Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
25.3 C
Kuala Lumpur
12 October 2024 (Saturday)
spot_img

Alur Fikir Rustam A. Sani Tentang Bangsa Malaysia

Spektrum pemikiran Rustam Abdullah Sani (RAS) luas. Begitu juga barisan wawasannya. Gagasannya menjangkau jauh. Hal ini terpancar didalam curriculum vitaenya tentang lanskap sosio-politik eranya. Landskap tersebut termasuk perkembangan dan krisis intelektual disekitar bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk dijadikan wadah peradaban baharu. Semua itu dalam upaya pembentukan bangsa. RAS juga memunculkan suatu konteks baharu, iaitu “Melayu Baharu”.

Oleh kerana keluasan spektrum pemikirannya, maka saya sekadar membicarakan dua karangannya yang dianggap signifikan sosial. Kedua-dua karangan beliau itu saling berkaitan. Yang satu terbitan 1976, sementara kedua itu terbitan 1993, tujuh belas tahun kemudian.

  1. “Melayu Raya as a Malay Nation-of-Intent”, terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1976. Edisi keduanya pada 1986.
  2. Karangannya “Wawasan 2020”, terbitan Utusan Publications pada 1993.
  1. Nation-of-Intent

Konsep ‘Melayu Raya’ dibincangkan. Beliau menolak argumen popular bahawa nasionalisme Melayu itu berasal Indonesia. Lalu, beliau menghujahkan gagasan Melayu Raya itu sebenarnya adalah sebahagian ideologi Kesatuan Melayu Malaya (KMM). Namun, tidak menolak perjuangan anti-kolonial Belanda disana. Hal itu kerana terdapat kebersamaan cita-cita melawan Kolonialisme yang tujuan akhirnya adalah mendirikan negara-negara merdeka.

Konsep ‘Melayu Raya’ muncul kerana kekhususannya sejarah Tanah Melayu yang demografinya terancam mulai awal abad ke-20. Lalu, timbul kesedaran politik dalam kalangan penduduk peribumi yang berhadapan suatu ‘penyerangan demografi’. Nasionalisme Melayu menumbuh dari situ. Malah, dikatakan RAS bahawa gagasan ‘Indonesia Raya’ itu sebenarnya

tercipta kemudian daripada ‘Melayu Raya’. Tentunya, beliau bermaksud gagasan Muhamad Yamin.

Menurut RAS, ‘Melayu Raya’ adalah satu versi ‘bangsa cita-cita’ – nation-of-intent. Ternyata daripada karangan-karangan Abdul Hadi bin Hassan, Ibrahim Yaakub, dan Burhanuddin Helmi, Melayu Raya itu adalah satu gagasan budaya, satu konsepsi kultural pada asasnya. Manifestasi lain adalah konsep antropologi seperti zon budaya, kawasan budaya dan kulturkreiss.

Mengapa RAS tidak setuju bahawa ‘Melayu Raya’ itu berasal Indonesia kerana tidak ingin KMM itu disamakan dengan beberapa parti politik lain yang parti induknya di China dan di India. Istilah yang dipakai RAS tentang Malaysian Chinese Association dan Malaysian Indian Congress adalah “outpost parties” – parti asing bercawangan disini.

Aspek kedua karangan beliau adalah argumennya bahawa Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), PUTERA, dan Parti Rakyat Malaya sesungguhnya adalah penerus konsep nation-of-intent itu. Maka itu, sejarah perjuangan Parti Rakyat Malaya harus berleluhurkan falsafah PKMM. Para sejarawan dari generasi baru diimbau agar diselidiki apakah lagi parti politik kita berleluhurkan tradisi kiri Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Sayap kiri Parti Keadilan Rakyat? Sayap Kiri Parti Bersatu?

Argumen RAS mungkin dapat dikembangkan sehingga kepada argumen lain, yaitu, mungkinkah dapat dibuat suatu analisis bahawa Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya turut memikul sebahagian memori sejarah visi Kesatuan Melayu Muda itu?

Sehubungan hal diatas, satu kejadian sejarah pada 1981 menarik perhatian sejarawan yang radikal analisisnya. Pada tahun tersebut terdirinya sebuah parti politik di Pattani. Nama parti tersebut adalah Parti Kebangsaan Melayu Malaya Revolusioner. Apakah konsep kontinuiti sejarah relevan untuk mengkaji kejadian tersebut. Apakah juga konsep memori sejarah dan memori sosial orang Melayu masih ada?

Mungkin dipertanyakan lagi apakah yang ada pada nama? Tidakkah Shakespeare memadah bahawa mawar dengan nama apa sekalipun, ia tetap harum. Atau pun nama parti politik di Pattani, dibaliknya hadir satu cerita. Mungkinkah suatu naratif yang terselindung? Maka kita pun mengharapkan kepada ikhtiar intelektual pada akademisi menyelesaikan kekusutan sejarah ini.

  • Wawasan 2020 – Karangan Rustam A. Sani

Ditakdirkan kekuatan sejarah, maka tiga belas tahun setelah RAS pertama kalinya menciptakan istilah “nation-of-intent”, sementara H. M. Dahlan pula memakai istilah “nascent nation” dalam satu penerbitan satu penerbitan 1976, maka Perdana Menteri Mahathir telah mengisytiharkan ‘Wawasan 2020”.

Pada sekitar 1990, sekelompok akademisi senior dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyediakan satu memorandum “Setelah 1990: Ekonomi dan Pembentukan Bangsa”. Lima belas pensyarah dari gugusan disiplin sains sosial, kemanusiaan, ekonomi, dan bisnes UKM membentuk Kumpulan Penelitian Sosial, 1990 untuk maksud tersebut. Kelompok tersebut juga dipanggil “Kumpulan 15”. Argumen pokok kumpulan tersebut adalah ekonomi yang berkeadilan sosial harus dimantapkan dalam kerangka satu bangsa/nasion. Dokumen tersebut diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. RAS amat mendukung usaha Kumpulan Penelitian Sosial, UKM, 1990. Dilaporkan lewat upaya RAS visi “Kumpulan 15” tentang bangsa turut menyumbang kepada salah satu objektif Wawasan 2020. Sebagai felo Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Malaysia, RAS memainkan peranan penting dalam penyediaan dokumen Wawasan 2020 dan seterusnya mempromosikan idea dokumen itu, khususnya tentang bangsa Malaysia.

Dokumen Wawasan 2020 dianggap RAS bibit satu nasionalisme yang memberikan peranan pentakrifan kepada rakyat Melayu tentang nasionalisme baharu itu. Pada ketika sama membukakan peranan yang sepenuhnya kepada rakyat bukan-Melayu untuk maksud tersebut itu. Semuanya itu dilihatnya dalam satu proses kreatif membentuk suatu bangsa.

Namun, menurut taksiran RAS pada peringkat sejarah kini, rakyat Melayu belum dapat mentranformasikan erti nasionalisme Melayu menjadi nasionalisme Malaysia. Yang demikian, rakyat Melayu belum lagi menerima peranan historiknya menjadi pencetus dan pentakrif gagasan bangsa baharu itu.

Sementara itu pula, pada taksiran RAS, rakyat bukan-Melayu masih gagal membebaskan dirinya daripada peranannya yang terbentuk oleh perekayasaannya sosial Kolonial Inggeris yang mentransformasikan masyarakat plural jenis kolonial yang asanya adalah sistem kapitalis Kolonial.

Dalam masyarakat tersebut pemikiran penduduk sangat dipengaruhi alat ideologi negara Kolonial, seperti sistem pendidikan. Sistem pendidikan begini mencorak pemikiran dan sikap penduduknya. Perekayasaan sosial masyarakat Tanah Melayu dan Myanmar dilaksanakan Kolonial Inggeris, sementara di Indonesia oleh Kolonial Belanda.

Ditiga-tiga negeri tersebut dibawakan kuasa-kuasa Kolonial populasi imigran. Imigran China ke Tanah Melayu dan Indonesia dan imigran India ke Myanmar. Lewat doktrin divide et impera – pecah, lalu perintah – menjadikan penduduk di tiga negeri itu bertemu, tetapi tidak tergabung antara satu sama lain.

Masyarakat plural jenis Kolonial amat membekas, seperti terdapatnya sistem persekolahan berbagai itu. Hanya, Indonesia dan Myanmar telah menyelesaikan soal bahasa. Tetapi, kesan dan akibat legasi masyarakat plural jenis Kolonial masih menghantui kedua-dua negeri tersebut, seperti soal Cina di Indonesia dan soal Rohingya/Bengali di Myanmar. Apalagi di Malaysia yang tidak lari jauh cita-cita masyarakat plural jenis Kolonial itu. Malah model masyarakat Malaysia pada period Kemerdekaan adalah sebahagian besarnya model Kolonial tadi. Pada 1957, yang diinginkan adalah negara (state) bukan bangsa (nation). Hingga sekarang soal bangsa Malaysia belum tuntas. Terdapat sekurang-kurangnya lima gagasan tentang bangsa Malaysia, ada yang saling bertentangan.

Mengapakah sejarah masyarakat plural Kolonial itu sangat membekas situasi kontemporari Malaysia akan dijadikan konteks sejarah agar dimengerti lagi argumen RAS tentang pentingnya bangsa, bukan sekadar satu negara (state) yang kukuh dan efisien. Seringkali juga institusi negara dianggap sama dengan bangsa (nation). ‘Sumpah Pemuda Indonesia’ pada 1928 ‘satu bangsa, satu negara,dan satu bahasa’ adalah satu contoh pemuda Indonesia sembilan puluh empat tahun lalu sudah dapat membezakan konsep ‘negara’ dan konsep ‘bangsa’. Di Malaysia kedua-dua itu seperti sinonim.

Konteks adalah situasi yang disitu sesuatu telah terjadi dan yang membantu kita memahaminya. Ia adalah keadaan yang ada kaitannya dengan sesuatu. Jadi, konteks dapat menghuraikan lagi gagasan RAS dan memberikannya makna. Apakah situasi persekitaran membuat beliau berfikir begini, tetapi tidak begitu. Apakah jenis masyarakat yang muncul setelah 1874? Apakah teori-teori yang bersaingan tentang definisi bangsa/nasion itu? Bagaimanakah harus dihuraikan perintangan daya dan upaya pembentukan bangsa? Sebahagian besarnya terhuraikan daripada sejarah kita sendiri. 1874 adalah titik sejarahnya.

Masyarakat Plural – Perekayasaan Sosial Kolonial.

Mulai 1874 Kolonial Inggeris telah melaksanakan satu kejuruteraan sosial keatas masyarakat di Tanah Melayu. Transformasi sosial tersebut menjadi prasyarat kemasukan sistem ekonomi baharu – sistem kapitalis. Bukan sistem kapitalis murni, tetapi sistem kapitalis jenis kolonial.

Pengkaji J. S. Furnival (1948) memakai metafora pelangi etnik yang berpancarona untuk maksud memerihalkan masyarakat jenis Kolonial yang muncul di Tanah Melayu, Indonesia, dan Myanmar. Ia adalah sejenis masyarakat ciptaan kuasa penjajah yang mengutamakan perbezaan antara pelbagai etnik dalam masyarakat itu. Perbezaan itu menjadi sumber kebanggaan. Kelainan sangat ditonjolkan. Lalu terbit kata-kata stereotaip seperti “unik”, “khusus”,”satu-satunya”, “tiada tolok banding”. Kebersamaan tidak dipedulikan sesuai dengan doktrin pecah-dan-perintah. Hal tersebut demikian agar etnisiti berbeza itu bersama kebudayaan masing-masing diterpisahkan antara satu sama lain. Keterpisahan begitu mengakibatkan kemunculan satu proses keterasingan sosial dalam masyarakat tersebut.

Masyarakat plural Kolonial yang dikenakan keatas Tanah Melayu oleh Inggeris itu adalah tuntutan perdagangan dan desakan doktrin perniagaan bebas. Tanah Melayu dianggap sumber kekayaan ekonomi Kolonial. Sesungguhnya, kekayaan terhasil oleh sistem baharu itu, namun didapati kurang sekali hadirnya kamahuan/keazaman sosial (social will) dalam kalangan penduduknya. Hal ini menjadi perintang besar dalam upaya memasyarakatkan konsep bangsa Malaysia sampai kehari ini.

Beberapa ciri asas masyarakat plural tersebut adalah keberadaan pelbagai etnik selain penduduk peribuminya. Namun, mereka hanya penduduk di wilayah bersamaan dan sekadar gabungan (allies). Mereka juga tidak memiliki kemahuan bersamaan (common will). Unsur-unsur warisan masyarakat plural tersebut masih wujud.

Dalam masyarakat tersebut tuntutan sosial masyarakat tidak teratur, tidak tersusun. Contohnya, struktur permintaan dan tujuan ekonomi masyarakat tidak terselaraskan oleh satu hal, iaitu tiadanya nilai budaya bersamaan. Hal ini begitu kerana logik kapitalisme Kolonial ditanah jajahannya mengutamakan penghasilan material secara total. Aspek sosial penghasilan tadi tidak dianggap penting.

Sememangnya, masyarakat tersebut menghasilkan kemakmuran, tetapi hal itu tidak didampingi rasa kemahuan sosial yang mendalam. Maksudnya, “logik ekonomi” mengatasi secara total “logik masyarakat”. Para penduduknya hanya sekutu (allies), tetapi bukan warga.

Demikian warisan masyarakat plural Kolonial yang kita menerima. Warisan tersebut kusut murut sosialnya, bersimpul dan tidak ketentuan. Segalanya harus disejarahkan dengan jujur. Catatan sejarah jujur dijadikan pelajaran dan pedoman perancangan sosial kita. Hanya dengan menghadapi kebenaran, menerima kesalahan sejarah yang kita masih mewarisinya, maka baharulah sesebuah negeri itu terdaya mengubah bentuk struktur dan institusi sosial, termasuk keperilakuan sosial yang telah mengakibatkan diskriminasi dan eksploitasi manusia keatas manusia.

Ketidaksamaan pendapatan kini jatuh dititik suku-bangsa dan kelas. Keadaan menjadi lebih parah apabila ketidaksamaan pendapatan jatuh dititik etnik. Apa yang kelihatannya etnik itu, sebenarnya dan akhirnya adalah soal kelas sosial. Jadi soal kelas dan etnik di Malaysia tidak terpisah kerana kekhususan sejarah kita. Hanya menumpulkan kepada soal etnik, itulah kesilapan sesetengah nasionalis. Penumpuan khusus dan eksklusif kepada kelas, itulah kesilapan kaum kiri umumnya. Suatu perimbangan yang bersifat dialektik antara etnik dan kelas sangat diperlukan ketika ini.

Cita-cita pembentukan bangsa Malaysia dan segala perintangan upaya tersebut oleh RAS terhurai oleh sejarah kita sendiri, khususnya setelah 1874. Begitulah jangkaun kekuatan sejarah dalam masyarakat. Beban sejarah terus-terusan dipikul oleh generasi kini.

Konteks teori

Cita-cita RAS menjadi lebih bererti sekiranya diletakkan gagasannya itu dalam konteks pelbagai teori tentang bangsa (nasion). Sebelum itu, konsep bangsa itu harus dibezakan dengan konsep negara (state). Negara pula harus dibezakan dengan konsep pemerintahan/kerajaan (government). Begitu juga negeri (country) yang harus dibezakan dengan bangsa/nasion. Kerangka teori itu penting kerana teori adalah prinsip-prinsip asas yang dijadikan dasar pembentukan sesuatu konsep seperti bangsa. Teori adalah pemberi makna.

Apakah posisi intelektual RAS tentang bangsa Malaysia? Soalan tersebut penting kerana sehingga saat ini masih berlangsung debat berkisar pada isu: Apakah bangsa/nasion

itu? Soalan tersebut dilontarkan pada 1882, iaitu 142 tahun lampau. Kemudian pada awal abad 20 soalan diulangkan: Apakah kriteria sesuatu bangsa itu pada 1913, iaitu 109 tahun lalu di Russia. Setelah itu, pada 1983 dan 1986, polemik tentang bangsa dibukakan semula oleh para akademisi.

Pada 1882, seorang ahli fikir Perancis mencuba memberikan ertinya ‘bangsa’. Perspektifnya subjektif. Dikatakannya bahawa ‘bangsa’ itu roh, suatu prinsip spiritual, iaitu yang bukan fizikal sifatnya. Bangsa itu adalah solidariti berskala besar, yakni kesatuan rasa dan cita-cita yang bersamaan. Emosi adalah kuncinya. Ernest Renan ialah pemikir Perancis itu.

Kemudian pada 1913, disarankan beberapa kriteria sesuatu bangsa itu. Dikatakan bangsa adalah komuniti manusia yang berkembang secara kesejarahan yang stabil, yang terbentuk berdasarkan satu bahasa, satu wilayah, satu kehidupan ekonomi bersamaan, dan penyatuan psikologi seperti yang terjelma dalam kebudayaan bersamaan. Menurut sejarawan ternyata Karangan 1913 dari Russia itu telah menjadi teks signifikan bagi para nasionalis di Asia, termasuk rantau Nusantara. Joseph Stalin adalah pengarang perspektif objektif tersebut.

Setelah beberapa lama kemudian, pada dekad 1980an perbahasan dilanjutkan antara kedua-dua perspektif diatas. Maka telah tercetus debat antara perspektif primodialis (berkenanaan purbakala), juga dipanggil perspektif perennalis (berkenaan suatu yang abadi) disatu pihak dengan satu perspektif modernis, juga dipanggil konstruksionis.

Adapun argumen primodialis itu begini: bangsa telah wujud lama. Hanya bangsa itu sentiasa berubah bentuknya pada ketika-tika sejarah tertentu dan pada ketika-tika yang berbeza. Jadi andaian primodialis begini: sesungguhnya terdapat kesinambungan – continuity – dalam sejarah. Dikembangkan maksudnya tadi bahawa kontinuiti etnik pra-modern terus berevolusi kearah bangsa yang terdapat pada zaman modern. Contohnya, Anthony Smith (1986) menegaskan peri pentingnya ‘teras (core) etnik’ dalam pembentukan bangsa. Setelah itu bangsa itu pun berkembang atas dasar pusar (core) etnik tadi. Istilah yang dipakai Smith adalah ‘ethnic navels’ yakni “pusar etnik”. Oleh kerana elemen kontinuiti dalam perspektif itu maka perspektif ini tidak menganggap adanya dikotomi/tembok antara perspektif primodial (purba kala) dengan perspektif modern.

Seorang pendukung perspektif modern/konstruksionis, Ben Anderson (1983) tidak setuju dengan perspektif primodial itu. Katanya bangsa modern bukan hasil proses yang bermulakan teras/pusar etnik. Bangsa itu dibentuk, dibangunkan, didirikan, dikonstruksikan.

Dikatakannya bangsa itu suatu suatu yang bersifat ‘imagined’. Imagined kerana bangsa itu terdapat dalam minda masing-masing orang. Bangsa terdiri daripada satu imej, satu gambaran, satu bayangan tentang perkongsian cita-cita satu rasa, dan pemikiranan dalam kalangan anggota sesuatu bangsa itu. Jadi, imagined itu bukan imaginary.

Bangsa Malaysia sering disebutkan sejak munculnya Wawasan 2020. Sebenarnya, konsep tersebut dipakai oleh Abdul Razak Hussein sejak 1967 lagi dan dicatatnya sekali lagi pada 1971. Namun, definisi tentang bangsa belum muncul sehinggalah pada 2022.

Abdul Rahman Embong memberikan definisinya dalam syarahan umumnya berjudul “Persoalan Negara-bangsa dan Bangsa Malaysia: Mengimbau Sejarah, Melihat Masa Depan.” pada 14 September 2022. Beliau mendefinisikan bangsa begini:

“Bangsa atau nasion adalah himpunan warga yang terbentuk dalam sejarah, berkongsi wilayah dan ekonomi yang sama, bahasa dan budaya yang dikongsikan bersama, psikologi atau perasaan subjektif sebangsa, mencerminkan identiti politik kolektif supunya serta cita-cita dan harapan masa depan yang dipertautkan dengan impian hidup bersama.”

Kesimpulan

Wawasan RAS tentang bangsa cita-cita itu adalah pelanjutan visi yang dilukiskan para nasionalis Kesatuan Melayu Muda. RAS bagaimanapun tidak mendefinisikan konsep bangsa Malaysia sepenuhnya. Maka itu, daripada satu sudut beliau berperspektif empiris. Namun, kalau dikilaskan balik sejarah angkatan nasionalis Tanah Melayu, didapati sejarawan mengamati bahawa angkatan nasionalis tersebut amat dipengaruhi oleh 5 kriteria sesuatu bangsa itu yang dikemukakan Joseph Stalin pada 1913. Didapati bahawa esei Stalin juga teks popular dalam kalangan nasionalis Asia pada awal abad ke 20.

Oleh kerana diamati bahawa wawasan RAS tentang bangsa itu amat dipengaruhi visi Kesatuan Melayu Muda, maka lewat inferensi, yakni kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta asas tertentu, maka boleh dirumuskan buat sementara waktu bahawa secara objektifnya RAS mendukung teori J. Stalin tentang ertinya bangsa. Tentunya, klaim begini memerlukan penyelidikan lagi.

Mungkinkah juga RAS terpengaruh dengan aliran pemikiran kontinuiti sejarah dari tingkat pra-modern yang terevolusi kearah bangsa modern, seperti dihujahkan Anthony Smith (1986) yang disebutkan tadi? Seperti jua dengan saran pertama, saran ini juga sangat-sangat memerlukan masukan para sarjana generasi baharu.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini