31.2 C
Kuala Lumpur
22 April 2024 (Monday)
spot_img

Setelah 1990: Ekonomi dan Pembentukan Bangsa – Dokumen yang disediakan Kumpulan Penelitian Universiti Kebangsaan Malaysia, 1990

Pembentukan Kumpulan Penelitian

Sekitar 1989, lima belas akademisi dari jurusan sains sosial, kemanusiaan bersama-sama kolega dari jurusan ekonomi dan bisnes di Universiti Kebangsaan Malaysia bertemu untuk maksud mengungkapkan pernyataan dan menampilkan posisi intelektual masing-masing tentang kehidupan rakyat Malaysia. Mereka itu sesungguhnya dari pelbagai orientasi falsafah dan kecenderungan ideologi. Sekalipun hadir perbezaan tersebut didapati mereka masing-masing memiliki imperatif intelektual dan imperatif advokasi yang tinggi guna menampilkan suatu visi masyarakat, sama ada menggantikan mahupun melestarikan Dasar Ekonomi Baru, 1971. Ternyata perbezaan orientasi pandangan masing-masing dipinggirkan buat sementara waktu dalam upaya mencapai cita-cita bersamaan.

Memorandum

Lalu, dipersetujui mereka supaya disediakan satu memorandum Setelah 1990 : Ekonomi dan Pembentukan Bangsa. Kelompok tersebut dinamakan Kumpulan Penelitian Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia; juga dikenali ‘Kumpulan 15’. Setelah bekerja hampir setahun lamanya, dokumen itu diterbitkan bersama dengan Bahagian Majallah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia yang pengarangnya Johan Jaafar.

Memorandum yang disediakan oleh lima belas akademisi Universiti Kebangsaan ternyata tidak diendahkan Perdana Menteri Mahathir Mohammad. Untungnya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia memprakarsakan satu persidangan sehari semalam, selain menerbitkan memorandum tersebut untuk dibahaskan. Johan Jaafar dari DBP dan Rustam A. Sani dari ISIS, sangat membantu menggerakkan kembali cita-cita sekelompok akademisi dari UKM itu.

Objektif Memorandum

Objektif utama memorandum enam puluh sembilan muka surat tersebut pada 1990 adalah menyarankan agar dimantapkan lagi perancangan ekonomi Malaysia.

Ternyata pada 1980 an telah terjelma ekspresi keadaan tegang dan ketidaksenangan antara pasaran dengan institusi negara dalam hal bersangkutan kehidupan ekonomi para warga. Sangat jelas pada waktu itu hadirnya arus neoliberalisme yang tidak selesa dengan peranan negara mengaturkan kehidupan ekonomi. Perekayasaan sosial masyarakat telah mengganggu kelancaran pasaran bebas. Ternyata pemerintahan waktu itu simpatis dengan pasaran.

Memorandum tersebut diatas menyarankan agar segala perancangan ekonomi itu diukir dan dilaksanakan berdasarkan konsep keadilan sosial. Terpenting perancangan ekonomi tersebut dilaksanakan dalam suatu situasi sosial dan politik yang formal sifatnya, yakni dilaksanakan perancangan tersebut dalam matriks. Matriks itu adalah bangsa Malaysia.

Oleh para peneliti tersebut disiplin sejarah, ekonomi, dan sosiologi dijadikan mereka alat analisis.

Isi Memorandum

Memorandum yang disediakan “Kumpulan 15”, UKM (1990) mengandung 5 bab.

  1. Dasar Ekonomi Baru: Pencapaian dan Masalah
  2. Ke Arah Keadilan Sosial dan Ekonomi
  3. Pembangunan Ekonomi Selepas 1990: Cadangan Dasar dan Strategi
  4. Pembangunan Ekonomi Bumiputera
  5. Kerangka Pembangunan Ekonomi Malaysia

Beberapa bahagian Memorandum 1990 diatas seterusnya akan disiarkan dalam beberapa siri dalam Naratif Malaysia.

  1. “Nasionalisme sebagai teras Bangsa Malaysia.”
  2. “Keadilan Sosial dan Ekonomi.”
  3. “Peranan Negara dan Pasaran.”
  4. “Erti Kepimpinan Melayu yang inklusif, bukan eksklusif.”

Oleh kerana Dasar Ekonomi Baru, 1971 menjadi titik perbincangan Memorandum, 1990, maka akan disiarkan dahulu suatu pengamatan ringkas tentang DEB, 1971.

Satu kritikan memorandum tersebut oleh beberapa kolega dari Universiti Sains Malaysia pada 1990 juga akan disiarkan agar dapat diimbas lingkungan sosial tiga dekad lalu, sewaktu Dasar Ekonomi Baru, 1971 tamat tempohnya pada 1990.

Anggota Kumpulan Peneliti Sosial, UKM, 1990

  1. Dahlan Haji Aman                -almarhum
  2. Ishak Shari                            -almarhum
  3. Ismail Muhd. Salleh             -almarhum
  4. Osman Rani Hassan           -almarhum
  5. Zulkifly Mustaffa                   -almarhum
  6. Abdul Majid Salleh
  7. Ahmat Adam
  8. A. Halim Ali
  9. Anuwar Ali
  10. Chamhuri Siwar
  11. Hamzah Ismail
  12. Mohammad Hj. Alias
  13. Mohd. Yusof Kassim
  14. Ragayah Mat Zin
  15. Sanusi Osman

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
708SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini