemput untuk masuk ke dalam kabinet Sukarno tetapi ditolak. Kemudian, di saat zaman Suharto, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar (Dubes) Indonesia di Amerika Syarikat. Walaupun beliau berada dalam lingkungan kekuasaan, itu tidak bererti beliau berkuasa. Beliau melakukan itu kerana ada hal-hal yang memerlukan intelektualitas. Sebab kerja sebagai Dubes itu bukan kerja yang biasa-biasa sahaja di kantor diplomasi, tetapi perlu negosiasi dan sebagainya. Jadi, banyak esei-esei beliau tentang bagaimana membangunkan institusi, mekanisme supaya berlaku keberlangsungan di mana cendekia dapat berkomunikasi dengan birokrat dan massa dengan lebih baik. Oleh itu, beliau menyatakan,

“…Hanyalah dengan perjuangan intelektual yang maha besar dan penerangan moral bisalah diharapkan ancaman-ancaman dan masalah-masalah yang meliputi kita akan dapat diatasi…”.

Beliau bukan berlawan secara berlagak dan congkak, tetapi beliau berlawan dalam pengertian memberikan alternatif. Sayang sekali Soedjatmoko tidak pernah juga mendapat tempat yang khas dalam dunia pemikiran Indonesia. Rata-rata juga, kadang-kadang apabila saya ke kampus pengajian, ramai juga anak-anak yang tidak tahu siapa atau pernah mendengar namanya tetapi tidak membaca. Pemikirannya boleh dibaca dalam Menjadi Bangsa Terdidik Menurut Soedjatmoko.

Dawam Rahardjo (1942-2018)

Ketujuh, Dawam Rahardjo pula kita lihat di sini kurang lebih menyebut berkenaan kebertanggungjawaban intelektual, khasnya intelektual Muslim. Dalam buku beliau ini, Intelektual Inteligensia dan Perilaku Politik Bangsa: Risalah Cendekiawan Muslim bolehlah kita sebutkan teologi kebertanggungjawab intelektual kerana beliau daripada aliran Muhammadiyah menyebut tentang Surah Al-Maun yang sangat diberati kelompok ini. “…Kecendekiawanan harus dilihat dari komitmen dan realisasinya dalam kehidupan masyarakat…”, sebagaimana Kiai Haji Ahmad Dahlan telah melakukannya. Panjang lebar juga pembicaraan ini oleh Dawam Rahardjo.

Paulo Freire (1921-1997)

Kelapan ialah Paulo Freire. Kita kenal buku beliau Pedagogy of the Oppressed atau Pedagogi Kaum Tertindas yang mengatakan kepentingan untuk kita membangunkan pedagogi kritis yang hujungnya itu ialah perlawanan terhadap segala bentuk totalitarian, bentuk-bentuk undemocratic, segala bentuk yang membungkam dan menekan rakyat terbanyak. Jadi, itu bagi beliau harus dilawan secara konsisten dan penubuhan apa yang disebut sebagai lingkaran ‘the culture circle’ itu sangat penting untuk proses pemberdayaan dalam masyarakat.

“…Intellectuals need to discover that their critical capacity is of neither greater nor less worth than the sensitivity of the people. Both are required for an understanding of reality. When they are remote from the popular masses and interact only with their books, intellectuals run the risk of arriving at a rarified rationality, a disembodied understanding of the world…”.

Václav Havel (1936-2011)

Kesembilan ialah Václav Havel, seorang dramawan, sebenarnya dari Czechoslavakia dahulunya. Kemudian, beliau melawan pihak rejim negaranya yang bersifat sosialis, totalitarian. Akhirnya, sebagai dramawan public intellectual itu, beliau terpanggil untuk memimpin, tetapi dengan adanya satu kriteria penting iaitu menjaga kenuranian—the conscious. Ia secara panjang lebar dibicarakan oleh beliau dalam bukunya, Summer Meditations. Petikan berbunyi, “…The intellectual should constantly disturb, should bear witness to the misery of the world, should be proactive by being independent, should rebel against all hidden and open pressure and manipulations, should be a witness to their mendacity…”. Sangat jelas ini gaung-gaung nya Noam Chomsky juga.

Nurcholish Madjid (1939-2005)

Kesepuluh iaitu yang terakhir ialah Nurcholish Madjid. Beliau jika kita tahu menyebut tentang hal ini (merujuk petikan), banyak esei beliau. Saya hanya pilih ini berkenaan, “…Kaum cendekiawan adalah pengemban amanat ilmu-pengetahuan dan hikmah daripada Allah… selain berkewaiban menyampaikan seruan-seruan kebenaran hakiki, kaum cendekiawan juga harus mengamalkan ilmunya sendiri…”. Maknanya, mengambil sisi profetis daripada kerja nabi itu. Sisi profetis ini sangat kuat dibangunkan dalam wacana Islam Indonesia, antara lain Muslim Abdurrahman, Kuntowijoyo, Abdul Munir Mulkhan dan sederetan itu yang kita lihat kerana pewacanaan ini diangkat dengan baik oleh pemuka besar Indonesia, maka wacana ini aktif dan subur dalam kalangan aktivis dan cendekiawan Muslim di Indonesia.

ANTARA SOALAN-SOALAN TENTANG ‘CARA CENDEKIAWAN MELAWAN’

Apabila kita membicarakan tentang cara cendekiawan melawan, adalah baik untuk kita menanyakan beberapa soalan.

Pertama, apakah yang diperlukan cendekiawan untuk memastikan perlawanan berlangsungan?

Kedua, apakah yang menjadi rintangan utama kepada para cendekiawan untuk dapat berfungsi dalam masyarakat?

Ketiga, mengapakah wacana tentang kecendiakawanan jarang mendapat perhatian dan sambutan? Apakah yang sedia ada mencukupi?

Bukan bererti kita ada wacana tentang cendekiawan, ertinya kita cendekiawan. Bukan begitu maksud saya. Sekurang-kurangnya adik-adik yang belajar dapat mengapresiasi bahawa dalam lingkungan mereka itu harus diberdayakan sekelompok yang mampu bersuara demi untuk kebenaran, demi untuk kepedulian, demi untuk kesejahteraan umum, bukan hanya sekelompok kecil sahaja. Itu kerja intelektual yang besar.

PENTINGNYA MEMBICARAKAN PERANAN CENDEKIAWAN

Di sini saya mahu mempertegaskan mengapa penting untuk membicarakan peranan cendekiawan kerana saya lihat ada beberapa sisi.

Pertama, intelektual itu sendiri ialah apa yang dipanggil aktor actogenic dalam proses pembangunan dan perubahan sosial. ini berbeza dengan dimensi factorgenic. Dalam apa jua pembangunan dan perubahan sosial kita dapat melihat ini. Satunya ialah sisi institusi-struktural, satu lagi ialah sisi agensi atau manusianya itu sendiri iaitu actorgenic. Jadi, cendekia ialah sebahagiannya, selain elit yang memerintah.

Kedua, peranan elit dan intelektual semakin tersudut dalam pembicaraan ilmiah. Ini agak menarik kita perhatikan. Kenapa begitu? Boleh kita buktikan daripada sejumlah tesis-tesis yang ditulis, makalah yang ditulis berkenaan intelektual itu sendiri. Maknanya wacana berkenaan dengan intelektual. Perlu saya ingatkan lagi, tidak bererti ada wacana tentang intelektual, semuanya jadi baik. Tidak. Sekurang-kurangnya ada kepedulian, ada kemampuan untuk membicarakannya dengan tuntas supaya dapat membekali dalam proses kita memahami bagaimana sesuatu perjuangan dan perubahan dapat dilakukan.

Ketiga, di saat wacana tidak lagi memberati persoalan dinamika elit atau intelektual kerana ini dianggap korpus akademik dekad-dekad yang lalu. Ini agak sama dengan point yang kedua tadi. Kerana kita melihat modul-modul di kampus itu mengikut academic pack. Hari ini orang berbicara tentang globalisasi, esok sudah keluar modul tentang globalisasi. Hari ini orang berbincang tentang pandemik, esok sudah keluar. Bagus… tetapi kadang-kadang ada yang lain yang sangat diperlukan. Contohnya, developmental studies, banyak kampus masih tiada. Ini sudah disuarakan oleh Prof. John Clammer sebagai contoh. Antara lain, selain soal developmental studies, ialah soal elit dan pembangunan, intelektual dan pembangunan. Itu tidak mendapat perhatian.

Keempat, mempertimbang dinamika endogenous dan exogenous dalam pembentukan idea dan pemikiran. Ini adalah untuk kita maklum bahawa di mana cendekiawan itu sendiri menjadi cultural broker atau intellectual broker yang dapat menggabungkan dapatan daripada luaran dan dalaman. Jadi, kita hendak melihat sama ada masyarakat kita mampu atau tidak. Jadi marilah kita lihat. Ayuh, kita lihat intelektual kita sendiri di sini sama ada mampu menggabungkan atau menyulamkan dengan baik. Takut-takut ramai daripada endogenous kita lari dengan keeksotikan mereka dengan projek-projek yang utopis seperti Islamization of knowledge dan indigenization of knowledge. Yang begitulah, kadangkala lebih menelurkan sisi-sisi narsistik daripada pencerakinan atau analisis yang substatif.

BAGAIMANA KITA MEMBICARAKAN PERIHAL CENDEKIAWAN SELAMA INI

Persoalannya sekarang ini, bagaimanakah kita membicarakan perihal cendekiawan selama ini? Kita survei dahulu. Kita lihat apa yang sedia ada dalam masyarakat kita untuk membicarakan perihal ini.

Pertama, umumnya yang sedia ada sering bersifat sejarah intelektual. Tidak banyak. Yang ada pun seperti ini. Sejarah intelektual kita tidak dapat yang komprehensif. Syed Hussein Alatas menulis Intellectuals in Developing Societies itu 1970-an, 1980-an, masih belum ada kemaskininya lagi. Walhal perubahan sudah banyak berlaku. Antara lain gelombang neoliberal. Bagaimana intelektual berdepan dengan neoliberal masih lagi belum ditanggapi dengan baik, dengan tuntas dalam wacana kita, wacana Melayu-Indonesia. Berbeda dengan contoh jika di Amerika, teman seperti Henry Giroux dan Stanley Aronowitz, Donaldo Macedo, dan Peter McLaren yang sudah sangat lantang menyuarakan persoalan-persoalan intelektual dalam era neo liberal.

Kedua, kajian yang bersifat apresiasi atau biografi sangat banyak. Sehinggakan kadang-kadang saya tercium bau-bau romantis. Bicara dari A hingga Z begitu-begitu, tetapi karyanya tidak dibaca. Promosi, pembedahan dan kritik terhadap karya tidak dibuat. Bila kita sebut biografi kita harus berani dan mampu untuk mempertimbangkan yang positif dan negatif, bukan sahaja pujian. Malah, kalau kita lihat misalnya Hamka. Puji berderet-deret tidak habis-habis seolah-olah itulah yang awal dan akhir. Saya rasa cara penulisan biografi itu harus difikir ulang dengan baik.

Ketiga, tentang keterpinggiran ini saya sudah sebut tadi dalam dunia akademik. Kita membicarakan tentang keterpinggiran kajian dan bacaan tentang elit dan cendekiawan dalam dunia akademik.

Keempat, kita membaca sesebuah sfera idea seperti sastera, seni dan agama, tetapi kita tidak memberi premium kepada dimensi keintelektualan di dalamnya. Contohnya, kita berbicara banyak tentang hal-hal agama tetapi kita tidak membincangkan sisi intelektual agama, tradisi intelektual dalam agama tidak kita bincangkan. Begitu juga dengan seni dan sastera. Yang menarik sekali orang-orang sastera, tokoh-tokoh mereka itu ialah cendekia, intelektual dalam masyarakat, tetapi sisi-sisi itu tidak diberikan perhatian. Apa yang diberikan perhatian ialah apa teknik yang dipakai, imejannya apa, bahasa daerah apa yang diguna pakai. Itu aneh sekali. Kita tahu bahawa penulis-penulis itu menggugah kemapanan, tidak sempurna tetapi kita dapat melihat apa yang mereka lakukan.

Kelima, kelangkaan pengantar (cetak dan elektronik) tentang idea para cendekiawan, lantas minat tidak dapat berputik. Jadi, saya rasa ramai teman-teman kita pada malam ini aktivis tidak melakukannya, termasuklah saya. Kelangkaan pengantar ini kita harus ke depan. Tiap-tiap itu kita post. Kalau kita lihat teman-teman daripada golongan kanan itu. Sedikit-sedikit, tokoh-tokoh mereka akan masuk. Cepat, menderas masuk. Jadi, adik-adik yang muda-muda membaca, terpanggil dan tertarik. Sedangkan kita yang mempunyai banyak idea progresif yang kritis dan kreatif, kita kerdil untuk mengkehadapankannya.

BICARA CENDEKIA DARI INDONESIA

Saya ingin memberikan sedikit contoh-contoh buku sahaja mengenai bicara cendekia dari Indonesia yang kita dapat lihat. Di Indonesia, agak senang untuk dapat. Dalam satu pencarian bibliografi, mungkin saya boleh kumpulkan 15 hingga 20 judul tentang cendekia. Baik atau tidak baik itu perkiraan lain tetapi ada kecenderungan untuk membicarakannya. Antaranya ialah Tugas Cendekiawan Muslim oleh Ali Shariati (terjemahan oleh M. Amien Rais); Cendekiawan: Antara Budaya dan Politik dalam Masyarakat Modern oleh Ron Eyerman (terjemahan oleh Matheos Nalle); Kebebasan Cendekiawan: Refleksi Kaum Muda oleh Radhar Panca Dahana, Rocky Gerung, Saiful Mujani dan F. Rahardi; Golongan Cendekiawan: Mereka yang Berumah di Angin oleh Dick Hartoko; Cendekiawan dan Politik oleh Aswab Mahasin dan Ismed Natsir; dan Cendekiawan dan Kekuasaan dalam Negara Orde Baru oleh Daniel Dhakidae.

BICARA CENDEKIA DARI MALAYSIA

Akan tetapi, jika di Malaysia, termasuk Singapura sama sahaja. Jarang ada. Teman-teman, maafkan saya kerana saya terpaksa masukkan buku saya Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi kerana kebetulannya ia adalah cetakan Malaysia dan pernah mendapat hadiah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sebetulnya. Bukan kerana saya ingin mempamerkan buku saya kerana saya tidak pernah berminat dengan hal-hal itu. Dalam modul saya, tidak pernah saya kemukakan buku-buku saya, tetapi kerana tidak hendak kalah dengan Indonesia, kerana mereka ada lebih daripada ini. Setidak-tidaknya kita lihat dalam wacana Melayu ada juga. Kalau makalah banyak, tetapi kalau buku itu tidak. Ada satu yang ditulis oleh Alias Muhammad bertajuk Intelijensia Melayu Kelantan, kecil sekali tetapi saya rasa itu juga boleh kita masukkan, tetapi saya tidak dapat imejnya daripada carian Google. Buku-buku mengenai cendekiawan di Malaysia ialah, Wawancara dengan Intelektual Melayu oleh Alias Mohamed; Peranan Intelektual oleh Usman Awang, Pramoedya Ananta Toer, Ahmat Adam, Rustam A. Sani dan Syed Husin Ali; Intelektual Masyarakat Membangun oleh Syed Hussein Alatas; Intellectuals, Creativity and Intolerance oleh K.J. Ratnam; Inteligensia Penyuluh Nusantara suntingan Mohd Rashidi; dan Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi oleh Azhar Ibrahim.

BIDANG-BIDANG KECENDEKIAWANAN

Kemudian kita lihat bidang-bidang kecendekiawanan. Ini banyak. Kita tidak boleh lihat pada soal keilmuan, keilmiahan, akademik sahaja. Salah jika begitu.

Kecendekiawanan itu termanifestasi juga dalam dunia kewartawanan, kesusasteraan, kesenian, pendidikan, politik, dan keagamaan.

BEBERAPA PEMERHATIAN KONSEPTUAL

Jika kita membincangkan tentang intelektual, terdapat beberapa konsep-konsep yang terpakai untuk kita memahami keberadaan atau latar, kepolitikan atau sosiologinya para cendekia atau intelektual.

Antaranya, Syed Hussein Alatas menyebut tentang functioning intellectual. Antonio Gramsci menyebut tentang organic intellectual—ini sangat gemuruh diguna pakai di Indonesia, khasnya oleh Mansour Fakih sebagai contoh. Edward W. Said membezakan dissenting intellectual dan public intellectual yang mana beliau menyatakan dissenting intellectual berbanding public intellectual. Beliau takut sekiranya public intellectual akhirnya menyerah kepada kemapanan sedia ada dan tidak mahu kritis berdebat kerana tidak popular. Kemudian, Edward W. Said juga berbincang mengenai non-specialist, amateurism dan sebagainya. Konsep oleh Paulo Freire tentang cultural workers. Aronowitz tentang political intellectual; dan Karl Mannheim menyebut tentang free-floating intelligentsia. Malam ini saya tidak berkesempatan untuk membicarakan tentang ini kerana ia perbincangan konseptual. Kalau kita belajar Sociology of Intellectual 101, ini semua akan masuk. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya rasa ini yang penting untuk diperkenalkan.

APA YANG DILAWAN UMUMNYA OLEH CENDEKIA?

Apakah yang secara umum dilawan oleh cendekia? Kita maklum bahawa cendekia berhadapan dengan ketertutupan minda, pemerosakan idea, pelecehan moral-etika, kejahilan kelompok dan awam.

Secara lebih khusus ialah penguasa yang salah urus tadbir, dasar-dasar yang bercelaru. Melawan autoritarianisme penguasa dan pentadbir. Bukan politik, tetapi birokrasi sendiri telah menjadi autoritarian. Obskurantisme dalam masyarakat iaitu suatu sikap anti sains dan romantisme sejarah. Isme-isme yang berpengaruh seperti rasisme, elitisme, populisme, utopianisme dan fundamentalisme. Banyak jika kita lihat. Kemudian apati politik, pasrah, literasi politik yang rendah juga mereka lawan. Dominasi pasar neoliberal jika kita lihat di negara Latin perlawanannya amat kuat termasuk romo-romo Katolik yang berani melawan ini. Akan tetapi, di tempat kita tidak. Jarang kita dengar. Kutuk dan cemuh iya lah. Tetapi, untuk duduk membedah dan membuat kritikan padu, tiada. Jadi, sorak-sorak banyak, tetapi untuk membuat kajian tuntas tiada. Kemudiannya, akademisme, orientalisme, nasionalisme mundur dalam wacana akademik. Ini agak menarik jika kita lihat. Adik-adik di kampus pasti tahu jenis-jenis ini yang sedang berkarat dan melarat di kampus, malahan bertahan. Kemudian juga melawan imperialisme dari kuasa dunia dan bekas penjajah.

DARI LEMBARAN YANG MELAWAN

Baik, ini sekadar foto-foto sahaja. Jika saya ada berdepan dengan anda, saya ingin buat semacam kuiz, siapa tokoh dalam foto-foto ini. Yang saya paparkan di sini ialah para cendekia atau intelektual yang sangat saya kagumi. Yang memperturunkan beberapa penulisan. Tidak bererti ilmiah, tetapi penulisan yang boleh kita garap dan faham. Sederetan enam orang ini hanya seorang sahaja ilmuan akademik iaitu W.E.B. Du Bois ahli pemikir kulit hitam, ahli Sosiologi. Lain-lainnya ialah Jose Rizal, Raden Adjeng Kartini, Jamaluddin Al-Afghani, Vissarion Grigoryevich Belinsky seorang pengkritik sastera abad ke-19 dari Rusia yang sebenarnya nanti ialah bapa pencerahan Rusia abad ke-19 yang memuncak kepada Revolusi Rusia. Malah, beliau dikagumi Lenin. Saya amat meminati esei-esei beliau. Sangat melawan.

YANG MELAWAN DAN MENAWAN

Kemudian, ini sengaja saya pilih para cendekiawan dari Dunia Ketiga. Mereka mungkin ada daripada Dunia Pertama iaitu Amerika tetapi pembicaraan mereka itu banyak dalam framework negara Dunia Ketiga itu. Melawan elitisme, segala bentuk rasisme. Mereka yang saya contohkan ini adalah seperti Arundhati Roy, Cornel West, Frantz Fanon, Ali Shariati, dan Ngugi wa Thiong’o. Semuanya saya gerenti cendekia yang benar-benar melawan. Melawan dalam penulisan. Melawan dalam keberanian. Mengangkat wacana dan sebagainya. Ada yang gugur kerana represi negara—contohnya Ali Shariati.

BAYANGAN DUNIA TANPA INTELEKTUAL MELAWAN ATAU PERLAWANAN IDEA

Jadi, bayangkan dunia tanpa intelektual yang melawan atau perlawanan idea. Bayangkan itu. Betapa tandusnya dunia ini seperti tidak bermakna. Kalau orang hidup beragama, ia semacam hidup tanpa Nabi lah. Tiada orang yang dapat memandu. Begitu juga dengan peranan intelektual. Sisi profetis pada intelektual itu mahu tidak mahu pasti ada, meski apapun aliran keagamaan mereka. Kesannya ialah,

Pertama, kelompok atau penguasa zalim dan jahat makin mengental dan memonopoli penafsiran idea dan aksi.

Kedua, ruang pertarungan idea akan diisi oleh kelompok lain yang mungkin lebih mengeruhkan keadaan.

Ketiga, pertimbangan moral-etika, kejernihan visi dan sikap berpihakan akan lentur. Jika tiada kelompok intelektual yang mengatakan bahawa rasisme itu salah, jangan-jangan ia termakan kepada ramai orang. Pada anak didik, penguasa, dan pentadbir bahawa rasisme itu natural. Oleh kerana adanya mereka yang jujur dan melawan itu, maka berlaku perubahan.

TENTANG MELAWAN – PERLAWANAN

Pada dasarnya, lawan itu ialah kata sifat, sekali gus kata kerja. Namun, para cendekiawan sering dalam pelbagai tarikan dan desakan, sama ada dalam bentuk yang kita idami, secara ideal ia berlaku tetapi kita juga harus faham, dalam proses perlawanan itu, para cendekiawan berdepan dengan fenomena atau situasi sebegini.

Pertama, berada di tengah pusaran kekuasaan negara dan politik. Kadangkala boleh dipanggil kooptasi akhirnya menjadi lentur. Kedua, mendekat kepada awam. Ia membina akar umbi, memberikan kepimpinan idea malah organisasi. Akan tetapi, tidak popular, tidak mendapat pangkat, tidak mendapat status, pujian kerana kerja itu sememangnya bukan untuk pujian. Ketiga, menjauhi semua demi menjaga status autentik. Ia jenis pujangga, pendeta. Ini saya rasa jika dia menulis bagus-bagus boleh berfungsi itu baik. Tetapi, jika sudah meninggikan diri, tetapi tidak menulis pula, itu teruk lah. Jangan-jangan di tempat kita ada yang semacam ini. Duduk di atas bukit, tetapi tidak peduli apa yang berlaku di bawah bukit itu tercabut dan melalak. Keempat, menyertai partai atau kumpulan yang dianggap bisa menampung suara mereka. Bagus pada mula-mulanya, tetapi akhirnya ke arah jalan kekuasaan. Akhirnya, kita tengok sama ada berlangsung baik ataupun tidak.

PELBAGAI PENDEKATAN MELAWAN – CARA-CARA PERLAWANAN YANG BERAGAM

Jadi, pelbagai pendekatan melawan. Ini kita masuk kepada inti kuliah kita ini iaitu cara-cara perlawanan yang beragam. Tiada satu cara, malahan cara-cara. Mungkin ada sepuluh cara – tipologinya di sini.

Pertama, berdepan terus secara frontal dalam sfera publik menjadi dissenting intellectual di hadapan kekuasaan. Antara lain, yang saya boleh sebut ialah Noam Chomsky, Kassim Ahmad, dan Pramoedya Ananta Toer. Kawan-kawan boleh tambah nama-nama tersebut asalkan munasabah untuk kita masukkan nama-nama tersebut.

Kedua, membangun alternatif sebagai tawaran dari yang sedia ada mendominasi dalam masyarakat. Maksudnya, mereka membangunkan alternatif. Nama-namanya adalah seperti Mansour Fakih yang sangat baik dalam kasus Indonesia mengikut culture circle mengikut pola Paulo Freire; Muslim Abdurrahman menubuhkan Al-Maun Institute yang tidak lagi berfungsi sejurus selepas beliau wafat; Chandra Muzaffar pada peringkat awal memimpin Aliran (NGO); Moeljono seorang artis visual, pelukis di Indonesia, masuk ke kampung dengan menggunakan wadah seni untuk mengangkat krisis-krisis literasi sosial di kampung-kampung mendidik anak-anak—bukan melukis sahaja tetapi ada wacananya; Myles Horton yang terkenal dengan Highlander Folk School, mirip-mirip dengan projek Paulo Freire.

Ketiga, terdapat perlawanan yang masuk dalam lingkungan ilmu dan pendidikan tinggi. Contoh-contohnya banyak kita boleh sebut di tempat kita. Syed Hussein Alatas, Edward W. Said, Seno Gumira Ajidarma, K.S. Jomo, Cornel West, dan Howard Zinn yang memegang status selaku ilmuan akademik.

Keempat, intelektual melawan masuk dalam lingkungan penguasa seperti menjadi penasihat, pengamat dan pengkritik. Mereka mendampingi orang-orang di atas. Contohnya, Gus Dur yang akhirnya menjadi Presiden Republik Indonesia, Soedjatmoko, Ahmad Syafi’i Maarif, dan Nurcholish Madjid.

Kelima, mereka bergerak dari jalur pinggiran tetapi tetap lantang bersuara. Contoh, Mohammad Natsir keluar dari Masyumi dalam era Suharto; Mohd Affandi Hassan di Malaysia tidak berada dalam mainstream sastera, tetapi di pinggiran dengan amat lantang menyuarakan kritikan; dan Mohamed Latiff Mohamed.

Keenam, kelompok yang mengubah mode perlawanan atau kehadiran mereka dari politik perlawanan langsung ke kepemimpinan idea (thought leadership). Yang boleh difikirkan di tempat kita ialah A. Samad Ismail yang dahulunya dalam People’s Action Party (PAP) tetapi kemudian keluar parti dan menjadi wartawan profesional yang menjadi cendekia memerhati persoalan-persoalan masyarakat. Termasuk juga Syed Husin Ali.

Ketujuh, kumpulan yang bergerak dalam dunia simbol seni dan sastera. Contohnya seperti W.S. Rendra, Keris Mas, Usman Awang, Shahnon Ahmad, Goenawan Mohamed, Eric Bentley, Kuo Pau Kun, Salleh Ben Joned, dan Moeljono. Saya rasa ini yang kita seringkali terlepas pandang, perlawanan oleh kelompok ini. Saya rasakan W.S. Rendra amat jelas perlawanannya.

APA DIPERLUKAN DEMI PERLAWANAN CENDEKIAWAN UTUH DAN BERBALOI

Ini adalah apa yang diperlukan demi menjadikan perlawanan cendekiawan itu utuh dan berbaloi.

Pertama, ia mestilah bertolak daripada permasalahan semasa dalam masyarakat dan bukan kepuasan teoritis semata. Ia problem-posing, problem-oriented. Ia bukan penteorian, misalnya teori saya adalah bahawa dalam masyarakat itu ada serpihan-serpihan unit dipanggil body politics. Kan aneh-aneh itu? Bukan lah saya memperlekehkan teori seperti itu, tetapi kerja cendekia itu yang utamanya adalah selain pencerahan, mengurangkan kesengsaraan manusia. Human suffering itu suatu persoalan yang besar sekali. Siapakah yang hendak membuatnya jika bukan intelektual?

Kedua, bertolak dari yang pertama tadi, kita harus ada keberanian moral daripada intelektual serta beraksi.

Ketiga, mempunyai stamina untuk konsisten dan persistent dalam menggagas idea. Kadangkala gagal sekali, kecundang kemudian tidak mahu buat semula. Perlawanan begitu harus ada stamina.

Keempat, tekun dan padu pada analisis. Mempunyai minda yang fokus.

Kelima, meyakini rekonstruksi. Saya rasa jika cendekia bermain-main dengan bentuk-bentuk deconstruction, ini the death of the author. Ini cendekia yang tidak serius. Ini bermain-main dengan teori sahaja. Ia dikritik hebat oleh Edward W. Said. Yang diperlukan ialah jenis dekonstruksi. Bangunkan balik semua. Kalau perlu overhaul.

Keenam, mengenali dan membina ruang (discursive space). Satu kebutuhan intelektual itu bukan untuk melafaz sahaja, tetapi turun padang dan bina ruang. Bina ruang bukan bangunan, tetapi discursive space – ruang wacana.

Ketujuh, memastikan adanya keberlanjutan agenda (culture cirle)reading group, jika sebut usrah pun boleh, asalkan bukan meng-amin-amin-kan sahaja, tetapi membicarakan dengan hal-hal yang penting.

Kelapan, kemampuan untuk mengkritik kelompoknya sendiri, sepertimana Karl Mannheim menyebutnya tadi.

Kesembilan, berterusan hadir dalam lafaz dan tulisan kerana tanpa ini perlawanan tidak ke mana. Menulis dan melafaz itu adalah melawan di saat pembungkaman semakin leluasa. Pernah disebut oleh Seno Gumira Ajidarma, “…Di saat sastera terbungkam, pers harus bersuara…”. Ataupun sebaliknya. Apa pula terjadi jika pers pula terbungkam, sastera terbungkam.

APA YANG MEMBOLEHKAN ATAU MEMBENARKAN CENDEKIAWAN BERFUNGSI UNTUK MELAWAN

Seterusnya, apakah yang membolehkan atau membenarkan cendekiawan itu berfungsi untuk melawan?

Pertama, kewibawaan idea dan karisma cendekiawan itu sendiri.

Kedua, tahap kesedaran politik dan sivik, sosio budaya, ekonomi dan keagaamaan yang munasabah dalam masyarakat. Kita tidak boleh harapkan cendekiawan sahaja. Perlu ada di paras masyarakat itu dahulu. Asas kesedaran ini yang biarpun ia tersudut, tetapi ada. Tidak boleh cendekiawan itu turun padang mula dari kosong. Susah.

Ketiga, kehadiran golongan terpelajar dan siswa yang menyambuti dan menyebar gagasan dan sanggahan idea. Ini ialah golongan pelapis yang ke depan untuk menggerakkan pewacanaan dan kesedaran.

Keempat, kelompok aktivis, siswa, media dalam masyarakat yang sering mendekati dan mendapatkan para cendekiawan. Jangan-jangan media lebih suka mendekati selebriti sebagai contoh. Pencetus Ummah pasti lebih popular daripada seorang ulama yang menulis, yang berfungsi untuk merungkai permasalahan masyarakat. Kedua-duanya dalam sfera agama, tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaan kerja dan kepedulian.

Kelima, terdapat ruang yang membolehkan artikulasi idea, sfera publik yang menampung wacana, media sosial, serta dunia akademik yang mempromosi idea para cendekiawan. Kalau ada yang ini ada harapan sedikit.

Keenam, keberlangsungan intellectual creativity dalam gerakan perlawanan – ini disebut oleh Renato Constantino. Beliau ialah ilmuan sejarawan besar dari Filipina. Esei beliau dalam Neocolonial Identity and Counter Consciousness (1978), antara lain menyatakan,

“…Without intellectual creativity, protest action degenerate into routinary activity. There is danger that these protests may become a everyday affair, that they will no longer excite the imagination of the people or call forth their support because they are activities with the same rituals which seem to have become ends in themselves. This danger will become a reality of there is no guiding body of thought that can transform protest movements from mere achievements of united action to agencies of changes…”.

Saya rasa sudah jelas dibincangkan oleh Renato Constantino. Buku ini ada bab berkenaan dengan intelektual.

MAKA, WAJARKAH KITA BERTANYA KENAPA SEJUMLAH CENDEKIAWAN YANG TIDAK MELAWAN? ADAKAH ITU SENDIRI MENEPATI TAKRIF CENDEKIAWAN? Inilah yang harus kita bedakan antara cendekiawan sejati dengan mereka yang terpelajar tetapi sebenarnya lebih bersifat technician dengan kepakarannya spesifik. Kadangkala kita bertanya, universiti melatih inteligensia atau melatih technician? Jangan-jangan kita bergerak kepada matlamat kedua itu.

Baik, untuk menjawab ini, agak baik untuk kita perhatikan perbezaan antara inteligen dengan intelek yang telah diberikan oleh Richard Hofstadter, seorang sejarawan dari Amerika. Bukunya ini sangat baik, bertajuk Anti Intellectualism in American Life (1962). Dalam bukunya itu, beliau menyatakan begini, “…Intelligence works within the framework of limited but clearly stated goals, and maybe quick to shear away questions of thought that do not seem to help in reaching them…”. Ini inteligen. Maknanya orang yang mungkin masuk kampus inilah. Tetapi, intelek berbeda. Intelek pula ialah, “…Intellect, on the other hand, is the critical, creative, and contemplative side of mind. Whereas intelligence seeks to grasp, manipulate, re-order, adjust, intellect examines, ponders, wonders, theorizes, criticizes, imagines…”.

CENDEKIAWAN DAN AKTIVIS-AKTIVISME

Jadi, teman-teman, saya rasa inilah dalam kuliah ini saya rasa saya tidak dapat menceritakan secara panjang lebar berkenaan hubungan antara cendekiawan dan aktivis. Itu saya rasakan memerlukan satu kuliah yang asas, tetapi setidak-tidaknya perlu diletakkan framework yang penting bahawa ada keselarasan-keselarasan antara kedua-duanya. Pastinya pertindihan dan perbedaan itu kita harus akur, tetapi penghujungnya cendekiawan dan aktivis itu harus mengakrabi antara satu sama lain. Jika kawan-kawan ingin membaca tentang ini, perbincangan oleh Renato Constantino juga saya rasa sangat baik. Saya harus gantungkan perbicaraan ini sekadar menyatakan ada satu sisi di sini yang boleh kita bicarakan dengan lebih tuntas.

Jadi, seharusnya cendekiawan bukan sahaja harus melawan keterbatasan dan kerancuan dari dalam kelompok mereka sendiri. Tetapi juga melawan ketertawanan yang ada dalam kalangan aktivis ataupun dalam kelompok mereka sendiri. Makanya, perlu diusahakan dialog atau wacana. Sebabnya ialah ramai aktivis yang turun padang dengan keghairahan melakukan sesuatu tetapi tidak pernah peduli untuk membaca, melihat sisi-sisi yang belum beres. Bukan sebagai ilmuan akademik, tetapi sebagai pembekalan ilmu agar dapat mendiagnosa masalah dengan baik. Maka itu sebabnya para cendekia, intelektual dan aktivis perlu ada tampungan dialog tersebut.

CENDEKIAWAN MANA YANG BOLEH MELAWAN?

Jadi, kita tanya di sini, manakah cendekiawan yang boleh melawan? Pertama, tentulah dia harus bebas, berautonomi tidak terikat. Kalau terikat, tidak mungkin dia boleh melawan. Terikat kepada jawatan, partai, kelas. Keduanya, dia harus peduli atau dalam istilah Freire, conscientization itu. Kepedulian. Ketiga, dia harus berani pasti. Bukan kerdil, bukan takut-takut. Keempat, yang melawan itu perlu ada sumber dan strategi. Kalau sekadar angan-angan, itu tidak boleh melawan. Perlu ada sumber. Sumber itu ialah wacana, sokongan, ada strategi.

Kemudiannya, dibedakan dengan cendekiawan yang tidak mahu melawan. Tidak mahu melawan itu kenapa? Pertama, bersikap ambivalen – acuh tak acuh, tidak peduli. Tidak peduli asal tidak terkena kepada dirinya, atau kelompoknya. Kedua, jenis yang bersekongkol dengan pihak yang berkepentingan. Ketiga, memilih jalan tengah yang konon-kononnya bersikap neutral. Keempat, berpendirian moral yang tidak utuh. Kelima, paradigma moral-intelektual yang tidak membumi. Jadi, ini ialah sebab-musabab kepada intelektual yang tidak mahu melawan.

CENDEKIAWAN BAGAIMANA KITA PERLUKAN PADA MASA MENDATANG?

Jadi, cendekiawan yang bagaimana yang kita perlukan? Pada masa hadapan dan juga masa sekarang.

Pertama, lawan kepada yang tadi—terus bebas dan berautonomi.

Kedua, terpandu dengan gagasan dan komitmen profetik, reformistik, emansipatif bukan pula terbelenggu oleh absolutisme dan dogmatisme. Kalau sudah ada formula aku sahaja yang betul, tidak boleh. Ini pasti perlawanan yang tidak berfungsi.

Ketiga, tidak terjerat dengan akademisme dengan ritus penyelidikan untuk global ranking. Ini saya rasakan penting kerana banyak dunia kita hari ini, cendekiawan itu datang daripada kelompok akademia. Bukan semua tetapi banyak. Tetapi dalam universiti yang bergerak dalam dunia ranking, Scopus, akhirnya para akademik itu membicarakan hal-hal yang sangat  teoritis, formulis, yang sebenarnya tidak berdepan isu-isu sebenar dalam masyarakat. Yang menulis itupun kadangkala kerana ada kartel-kartel yang mendukungi wacana mereka. Jenis wacana yang selalu mengkritik, contohnya anda daripada Sejarah, memakai pola daripada Howard Zinn. Itu sangat susah untuk menembus ke dalam jurnal-jurnal tertentu. Idea-idea daripada Howard Zinn dianggap sebagai Marxist, komunis dan sebagainya.

Keempat, tidak terikat dengan populisme semasa.

Kelima, tertawan ke dunia selebriti. Ramai ilmuan, cendekiawan kita telah masuk ke dalam ini. silap-silap banyak juga agamawan sudah masuk ke sini. Tidak menulis, tetapi menjadi selebriti.

Keenam, tidak kekok aktif dalam sosmed.

Ketujuh, tangkas berafiliasi merentas kelompok dan sempadan. Maknanya, apa yang dipanggil oleh Edward W. Said sebagai berani cross the border yang tidak terikat dengan bidang pengkhususan tegar. Contoh solidaritas South-South. Berganding dengan seniman dan lain-lain.

Kelapan, tidak berpola sage atau hermetic atau menjadi intellectual guerilla, tetapi menjadi kelompok stabil yang hadir aktif dalam masyarakat. Ada keberlangsungan.

Kesembilan, tidak terpengaruh oleh tawaran pendanaan, geran, tajaan sehingga mendiktat minat. Saya lihat ramai yang muda-muda menulis buku menunggu tawaran dana dan geran. Orang dahulu tidak pernah pun ada ini semua, masih boleh menulis buku yang baik-baik. Ini semuanya ada hambatan. Bukan geran, dana itu tidak baik, tetapi jika hendak melaksanakan sesuatu itu menunggu orang memberikannya, tiada orang akan memberikan dana untuk membicarakan mengenai kemiskinan di kawasan kumuh. Tetapi, jika anda ingin menulis tentang bagaimana ibu-ibu menggunakan Zoom pada zaman pandemik, pasti ada orang ingin memberikan penajaan. Itu aneh sekali.

Kesepuluh, kepedulian membangun komunitas, sehingga dapat dibentuk pengkaderan idea, di saat kampus gagal melaksanakan tugas pembinaan inteligensia. Ini sesuatu yang sangat-sangat penting untuk kita perhatikan.

KESIMPULAN DAN SERUAN

Kita perlukan pendedahan basic, intermediary dan advance kepada wacana kecendiakawanan—usah dianggap sebagai optional elective. Saya tertarik dengan Naratif Malaysia yang mengangkat topik ini pada hari ini, meskipun saya sangat sibuk dengan tugas-tugas pengajaran saya. Cuba dibuat survei tentang modul-modul yang ditawarkan di IPT tentang wacana cendekia. Jangan-jangan hampa. Hampir tiada saya rasa.

Kita mendapat pendedahan tentang cendekiawan dari luar negara sama pentingnya cendekiawan dari dalam atau tempat sendiri. Sisi komparatif dengan sendirinya mengajak kita berfikir sama ada gagasan cendekiawan kita yang sedia ada wajar, munasabah dan mencukupi.

Kita tegas mengelakkan pembatasan cendekiawan hanya kepada ‘ahli filsafat’ seolah ianya pemikiran murni, sedangkan yang lain tidak. Kita elakkan itu. Kita harus pastikan bahawa takrif cendekiawan itu lebih luas.

Kita pastikan dunia pembacaan terus terisi dengan rencaman wacana—dijana oleh penerbitan yang aktif menerima penulisan baru, menterjemah dan mempromosi wacana. Tugas komunitas belia, perpustakaan, syarikat penerbitan, badan persuratan dan think-tank perlu subur.

Kita mengelak peromantisan cendekiawan kerana pasti berhujung dengan kepuasan narcissistic dan bukan pula kesadaran yang diagnostik. Ini saya rayu kepada teman-teman, sama ada di Malaysia, Singapura, dan Indonesia, kita tidak boleh berpuas hati dengan ini. Kita harus masuk wacana kecendekiawanan dan menilai kembali dan memikir ulang gagasan yang telah mereka lakukan.

Kita bergerak dari strategi pamflet atau jurnalistik ke penulisan yang utuh dengan kepiawaian ilmiah yang berpihakan. Contohnya, Paulo Freire dan Pramoednya Ananta Toer. Mereka tidak menulis dalam bentuk pamflet. Mereka serius melakukan buku yang utuh. Kita perhatikan di sini, banyak daripada kita berhenti dengan menulis jurnal, bukan sahaja jurnal tetapi berhenti dengan menulis pamflet. Posting sekarang ini kita rasa tidak. Bagus, tetapi kita perlukan dalam 10 ke 20 tahun ke hadapan buku yang utuh berkenaan hal-hal kemasyarakatan.

Cendekiawan itu bukanlah teranugerah semena-mena, atau tidak turun dari langit. Nabi pun tidak turun dari langit, tetapi dari bumi. Kalau kita mahukan cendekiawan yang profetik dan organik, mahu tidak mahu, harus kita ciptakan suasana dan prasarana dalam masyarakat yang akan menyokong pembentukan cendekiawan berguna. Sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Mochtar Lubis. Beliau saya fikir ialah salah satu contoh intelektual yang melawan dalam sisi keberadaan yang sangat konsisten. Beliau berkata, “…Intellectual freedom should be stimulated and supported. Traditions of intellectual integrity should be strenghtened and encouraged…”. Tugas kita yang celik membaca ini terus mengarah ke situ. Mendukung kerja para cendekiawan. Artinya, bukan kita kerdil berpasrah, bukan menanti anugerah, tetapi menyusun perancangan berarah untuk membina kondisi di mana cendekiawan dapat lahir dan subur. Ini atau itu tidak mustahil.

Izinkan saya menutup kuliah ini dengan puisi Usman Awang bertajuk Duri dan Api (1961) yang mengatakan begini. Tadi saya mulakan dengan Usman Awang sebagai pembukaan, sebagai pengibar semangat, saya tutup untuk ke depan tidak terus kalah dan menyerah.

Kawan-kawanku yang dikasihi,

Di belakang duri di depan api,

Kita tidak bisa undur lagi,

Duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukur sejarah,

Di mana air mata tidak akan menitik tumpah,

Sebab kebulatan ikrar tak akan berubah,

Apa saja kita tidak akan menyerah.

Saya rasa itulah ayat terakhir sebagai seorang cendekiawan yang melawan, Usman Awang dan juga teman-teman intelektual lain tidak akan menyerah kerana itulah perlawanan yang harus kita ciptakan dan kita harus teruskan. Oleh itu, teman-teman, saya rasa ini sahaja daripada saya. Sekian. 

PERBINCANGAN DAN SOAL JAWAB

MOHD HARISZUAN: Terima kasih Saudara Azhar Ibrahim. Saya rasa pembentangan tadi sangat menarik di mana Saudara Azhar telah menghubungkan antara intelektual dengan aktivisme. Ia gabungan yang penting dan susah kita dapatkan sekarang. Seperti kata Saudara Azhar tadi, intelektual ini bukan sahaja kata nama tetapi kata kerja. Jadi, saya buka kepada kawan-kawan yang ingin bertanya atau mengulas dan sebagainya. Silakan.

AHMAD MUZIRU IDHAM: Assalamualaikum. Saya Muziru. Saya ada dua soalan untuk Dr. Azhar. Pertama, seorang cendekiawan perlu hidup. Mereka mempunyai pelbagai hambatan termasuk ekonomi, terutamanya. Seorang intelektual mungkin seorang pensyarah, guru, dan penjawat awam. Jadi, bagaimanakah cendekiawan melawan dalam keadaan kekangan yang begitu? Kedua, tugas cendekiawan itu adakah tugas jangka pendek, jangka panjang atau kedua-duanya? Kerana ramai cendekiawan yang kita bicarakan hari ini yang telah meninggal dunia, ketika beraksi puluhan tahun dahulu tidak dipandang. Jadi, sebenarnya tugas cendekiawan itu jangka panjang atau jangka pendek atau ada sisi-sisi lain yang boleh dicapai untuk jangka masa pendek, sekurang-kurangnya sekitar 10 tahun, perubahan sosial itu sendiri.

AINUL ASHRAF: Assalamualaikum. Nama saya Ashraf. Apakah pandangan Dr. Azhar mengenai peranan agama dalam pembinaan cendekiawan? Saya rasa kita di Alam Melayu ini takkan dipisahkan daripada agama. Jadi, bukankah untuk meraih perhatian yang kukuh dan utuh daripada masyarakat, bukankah kita harus melahirkan cendekiawan yang lengkap daripada pegangan ilmu agamanya, pegangan agamanya dan juga pegangan dunianya daripada segi pengetahuan Sains Sosialnya. Itu sahaja.

ROZANA ISA: Assalamualaikum. Nama saya Rozana Isa. Saya tengok memang ramai daripada kalangan cendekiawan yang diberikan sebagai contoh adalah dalam kalangan lelaki. Mungkin tidak berapa banyak perempuan. Jadi, saya sebenarnya saya ingin memahami dengan lebih lanjut apakah, mengapa dan kenapa tidak ramai cendekiawan wanita yang kita boleh petik daripada sejarah Melayu supaya mereka berada dalam senarai ini? Tambahan saya pula berkenaan cendekiawan yang ada di Malaysia bersama kita pada hari ini. I have the previlege berkenalan dan bekerja dengan beliau iaitu Zainah Anwar. Beliau salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS). Apa yang dibentangkan oleh Dr. Azhar tadi berkenaan latar belakang, motivasi, sense of consciousness dan sebagainya, apabila umurnya menghampiri 70 tahun masih aktif menulis, melawan dan mengatur strategi, dalam ruang agama khusus mengenai hak-hak wanita dalam Islam. Bagi saya, beliau adalah salah seorang daripada tokoh cendekiawan penting dan perlu dimasukkan dalam senarai, sebaris dengan nama-nama lain tadi.

DR. AZHAR IBRAHIM: Terima kasih Puan Rozana. Saya jawab soalan Puan Rozana terlebih dahulu, kemudian soalan daripada saudara Muziru dan saudara Ashraf.

Saya bersetuju dengan kenyataan Zainah Anwar dimasukkan sebagai salah seorang cendekiawan. Saya sendiri kagum dengan beliau. Saya dibesarkan dalam Malay Studies. Buku beliau tentan revivalisme di kalangan kaum pelajar di Malaysia contohnya ialah suatu yang saya kagumi. Termasuk buku-buku lain. Perjuangan dalam Musawah dan perjuangan dalam SIS dan sebagainya. Kebetulan malam kelmarin saya baru berbincang tentang perempuan dalam kuliah saya – wacana perempuan dalam masyarakat Melayu. Jadi, saya sudah agak exhausted lah ya dalam memperkenalkan Zainah Anwar. Saya bersetuju bahawa Zainah Anwar harus diperkirakan. Sebenarnya banyak sekali tadi yang boleh dimasukkan. Antaranya Norani Othman, Zainah Anwar itu semua yang tampil ke depan termasuk Khatijah Sidek. *** Berkenaan dengan perempuan, kenapa tidak ramai. Salah satu sebabnya pada masa dahulu, akses terhadap pendidikan tidak banyak. Ini bukan sahaja masyarakat Melayu, tetapi hampir semua masyarakat. Jadi, kalaupun ada yang dapat ialah para ningrat. Itupun satu dua sahaja. Raja-raja, anak raja, tengku. Akhir abad ke-19, kita melihat penulis dari Riau, Kesultanan Riau menulis. Itupun tulisannya lebih kepada kesusasteraan, penjagaan ketertiban, moral dan sebagainya. Bukan kemasyarakatan yang lebih besar. Sebenarnya yang baru kita lihat itu pada awal abad ke-20 daripada Kartini. Kartini itupun daripada surat-surat beliau—bukan pewacanaan. Walaupun beliau ada menulis esei. Jadi, antara sebabnya ialah dominasi lelaki dalam dunia pendidikan, dunia wacana. Jadi, tidak ramai perempuan yang tampil untuk menyumbang. Itu apa yang dapat saya baca. Selain itu, mungkin ada sekatan daripada patriarki, tetapi sekatan feudal itu sendiri sudah membentuk apa yang seharusnya ada pada perempuan. Ia boleh datang daripada ajaran agama yang tradisional, feudalisme yang absolut. Jadi hal-hal sebegitu merencatkan pembangunan perempuan untuk mendapatkan akses terhadap pendidikan. Tanpa itu tak mungkin mereka tampil untuk berbicara. Hanya pada awal abad ke-20, kelompok reformis tampil untuk membuka sekolah, dan anak-anak perempuan mahu digalakkan untuk ke sekolah. Itupun mendapat tentangan. Kita berbicara soal 1910-an, 20-an dan 30-an. Masuk sekolah pun susah. Baru kemudian kelompok reformis dapat meyakinkan masyarakat tentang pentingnya pendidikan, akses terbuka kepada perempuan. Maka, lahir selepas Perang Dunia Kedua, berlaku lonjakan yang lahir, keluar daripada kohort Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris, kemudian masuk ke universiti. Antaranya seperti Adibah Amin, penulis Salmi Manja dan lain-lain. Tidak banyak tetapi sudah mula menampakkan keberadaan mereka. Alhamdulillah kini lebih ramai perempuan masuk ke dunia ilmiah, dunia akademik dan berpartisipasi dalam dunia wacana. Saya rasa Zainah Anwar ialah contoh terbaik. Tidak pasti ada beberapa yang lain. Saya rasa itu yang saya boleh jawab berkenaan itu. Terima kasih atas penambahan.

Kemudian berkenaan soalan daripada Saudara Ashraf, pasti Saudara. Saya sendiri bermula dengan petikan daripada Gus Dur dalam kuliah. Kemudian sepanjang perbincangan, saya masukkan antara lain ialah Mansour Fakih, Nurcholish Madjid. Itu antara orang-orang yang sebenarnya daripada latar agama, tampil ke hadapan untuk mengangkat wacana. Kita pasti bahawa peranan agama sangat penting, tetapi soalnya orientasi keagamaan yang bagaimana—perlu dibedakan. Kalau dengan orientasi tradisional, tradisional kitab tidak kisah – ia bagus lah, bacalah. Akan tetapi, ia tidak dapat menjawab persoalan-persoalan masa kini. Ia tidak dapat berdepan dengan soal kini, kerana ‘torah’nya ialah ‘torah’ Zaman Pertengahan. Tiada pengjungkirbalikan atau tambah baik pada ‘torah’ itu. Akhirnya, kelompok tradisional zaman dahulu yang menjadi jaguh pada zamannya tidak dapat berfungsi dalam dunia masa kini. Ini satu kelompok tradisionalisme. Satu kelompok lagi pula ialah revivalisme. Ia sangat prihatin kepada soal keagamaan, soal kemasyarakatan. Tetapi, cara ia melihat dunia itu sangat reaksionis. Ertinya, mereka sudah ada satu formula yang sudah sangat terpakai. Kembali kepada jalan Islam, semua akan beres. Jadi, kita dapat melihat penentangan mereka terhadap apa sahaja yang masuk dari luar. Sekularisme dan apa sahajalah sebagainya. Semua anti lah. Tetapi, anehnya kapitalisme mereka tidak anti. Agak menarik daripada kelompok ini. Ada sisi anti intelektualisme. Dibedakan dengan golongan tradisionalis yang masih memegang ‘torah’—revivalis tidak memegang ‘torah’. Tidak memegang ‘kitab kuning’. Jadi penguasaan mereka terhadap intelektual Islam selama 1400 tahun itu tidak dibangunkan kembali. Ini dibedakan dengan rakan-rakan Azhariah, Azharite yang kuat ‘torah’ dan bangun membaca semula ‘torah’, seperti Jamaluddin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh, Qasim Amin, Taha Hussein dan sebagainya. Itu di Mesir. Jika kita lihat di Indonesia, sebagai contoh, beberapa kiai-kiai yang kuat pada ‘torah’ tetapi oleh kerana ada kemampuan intelektual untuk berdepan dengan wacana hari ini. Mereka dapat membaca dan merelevankan ‘torah’ itu dengan kondisi hari ini. Itu sangat penting. Tidak pernah jadi masalah ya peranan agama. Jadi, sebab itu ditawarkan kepada teman-teman, nama-nama seperti Dawam Rahardjo, Kuntowijoyo, Muslim Abdurrahman, Buya Syafii Maarif – ini ialah pemuka-pemuka Islam yang terkenal mempunyai sisi-sisi profetis jika di Indonesia. Kalau di tempat Melayu, tak panggil lah sebegini, tetapi ada penjemaan untuk membezakan Islam intelektualitas. Kalau Islam yang bersifat kedaian, dakwah, itu banyak. Tetapi, jika kita ingin melihat intelektual yang berfungsi berdasarkan kepada ciri-ciri yang saya senaraikan, maka ada kelangkaan. Pasti anda boleh bersetuju dengan saya tentang perbedaan dai yang bercakap tentang akidah dan hukum-hakam dengan ulama yang menulis mengangkat wacana dan pemikiran. Bukankah berbeza itu? Seperti langit dengan bumi. Satu menulis satu lagi tidak menulis. Jadi, kemampuan cendekiawan itu ialah menggerakkan pemikiran dan kemajuan selanjutnya yang lebih baik untuk berhadapan dengan kondisi pada hari ini. Kalau ditanya ada atau tidak? Jawabnya ada tetapi tidak banyak. Yang ramai itu lebih bersifat ekstrinsik keagamaan.

Kemudian, Saudara Muziru tentang jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Saya rasa kedua-duanya adalah diperlukan. Tergantung juga kepada cendekiawan itu. Sama ada dia ada stamina. Kadangkala dia untuk jangka pendek, selepas itu dia menjauh ataupun dia berdepan dengan pelbagai masalah. Umpamanya tiada sambutan, atau seperti yang anda katakan pertimbangan ekonomi. Itu sangat riil. Misalnya dia seorang guru, seorang pentadbir, seorang pengkaji lah. Pucuk pangkalnya ialah pilihan. Ke mana dia hendak pergi. Jika dia rasa royal road untuk kenaikan pangkat, maknanya lipatan dalam pendapatan anda. Tetapi ada juga orang yang tidak memikirkan pangkat tetapi kepuasan intelektualitas untuk berdepan dengan isu-isu yang dia rasakan penting. Yang sebenarnya tidak masuk dalam perkiraan naik pangkat, perkiraan sebagai level akademik yang tinggi yang diberikan oleh kampus atau institusi tertentu. Jadi, ia adalah pilihan. Kita tahu ramai yang ada bermacam-macam gelaran, emeritus lah, apa-apa lah, tetapi secara intelektual tidak pernah berfungsi. Tetapi, ada orang tiada pangkat tetapi bukunya itu 30 tahun, 40 tahun dibaca orang. Berbanding dengan orang-orang yang emeritus itu kadang-kadang tesis nya pun tidak diterbitkan atau tidak diketahui bukunya apa. Jadi, ini tidak menjana wacana. Saya terfikir bahawa ini ialah pemilihan, bukan soal dibelenggu apa-apa. Tentulah sebagai pensyarah mungkin kita mahukan adanya keberlangsungan ekonomi, itu berbeza dengan soal naik pangkat dan gaji lipatan. Ia pilihan.

MOHD HARISZUAN: Baiklah terima kasih Saudara Azhar. Mungkin kita boleh dapatkan lagi soalan atau ulasan berkenaan dengan apa yang kita bincangkan malam ini. Silakan.

AHALLA TSAURO: Saya Ahalla. Menarik perbahasan pada malam ini tentang cendekiawan yang melawan. Saya teringat tentang perbahasan tentang cendekiawan dan pembunuhan karakter. Saya melihat wacana cendekiawan ini selalu berkaitan dengan urusan tentang pembunuhan karakter. Itu pertama. Berkenaan karya-karya cendekiawan itu ialah karya-karya yang dilarang dan karya-karya yang dihapuskan. Sebagaimana Pramoedya Ananta Toer yang ketika awal pemerintahan Suharto sempat dilarang. Kemudian, cendekiawan dianjak kepada pelabelan-pelabelan nama-nama negatif seperti disematkan oleh kelompok yang sebahagian besar dipandang negatif. Semacam di Indonesia disematkan tentang komunisme, ia disematkan kepada Pram salah satunya. Kemudian, daripada sisi keislaman ada yang namanya Kiai Haji Hussin Muhammad yang memperjuangkan hak-hak wanita dan cara pandang mengenai gender di Indonesia yang mendapat perlawanan daripada kelompok-kelompok yang mungkin bisa dinamakan ekstremis revivalis seperti itu. Nah, pertanyaan saya mengenai kaitan antara cendekiawan dan pola-pola untuk berjuang melawan bagaimana pembunuhan karakter, entah itu daripada pelabelan negatif, bahkan ada yang dibunuh seperti Ali Shariati. Yang ingin saya tanyakan adalah sampai kapan cendekiawan-cendekiawan yang melawan ini akan terus berjalan, memperjuangkan apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka yakini dihadapkan dengan masalah-masalah tertentu. Kemudian, apakah yang harus terus dipegang oleh cendekiawan-cendekiawan muda khususnya melawan perkara-perkara yang negatif seperti itu?

AINUL ASHRAF: Saya Ashraf sekali lagi. Saya ada soalan. Apa pandangan Dr. Azhar berkenaan dengan pandangan saya bahawa ilmuan-ilmuan kita sekarang seperti gagal berwacana, gagal memandu wacana dalam masyarakat? Contohnya wacana perpaduan banyak dikuasai ahli politik. Kita seolah-olahnya tidak nampak langsung bagaimana ilmuan kita berdebat mengenai perpaduan, perkauman – masalah-masalah ini di kaca televisyen mendapat sambutan hangat daripada masyarakat kita. Juga termasuklah masalah istilah Bumiputera dalam Perlembagaan. Kedua, daripada segi pragmatik, kita mungkin boleh letakkan masalah itu kepada kuasa yang membungkam, tetapi daripada segi pragmatik, apa salah atau silap ilmuan itu sendiri dalam mendepani dan merampas semula wacana ini daripada ahli politik.

MOHD HARISZUAN: Saya ingin menyambung soalan daripada Saudara Ashraf tadi. Persoalan itu penting dan ini yang sedang berlaku sekarang. Berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan oleh Saudara Azhar sendiri, adakah ini fenomena yang memang berlaku di sepanjang sejarah, dan berlaku di mana-mana sahaja atau memang suatu perkara yang berlaku di Malaysia khususnya. Contohnya, idea-idea konservatif diartikulasikan dalam bentuk yang lebih kompleks, idea yang tidak progresif seperti press freedom dan sebagainya ini. Ia diartikulasikan seolah-olah berbunyi ilmiah, lebih rencam dan kompleks. Itu berkembang dan diterima oleh ramai orang, khasnya orang-orang muda. Mereka sangat besar dalam media sosial. Bagaimanakah kita hendak membawa idea progresif dan merangkul kembali discourse ini?

DR. AZHAR IBRAHIM: Baik. Kalau kita perhatikan saudara, wacana-wacana yang berada depan mata seperti perpaduan, hubungan kaum, keagamaan itu kadang-kadang berlangsung berdenyut menyakitkan hati kita yang mendengarnya. Panas, naik darah ya. Apa lagi dengan media sosial yang memaparkan hal-hal ini. Benda ini menjadi semakin rumit. Jadi, soalnya bagaimana kita hendak memulakan sesuatu. Kita mula dengan soalan daripada saudara Haris tadi.

Bagi saya, di saat kita lihat wacana kritis itu diperlukan dalam masyarakat, sudah tidak ditampungi oleh dunia akademia, tidak ditampungi dunia penerbitan akhbar, sudah tidak lagi menjadi teras dalam banyak think tank atau NGO, makanya perlu ada ruang-ruang baharu. Ruang-ruang baharu itu ialah kumpulan-kumpulan kecil. Dalam masyarakat kita yang begitu kompleks sekarang, saya tidak fikir bolehnya berfungsi dengan keterbatasan sumber pada institusi yang lebih besar bagi menampung hal-hal ini. Ia mesti kluster-kluster kecil. Jadi, ia kelompok yang dipanggil interest group yang sebenarnya kalau kita perhatikan itu sedang bersemarak di Malaysia. Malah, pada era reformasi amat bersemarak. Namun, saya mohon maaf, saya pemerhati kerana saya orang luar. Semasa PH menjadi pemerintah, agak terkuncup sedikit kelompok-kelompok wacana kritis ini. Kemudian, apabila beralih kuasa lagi, baru tampil pula. Jadi, agak menarik di sini. Pada masa sama, kelompok-kelompok ini pun pelbagai. Bukan sahaja yang mahu melawan, tetapi juga yang mahu meneruskan apa yang telah mapan. Kalau kita perhatikan, perlunya gerak-gerak kluster kecil itu. Tetapi, ia memerlukan kepimpinan intelektual dalam kelompok itu. Bukan lah kita mengharapkan intelektual itu turun dari gunung, tidak. Apa yang dimaksudkan, satu dua anak muda itu harus menjadi ideolog, atau intellectual lead dalam kelompok. Jika tidak, wacana itu tidak akan bergerak. *** Kedua, seringkali pula dalam wacana di kalangan kelompok-kelompok kecil ini, persatuan atau ikatan ini mereka terikat dengan akademik. Ertinya, wacana akademik dibawa ke dalam kluster ini. Kita perlu ingat bahawa, wacana akademik di kampus-kampus itu kadangkala adalah spesifik bagi pelatihan. Ada yang baik dan ada juga yang ‘ke laut’. Jadi, teori tinggi melangit tetapi isu dalam masyarakat tidak dibicara. Boleh berbincang tentang hal diskriminasi kulit hitam, pascakolonial, atau subaltern. Boleh semua. Bagus teori. Tetapi, apabila bicara tentang tempat sendiri tidak boleh articulate. Kerana apa? Kerana tidak membaca karya daripada intelektual tempatan. Itu ada kelompangan besar di situ. Luar biasa. Saya tidak kata kita tidak boleh baca dari luar. Kita harus dan kita mesti, tetapi tiada kedekatan dengan isu yang tadi Saudara Ashraf sebut itu soal yang sebenarnya diangkat oleh para pemikir. Contohnya, soal perpaduan sudah lama diangkat oleh Chandra Muzaffar, oleh Syed Hussein Alatas, oleh Rustam A. Sani, malahan oleh Kassim Ahmad. Esei-esei banyak bertaburan. Boleh kita kutip daripada Syed Husin Ali. Benda-benda ini semua, dalam kluster-kluster kecil, adik-adik kita semua ini tidak pakai, tidak baca. Kalau tidak baca dan dipakai, mungkin juga tiada akses, akhirnya jadi apa? Akhirnya jadi yang teori-teori itulah. Fasih berbicara tentang John Rawls, tetapi tidak tahu apa yang tidak beresnya ketidakadilan dalam negeri dan masyarakat. Itu paling aneh. Dipanggil oleh Syed Hussein Alatas sebagai ‘minda tertawan’, the captive mind. Itu masalah yang luar biasa besar. Jadi, jika berbalik kepada Saudara Ashraf, ya saya rasa saya dalam dunia akademia, tetapi saya tidak melihat secara positif sepenuhnya tentang peranan akademia. Akademia juga sudah berubah banyak. Pengkorporatan telah membuatkan wacana di kampus itu semakin lama semakin terpisah daripada realiti masyarakat. Bagaimana kita tahu? Lihat sahaja (i) penerbitan daripada dunia akademik, dan (ii) ilmuan tahun 1950-an, 1960-an, dan 1970-an ada kepedulian untuk berbincang soal pembangunan yang tak beres – contohnya, H.M. Dahlan, Ishak Shari dari UKM. Tetapi, kemudian kita lihat bicara tentang teori-teori. Teori itu, teori ini. Ataupun pola-pola akademik yang sangat menjurus kepada pem-’voodoo’-an. Ini disebutkan oleh Franz Fanon. Mem-‘voodoo’-kan. Guna-gunaan ya. Leka dan akhirnya tidak bicara apa yang berada di depan mata. Ditambah lagi dengan apa yang kita tahu, wacana politik itu sangat kuat menarik minat ramai orang. Media massa jangan cakap lah – media penerbitan, termasuk kumpulan-kumpulan siswa di kampus. Pengalaman saya bertemu dengan anak-anak di kampus dahulu, sama ada parti A atau parti B, atau parti C sekarang. Jadi, jika polanya seperti itu, potensi anak-anak muda itu sudah terbelenggu dengan pemikiran politik sectarian. Pemikiran secara politis sangat penting – istilah Edward W. Said – tetapi bukan politik kepartian sahaja. Kita lihatlah banyak yang jadi juara bicara-bicara. Hari ini sebut tentang ini, esok sudah keluar statement yang menyokong itu ini. Kita dapat lihat anak-anak didik kita itu, atau adik-adik kita sebenarnya sudah terperangkap dengan kepentingan politik tertentu. Bayangkan lima ke sepuluh tahun ke hadapan, ada atau tidak kumpulan-kumpulan kecil yang begitu berbakat ini boleh tampil sebagai cendekiawan yang berfungsi. Jawapannya pasti tidak. Jadi, itu saya rasa jawapan daripada saya.

Kemudian take back ini. Saya rasa take back itu ialah pemantapan culture circle itu. Kumpulan-kumpulan kecil ini diberikan bantuan, tajaan, malah tempat. Ini mesti dicari. Siapa yang boleh berbagi tempat bagi dapat menjalankan kerja-kerja wacana mereka. Mungkin di Malaysia tidak menjadi masalah tentang tempat. Tetapi, jika di tempat saya (Singapura) pasti bermasalah. Jadi, take back ini mesti juga dirangkul untuk mengangkat isu-isu ini tidak boleh dalam wacana atau discourse sahaja, tetapi mestilah merentas zona atau kelompok. Misalnya, kita harus mendekati kelompok seniman; kelompok sasterawan; kelompok budayawan; kelompok agamawan, tetapi ini yang paling sukar kerana jika agamawan itu sudah dogmatis memang susah. Akan tetapi, ada kemungkinan untuk kita mendekati dalam proses take back ini kerana kerja pencerahan ini ialah kerja solidaritas. Ia mesti mengumpul potensi-potensi yang sedia ada. Contohnya, kelompok seperti SIS bekerjasama dengan kelompok seniman untuk mengangkat persoalan keadilan gender. Begitu juga dengan teman-teman dalam kelompok perbincangan keagamaan di kampus, mendekati kelompok yang dari alam sekitar. Jadi, keterjalinan atau intersection itulah yang diperlukan sekarang. Kerja take back ini ialah kerja penting. Kita perlu ada penyediaan. Cuba kita lihat, kelompok kanan sangat efektif kerana amat kuat pengkaderannya. Mereka sudah lakukan pengkaderan itu sudah lama sebenarnya, tetapi golongan progresif dan tercerah sangat lambat untuk bertindak melakukannya. Baca buku bagus, tetapi untuk mengkaderkan adik-adik yang muda-muda jarang. Ini tidak tahu kenapa. Adakah kerana kepimpinan itu jenis hermetic ataupun diva, tidak mahu turun padang, saya tidak tahu. Kerana ada contoh terbaik dari Dunia Ketiga yang dipanggil sebagai local community. Kalau di Amerika Latin dipanggil ecclesial communities. Itu daripada teman-teman wacana pedagogi atau teologi pembebasan. Sangat kuat membangun komunitas-komunitas. Komunitas sebegini tidak perlu ilmiah tinggi-tinggi. Sebab itu saya kata elakkan membawa apa yang ada di kampus dan diperkenalkan kepada adik-adik. Bukan itu. Caranya adalah pola berfikir yang kritis itu yang penting. Bukan teori A sampai Z. Apabila bersama-sama teman-teman pada malam ini, saya rasa saya boleh berbincang perihal teori, tetapi apabila turun kepada adik-adik, saya tidak boleh kata, menurut Gramsci… menurut Mannheim… tidak boleh! Saya harus berikan pola-pola, pattern bagaimana begini, caranya begini. Harus ada dialog dengan masyarakat. Itu yang akan membaikkan grassroot. Kerja kita ini bukannya buat hari ini, esok nak dapat hasil. Ini ialah kerja-kerja intelektual yang sungguh luar biasa penatnya.

Kemudian soalan Ahalla, tentang pembunuhan karakter. Dahulu teman-teman yang progresif dipanggil ‘kaum muda’ malahan. Za’ba itu dipanggil Kaum Muda, termasuk Kiai Ahmad Dahlan dipanggil Kaum Muda. Kerana itu adalah pejoratif ya. Kemudian disebut sebagai Marxist lah, sosialis lah , anti hadis lah, liberal lah. Semua orang saya rasa dalam Zoom ini, mahu tidak mahu, sudah ada yang terpalit diberikan nama, termasuk diri saya. Jadi, masalahnya saya rasa kita sudah biasa mendengar tentang hal ini. Maka, apa yang perlu dilakukan ialah kita memperbetulkannya dengan lebih jelas dengan apa yang telah dilakukan oleh teman-teman para intelektual itu. Itu harus kita lakukan. Berbalik kepada persoalan pembunuhan karakter ini. Penguasa yang dominan akan terus melangsungkan dengan pelbagai cara untuk menguatkan ideologi dan kekuasaan mereka. Akan tetapi, jika ada sejumlah cendekia yang kritis dan dapat menyanggah balik, sebagai contoh di Indonesia, tahanan politik (tapol), bagaimana kelompok teman-teman seperti Pramoedya melawan label yang diberikan kepada tapol. Itu sangat luar biasa sebenarnya. Jadi, bagaimana? Penulisan, pencerahan, masuk ke dalam komunitas. Kita mungkin tidak menang, tetapi kita tidak boleh kalah dalam melakukan sesuatu. Pasti boleh.

MOHD HARISZUAN: Saya rasakan suatu perkara yang menarik juga apabila disentuh mengenai contoh Kaum Muda. Itu satu contoh yang baik kerana dahulu ia lebih bersifat pelecehan, tetapi kemudiannya istilah itu tidak lagi dianggap sebagai pelecehan, malah berbangga-bangga dengan Kaum Muda. Istilah yang suatu masa dahulu sangat negatif, apabila kita sebut aktivis, NGO, civil society, bahkan perkataan demokrasi dikaitkan dengan suatu yang negatif. Saya nampak berlaku evolusi perubahan terhadap sikap. Malah, perkataan demonstrasi. Sekarang ini sudah ada perkataan demonstrasi aman dan kemudiannya ia diterima sebagai tindakan politik yang sah. Itu saya rasa kerja yang dilakukan oleh intelektual juga untuk memberikan pemaknaan baharu. Jika ada sesiapa lagi yang ingin berkongsi atau bertanya. Ini yang terakhir sebelum kita simpulkan dan rumuskan perbincangan kita. Silakan.

AINUL ASHRAF: Saya ada satu lagi soalan terakhir. Saya sudah lama memikirkan tentang satu isu ini. Isu yang agak popular dan mungkin juga outdated. Seringkali timbul di negara kita. Fokus saya kepada Malaysia kerana saya tidak berapa tahu isu yang luar daripada Malaysia. Pertama sekali isu bahasa. Adakah Dr. Azhar merasakan isu bahasa pengantar merupakan isu yang penting bagi menggerakkan wacana kecendekiawanan kita ke hadapan? Pada pandangan saya, bahasa amat penting untuk kita menjalinkan dunia ilmu dengan masyarakat. Saya rasa apa yang dalam dunia ilmu itu tercurah ke dalam budaya masyarakat kita kerana adanya isu bahasa yang membatasi. Sebabnya, banyak dalam dunia ilmu bergerak dalam bahasa Inggeris, tetapi rakyat kita ramai yang berbicara dalam bahasa Melayu. Tiada aktiviti untuk menurunkan segala ilmu ini terserap kepada kita. Sebagai contoh, drama Melayu kita tidak membicarakan perkara yang serius atau intelektual dan mereka hampir tiada kemampuan untuk melafazkan hal bijak pandai dalam drama kerana tidak akan diterima umum. Hal itu tidak diserap dalam wacana bahasa harian kita. Jadi, apakah pendapat Dr. Azhar?

DR. AZHAR IBRAHIM: Terima kasih saudara Ashraf. Itu ialah soalan yang baik. Ia merupakan salah satu keprihatinan saya. Saya pernah menulis buku Bahasa dan Tantangan Intelektualisme. Ia hampir sama dengan persoalan yang telah diangkat tadi oleh saudara Ashraf. Sebenarnya, ada hubungan yang sangat rapat kualitas pemikiran dengan kemampuan bahasa itu menjadi wadah tampungan pemikiran-pemikiran kritis. Cuba kita lihat, kita buat perbandingan bahasa Melayu tahun 1950-an, 1960-an dengan bahasa Indonesia pada waktu itu. Kalau kita lihat, wacana di Indonesia pada 1950-an dan 1960-an itu adalah hampir sama dengan wacana di Malaya dan Singapura. Bahasa Indonesia telah melalui proses perancangan modenisasi bahasa dan peluasan korpus perkataan, kosa kata dan anjakan pola penyusunan ayat, kata. Saya bukan pakar linguistik tetapi kita lihat adanya penyelarasan kata supaya menjadi lebih anjal waktu dan peredaran masa yang berlangsung yang deras, pantas dan cepat. Di tempat kita, apa yang terjadi adalah adanya konservatisme bahasa. Kita sibuk dengan hukum bahasa, tentang boleh atau tidak dua imbuhan di depan, kita bermain-main dengan itu sebenarnya. Sedangkan kita ada seorang pakar Linguistik namanya Asmah Haji Omar. Beliau sebenarnya agak liberal dalam mengatakan bahawa bahasa Melayu ini baharu perancangannya, biarkanlah serap perkataan baharu, biar anjal. Kita harus lebih terbuka berbanding dengan satu lagi yang mazhabnya agak tertutup. Sangat gramatis dan pada akhirnya berujung dengan konservatisme bahasa. Mahu atau tidak, apa yang terjadi bukan sahaja soal bahasa tetapi pemikiran yang tertutup, tidak membenarkan karya-karya besar masuk. Proses penerjemahan bahasa Melayu itu kalau dibandingkan dengan Indonesia, saya rasa nisbahnya ialah 2 (Malaysia) : 8 (Indonesia). Saya berani menyatakan itu. Saya dalam Pengajian Melayu, saya membaca buku hari-hari, banyak buku dari Malaysia, jadinya saya dapat melihat. Contohnya, perbincangan tentang sosiologi filsafat, kita masih keras, merangkak-rangkak. Sedangkan, Indonesia sudah jauh ke hadapan. Bila-bila masa sahaja jika ingin berbincang tentang Deleuze, Habermas, termasuk Bernard Stiegler pun anda boleh lakukan dalam Bahasa Indonesia. Tetapi, di tempat kita masih belum. Membicarakan Mannheim yang tahun 1950-an itupun masih merangkak. Adanya suatu ketidakanjalan rasanya. Ini boleh dijelaskan dengan pelbagai faktor. Antaranya seperti saya sebutkan tadi tiadanya penerjemahan yang deras. Kita tahu di Semenanjung atau tempat Melayu termasuk Singapura, dunia wacana kita terbahagi kepada dua sebenarnya—bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Maka, cerdik pandai Melayu yang lebih tangkas dan cerdas menggunakan bahasa Inggeris, berbicara dalam bahasa Inggeris. Akhirnya kelompok yang berdepan dengan wacana-wacana kritis ini dapat memanfaatkan. Ia dari golongan bandaran, kelas menengah. Akan tetapi, the Malay heartland, kerana dasar eka bahasa, mono lingual dan ketertutupan minda, tidak lagi terbuka kepada dimensi kosmopolitan akhirnya telah menyebabkan terencatnya penggunaan bahasa Melayu untuk diwacanakan bukan sahaja sebagai wadah ilmu tetapi juga wadah sfera masyarakat yang lebih utama. Oleh sebab kesempitan itu, maka larilah kelompok Melayu atau yang bukan Melayu ke dalam wacana bahasa Inggeris. Tinggallah yang Melayu ini berbicara yang biasa-biasa sahaja. Paling tinggi teori sastera, kritikan sastera saya rasa. Lepas daripada itu tak boleh pakai. Tetapi, bagaimanakah Bahasa Indonesia yang induknya daripada Bahasa Melayu boleh lakukan itu? Itu kerana ia bukan pada sifat bahasanya, tetapi kerana struktur, ideologi, institusi yang menampung perancangan dan perkembangan bahasa. Saya rasa ini perkara besar yang harus kita berhadapan. Di masa yang sama, sudah sampai masanya saya rasa, inteligensia Melayu yang berbahasa Inggeris, sama-samalah turun padang untuk menghasilkan wacana dalam Bahasa Melayu, mensponsori setidak-tidaknya penerjemahan dan penerbitan karya-karya yang lebih bermutu. Berdasarkan apa yang saya perhatikan, apa yang diterjemahkan itupun agak selektif. Ini agak berbeza dengan teman-teman kita di seberang yang mana projek pencerahan dan penerjemahan mereka sangat tuntas dan disambut dengan deras. Sebagai contoh, di Indonesia, telah diterjemahkan Pedagogi Kaum Tertindas lebih awal sedikir daripada kita dan baru sahaja dibuat di USM, teman-teman di USM. Apa yang terjadi di Indonesia, lebih ramai anak-anak muda yang menyambuti Pedagogi Kaum Tertindas kerana mereka tidak boleh membaca bahasa Inggeris dan mengangkatnya sebagai wacana sampai masuk ke pedalaman-pendalaman, ke sekolah-sekolah pesantren. Berbanding di tempat kita, yang Bahasa Inggeris pun, Paulo Freire tidak dibaca. Jauh lagi yang bahasa Melayunya. Termasuk di situ ialah karya-karya Syed Hussein Alatas, Intellectuals in Developing Societies, Sociology of Corruption, The Myth of the Lazy Natives. Semua itu diterjemahkan dalam Bahasa Indonesia dahulu. Sepatutnya, jika ada kesedaran di pihak yang berwewenang, itu harus menterjemah karya-karya dari Indonesia. Sebagai contoh, banyak  penulisan Zainah Anwar dalam bahasa Inggeris. Ada tidak yang kita boleh cari duduk sama-sama membaca karya Zainah Anwar. Bukan saya ingin menyalahkan beliau. Persoalannya ialah bagaimana kita ambil daripada penulisan Bahasa Inggeris. Kita tidak boleh hentikan orang menulis dalam Bahasa Inggeris, kita harus biarkan dan galakkan. Akan tetapi, pada masa sama, fikirkan bagaimana audien Melayu – heartland Melayu ini. Inilah yang saya rasa perlukan kerja-kerja penerjemahan dan pewacanaan sangat penting. Kalau tidak, tanpa pemberdayaan ini, masuk kepada Malay heartland, projek pencerahan, projek progresif ini tidak akan berdenyut dengan baik. Seringkali kita dikalahkan oleh kekuasaan yang berwewenang supaya massa Melayu dengan sejumlah karya yang di situ-situ sahajalah. Malahan saya berani menyatakan Bahasa Melayu yang pernah menjadi teras dalam wacana keagamaan itupun belum banyak mengambil karya-karya dalam dunia Arab untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Yang balik itu ratusan yang boleh menterjemah, di manakah mereka? Ini berbeza dengan apa yang ada di Indonesia. Boleh juga kita ambil karya dari Indonesia, tetapi ramai dalam kalangan anak-anak Melayu mempunyai mental block. Nampak sahaja karya Indonesia, takut untuk membacanya. Sama ada tidak faham bahasanya kerana Bahasa Melayu sudah semakin rendah atau takut dengan idea-idea liberal dari Indonesia. Itu aneh sekali. Ini terjadi di tempat saya dan saya yakin juga di Malaysia.

Jadi, sebagai penutup, saya rasa kerja melawan ini adalah melawan dalam pelbagai cara. Secara frontal, secara pinggir, secara senyap, tersurat dan tersirat. Yang pentingnya perlawanan itu tidak boleh dibungkam atas sebab kita sudah mahu mengaku kalah dalam melakukan sesuatu. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih.

MOHD HARISZUAN: Saudara Dr. Azhar menamatkan perbincangan kita ini tadi dengan melontarkan soalan dan cabaran kepada kawan-kawan yang ada di sini untuk menjadi sarjana, intelektual yang berfungsi dalam masyarakat. Terima kasih kepada semua atas keterlibatan dalam perbincangan. Sekian.

SENARAI RUJUKAN

Abdurrahman Wahid. 1999. Tanggungjawab moral cendekiawan Muslim. Dlm. Abdurrahman Wahid. Mengurai Hubungan Negara dan Agama. Jakarta: Gramedia Widia Sarana Indonesia.

Alias Mohamed. 2009. Wawancara dengan Intelektual Melayu. Kuala Lumpur: Gateway Publishing.

Alias Muhammad. 1977. Intelijensia Melayu Kelantan. Kota Bharu: Mohd. Nawi Book Store.

Ali Shariati. 1982. Tugas Cendekiawan Muslim. Terj. M. Amien Rais. Yogyakarta: Shalahuddin Press.

Aswab Mahasin & Ismail Natsir. 1984. Cendekiawan dan Politik. Jakarta: LP3ES.

Azhar Ibrahim. 2014. Bahasa dan Tantangan Intelektualisme. Petaling Jaya: SIRD.

Azhar Ibrahim. 2014. Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi. Petaling Jaya: SIRD.

Constantino, R. 1978. Neocolonial Identity and Counter Consciousness: Essays on Cultural Decolonization. London: Merlin Press.

Daniel Dhakidae. 2003. Cendekiawan dan Kekuasaan dalam Negara Orde Baru. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Dick Hartoko. 1980. Golongan Cendekiawan: Mereka yang Berumah di Angin. Jakarta: PT Gramedia.

Eyerman, R. 1996. Cendekiawan: Antara Budaya dan Politik dalam Masyarakat Modern. Terj. Matheos Nalle. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Freire, P. 1970. Pedagogy of the Oppressed. New York: Herder & Herder.

Havel, V. 1993. Summer Meditations. New York: Vintage Books.

Hofstadter, R. 1962. Anti Intellectualism in American Life. New York: Vintage Books.

Mannheim, K. 1985. Ideology and Utopia: An Introduction to the Sociology of Knowledge. San Diego: Mariner Books.

Mohd Rashidi (pnyt.). 2020. Inteligensia Penyuluh Nusantara. Lestari Hikmah.

M. Dawam Rahardjo. 1993. Intelektual Inteligensia dan Peribadi Politik Bangsa. Bandung: Penerbitan Mizan.

Nurcholish Madjid. 1999. Cendekiawan dan Religiusitas Masyarakat: Kolom-Kolom di Tabloid Tekad. Jakarta: Paramadina.

Pramoedya Ananta Toer. 2003. Sang Pemula. Jakarta: Lantera Dipantara.

Radhar Panca Dahana, Rocky Gerung, Saiful Mujani & F. Rahardi. 1996. Kebebasan Cendekiawan: Refleksi Kaum Muda. Yogyakarta: Yayasan Bentang Budaya.

Ratnam, K.J. 2010. Intellectual, Creativity and Intolerance. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Said, E.W. 1994. Representations of the Intellectual – the 1993 Reith Lectures. New York: Vintage Books.

Soedjatmoko. 2010. Menjadi Bangsa Terdidik Menurut Soedjatmoko. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.

Syed Hussein Alatas. 1977. Intellectuals in Developing Societies. London: Frank Cass.

Syed Hussein Alatas. 1990. Intelektual Masyarakat Membangun. Terj. Jaafar Abdul Rahim. Kuala Lumpur: DBP.

Usman Awang. 1967. Duri dan Api – Sajak-sajak Pilihan 1961-1966. Melaka: Toko Buku Abbas Bandong.

Usman Awang. 2009. Berjuang (1949). Dlm. Usman Awang. Jiwa Hamba / Enslaved Soul, hlm. 38-39. Kuala Lumpur: ITBM.

Usman Awang, Pramoedya Ananta Toer, Ahmat Adam, Rustam A. Sani & Syed Husin Ali. 2016. Peranan Intelektual. Petaling Jaya: SIRD.

Dr. Azhar Ibrahim Alwee merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Manakala tulisan ini merupakan transkripsi daripada syarahannya menerusi pelantar maya NM pada 10 November 2020.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
711SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini