Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
25.3 C
Kuala Lumpur
12 October 2024 (Saturday)
spot_img

Keadilan Sosial dan Ekonomi: Suatu Visi Kumpulan Penelitian Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (1990)*

“2.4 Keadilan Sosial dan Ekonomi

Walaupun rancangan pembangunan Malaysia kurang memberi tekanan serius kepada konsep dan skop keadilan sosial menerusi pelaksanaan dasar-dasar pembangunan, idea umum tentang keadilan sosial sedia tersirat dalam Rukun Negara. Matlamat Rukun Negara adalah mendukung cita-cita unggul: mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakat, memelihara satu cara hidup yang demokratik, mewujudkan satu masyarakat yang adil dan saksama, menjamin penerusan dengan cara yang liberal akan tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak, membina satu masyarakat yang berfikir dan progresif serta mampu menggunakan pengetahuan sains dan teknologi, dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Sehingga kini, penafsiran positif terhadap Rukun Negara itu kurang menekankan filsafat yang tersirat di dalamnya, sebaliknya yang ditekankan ialah lima prinsipnya. Pemahaman ini pula sering dibatasi oleh kesempitan komunal atau etnis kerana keadaan persaingan yang melahirkan idea ini lebih dihubungkaitkan dengan tuntutan-tuntutan mengikut kepentingan etnik masing-masing, dan bukannya tuntutan nasionalisme Malaysia yang jati.

Sejak pelaksanaan DEB, telah wujud kelompok-kelompok atau kelas-kelas sosial yang baru terutamanya berikutan daripada proses pembandaran, migrasi, perindustrian dan perdagangan. Gejala ini amat nyata di kalangan masyarakat Bumiputera, dengan bertambahnya bilangan anggota kelas pekerja dan kelas pertengahan. Turut berubah adalah hubungan etnik. Reaksi bukan Bumiputera terhadap penglibatan aktif sektor awam bagi perwujudan golongan usahawan Bumiputera terjelma dalam bidang-bidang ekonomi, politik, kebudayaan dan pendidikan.

Kemunculan dan aspirasi golongan pertengahan Bumiputera membuka persaingan baru kepada kelas pertengahan dan hartawan bukan-Bumiputera yang telah terbentuk sejak zaman penjajahan. Hal ini telah mewujudkan suatu persepsi bahawa telah tercetus persaingan runcing antara kerajaan (yang didakwa oleh golongan bukan Bumiputera dikuasai oleh Bumiputera) dengan golongan bukan Bumiputera daripada

kelas atasan dan pertengahan. Dari satu pihak, golongan Bumiputera umumnya ingin meneruskan DEB dan melihatkan kejayaannya, sementara kelas atasan dan pertengahan bukan Bumiputera bertindakbalas dengan suatu keinginan menyambung terus kedominanan ekonomi dalam sistem “perusahaan bebas”, yang berbudayakan persaingan terbuka, yang mereka warisi dari zaman penjajah. Hasilnya, sikap dan tindakan golongan bukan Bumiputera lebih cenderung mempersoalkan campur tangan kerajaan yang berusaha untuk mendirikan kelas usahawan Bumiputera dan sekaligus kapitalis Bumiputera. Tentunya, pertentangan dan persaingan di dalam bidang ekonomi mudah sahaja menular ke bidang-bidang bukan ekonomi, seperti kebudayaan, pendidikan dan politik. Oleh itu, hal ini berpotensi besar mengganggu usaha bertolak ansur dan kestabilan masyarakat Malaysia umumnya, apatah lagi persaingan antara kaum ini berlangsung dalam situasi sejarah yang belum lagi menyaksikan pembentukan suatu kerangka nasionalisme Malaysia yang jati.

Salah satu punca permusuhan inter dan intra-etnik berkait langsung dengan masalah penafsiran subjektif tentang adil tidaknya dasar-dasar DEB. Dengan tiadanya suatu program yang dapat menjelaskan konsep dan skop keadilan sosial dalam suatu kerangka nasionalisme Malaysia yang jati, maka penafsiran subjektif yang antagonistik sifatnya, tentu sahaja berkeupayaan mencetuskan konflik dan mewujudkan hambatan-hambatan terhadap pencapaian matlamat pembangunan negara dan pembentukan bangsa yang utuh. Berdasarkan pengalaman dua dasawarsa yang lalu, usaha menyusun semula struktur ekonomi ternyata kurang memuaskan kesannya ke atas prestasi ekonomi Bumiputera. Oleh itu, perancangan selepas 1990 haruslah memberi penumpuan khusus kepada soal menjamin perkembangan nasionalisme Malaysia yang jati dan penyertaan Bumiputera atas pertimbangan keadilan sosial dalam konteks pembentukan bangsa Malaysia yang dihasratkan. Suatu piagam atau proklamasi keadilan sosial semestinya berfungsi pedoman umum bagi pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi di samping memanfaatkan pengagihan semula aset, tetapi semuanya itu perlu bertolak daripada kerangka nasionalisme Malaysia yang jati.

Matlamat keadilan sosial memerlukan satu sistem nilai yang tinggi di kalangan masyarakat. Adalah penting setiap rakyat disuntik dengan nilai-nilai akhlak yang berdasarkan keluhuran budi, kebenaran dan keikhlasan serta ukuran-ukuran moral yang murni, berperipadi mulia dan sentiasa mematuhi undang-undang. Oleh itu pembentukan masyarakat yang beragama dan berdisiplin, bertanggungjawab kepada bangsa dan negara adalah penting.

Kita tidak dapat memperkatakan tentang keadilan sosial di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia tanpa memberi perhatian kepada soal kesamaan antara etnik. Faktor sejarah, budaya politik dan struktur sosial semasa menunjukkan bahawa masalah perkauman tidak dapat diketepikan begitu sahaja. Masalah ini adalah nyata, sensitif dan akan semakin mendalam sekiranya ia tidak dibanteras secepat mungkin. Kita harus berani menerima hakikat dengan ikhlas bahawa masalah perkauman mesti diselesaikan secara terbuka dan tidak dengan berselindung dan pura-pura. Masalah perkauman tidak seharusnya dianggap sebagai masalah sampingan dan diselesaikan secara ‘by-product’. Masalah perpaduan nasional perlu diselesaikan mengikut pendekatan yang mengutamakan penekanan masalah kemiskinan dan kemunduran ekonomi Bumiputera selagi persoalan ketidakadilan sosial dan ekonomi warisan penjajahan belum diselesaikan.

Keadilan ekonomi adalah salah satu dimensi utama dalam konsep keadilan sosial (selain daripada politik, kebudayaan, pendidikan, dsb.). Usaha mencapai keadilan ekonomi mestilah menjadi teras kepada pencapaian keadilan sosial dalam dasar pembangunan selepas 1990. Tanpa keadilan ekonomi, keadilan sosial dan perpaduan kaum tidak akan berjaya. Pada umumnya, terdapat dua asas pemikiran masa kini tentang interpretasi keadilan ekonomi, iaitu:

  1. Kesamaan Peluang (equality of opportunities) yang menekankan hak yang sama bagi setiap individu dan kebebasan untuk mengejar kesejahteraan dan memiliki sumber.
  2. Kesamaan Hasil (equality of results) yang menekankan kesamaan hak ke atas kekayaan dan kuasa ekonomi sebagai syarat unutk menikmati kehidupan, kebebasan dan kesejahteraan secara bersama.

Prinsip “kesamaan peluang” berpegang kepada idea meritokrasi yang menentukan bahawa individu yang lebih berupaya dan lebih berkemampuan akan mendapat faedah yang lebih banyak. Oleh itu, ketaksamaan relatif dianggap bukan sahaja natural tetapi juga adil dan saksama. Peraturan “kesamaan peluang” mensyaratkan bahawa mereka yang sudah terbaik berhak menang. Bagi mereka ini, persaingan terbuka adalah lebih adil tanpa memberi prioriti kepada kedudukan asal yang tidak sama atau kedudukan akhir yang tidak sama. Pada mereka, membantu pihak yang lemah dan yang tertinggal ke belakang lebih berasakan simpati dan kerelaan daripada komitmen terhadap pemberian keadilan sosial dan hak asasi manusia. Mereka seolah-olah melihat kehidupan manusia sebagai terdiri daripada perlakuan individu-individu secara diskrit untuk memenuhi kehendak dan nafsu masing-masing, dan percaya bahawa masyarakat

yang adil adalah masyarakat yang memberi kebebasan kepada individu sebanyak yang mungkin untuk kepentingan sendiri. Apabila kepentingan individu dapat dipenuhi maka diandaikan bahawa kepentingan masyarakat keseluruhannya dengan sendiri dapat dicapai. Penekanan kepada primasi (primacy) individu ini mengetepikan peranan utama yang dimainkan oleh masyarakat atau kelompok-kelompok dalam masyarakat secara perkongsian. Namun begitu, kita menerima hakikat bahawa prinsip kesamaan peluang yang berasaskan merit ini mempunyai kekuatannya dari segi insentif mencapai tahap kecekapan dan pembangunan yang tinggi. Tetapi ia lebih sesuai dilaksanakan dalam sistem ekonomi yang telah pun mencapai keseimbangan dalam agihan pendapatan dan kekayaan dan seterusnya kuasa tawar-menawar antara semua kelompok masyarakat.

Prinsip “kesamaan hasil” memberi primasi kepada kepentingan kumpulan masyarakat dan menolak kepentingan individu sebagai mengatasi kepentingan masyarakat secara kolektif. Prinsip ini berpegang kepada idea perkongsian dan menekankan konsep keadilan daripada perspektif bahawa semua kelompok masyarakat (sama ada keluarga, jantina, kaum, dsb.) berhak menerima bahagiannya daripada hasil yang dikeluarkan oleh masyarakat secara keseluruhannya. Oleh kerana pada mulanya telah wujud perbezaan di antara kelompok-kelompok di dalam masyarakat, maka tidak adil bagi kelompok-kelompok ini bersaing secara bebas dan terbuka. Perbezaan ini wujud bukan kerana disengajakan tetapi kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti faktor sejarah, sosiologi dan politik. Lebih-lebih lagi faktor politik yang terus berasakan perkauman dan ini secara langsung membayangkan kepentingan parti-parti perkauman. Keadaan yang sedemikian menggambarkan pola pemikiran yang terpendam di kalangan rakyat Malaysia. Namun demikian, prinsip kesamaan hasil ini boleh mengurangkan insentif dan daya usaha untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi. Kerana itu ia hanya penting pada peringkat awal bagi menanamkan semangat kerjasama dan toleransi antara kaum.

Pada peringkat ini, ketika masih wujud ketidakseimbangan struktur antara kaum, adalah lebih wajar jika keadilan sosial dan keadilan ekonomi dilihat dari segi pembahagian kekayaan dan pendapatan yang lebih seimbang di antara kelompok-kelompok utama dalam masyarakat. Apabila kita membincangkan tentang kelompok-kelompok ini kita tidak dapat lari daripada perspektif etnik sebagai terasnya. Jika masalah perpaduan negara berasaskan penyatuan kaum, maka kita perlulah menyelesaikan perbezaan etnik ini terlebih dahulu sebelum perpaduan dapat dicapai. Ini bukanlah bererti perbezaan intra-etnik tidak penting. Merapatkan jurang perbezaan inter-etnik dan intra-etnik hendaklah diterima sebagai sebahagian daripada “hak asasi manusia”. Secara tidak langsung, ia membayangkan juga pentingnya merapatkan jurang perbezaan antara wilayah.”

*Abd. Majid Salleh et al., 1990, Setelah 1990: Ekonomi dan Pembentukan Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kumpulan Penelitian Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia, ms17-20.

*Anggota Kumpulan Peneliti Sosial, UKM, 1990

  1. Dahlan Haji Aman             -almarhum
  2. Ishak Shari                        -almarhum
  3. Ismail Muhd. Salleh           -almarhum
  4. Osman Rani Hassan           -almarhum
  5. Zulkifly Mustaffa               -almarhum
  6. Abdul Majid Salleh
  7. Ahmat Adam
  8. A. Halim Ali
  9. Anuwar Ali
  10. Chamhuri Siwar
  11. Hamzah Ismail
  12. Mohammad Hj. Alias
  13. Mohd. Yusof Kassim
  14. Ragayah Mat Zin
  15. Sanusi Osman

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini