Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
30.3 C
Kuala Lumpur
11 February 2025 (Tuesday)
spot_img

Sisa Warisan Masyarakat Plural Kolonial di Malaysia 

Sejarah masyarakat Myanmar dan Indonesia dengan segala sisi gelapnya boleh membantu kita mengerti lagi keadaan Malaysia kini. Setelah memahami sejarah dan sosiologi masyarakat-masyarakat itu, maka dapat diaturkan langkah perekayasaan sosial baharu agar dapat diperbetul bengkokan sejarah Malaysia setelah 1874.

Tatkala sebuah negeri terjajah mulai sampai pada ambang kemerdekaannya, maka terdapat dua perspektif tentang apakah tahap kemajuan perkembangan seterusnya untuk era pascamerdekanya. Satu perspektif berkisar seputar konsep mendirikan bangsa yang diisikan dengan pertumbuhan watak kebangsaannya, yakni mengukuhkan kebudayaannya. Perspektif tersebut menegaskan peripentingnya gagasan bangsa/nasion dan kesatuan kebangsaan/nasional sejurus mencapai kemerdekaannya. 

Perspektif satu lagi pula berkisar diseputar konsep institusi negara (state), yakni sistem pemerintahan negeri yang bakal diwarisi daripada kuasa kolonial. Unutk maksud perbincangan, maka empat knosep penting yang berbeza, tetapi amat berkaitan adalah bangsa/nasion (nation), negara (state), negeri/wilayah (country), dan kerajaan/pemerintah (government). Watak nasionalnya, menurut perspektif ini dikonservasikan seperti pemerintahan kolonial, iaitu keadaan seadanya pada ambang kemerdekaan. Jadi, status quo sifatnya. Oleh itu, ia tertumpu kepada upaya pelanjutan yang tersedia, melainkan personnelnya yang digantikan dengan lokal. Hal tersebut menjadi mungkin kerana negara (state) boleh wujud tanpa hadirnya bangsa (nation). Begitu juga suatu bangsa (nation) itu boleh wujud walaupun tiada negara (state). 

Oleh kerana itu, maka terdapat pandangan bahawa pada period awal kemerdekaan Malaysia, hanya hadir institusi negara (state) yang mantap, namun tanpa bangsa (nation). Perdebatan tentang idea bangsa Malaya boleh dimengerti dalam konteks dua perspektif yang berbeza itu. 

Kedua-dua perspektif tersebut hadir sepanjang sejarah politik Malaysia. Perspektif pertama menuntut agar watak bangsa itu menjadi prasyarat dan terungkap. Perspektif ini didukung para nasionalis bermula dengan Kesatuan Melayu Muda—yang kemudiannya dilestarikan warisnya, seperti Parti Rakyat Malaya dan juga individu tertentu dalam UMNO dan PAS. Bagaimanapun perspektif tersebut sering digerhanakan perspektif kedua. 

Perspektif kedua pula yang didukung oleh Parti Perikatan dalam rundingannya dengan Britain pada 1955 sekadar memerlukan keabsahan legal guna mewarisi pemerintahan kolonial Inggeris. 

Perspektif pertama memerlukan wadah untuk mendirikan bangsa (nation) dan didalam wadah itu dibinakan sistem ekonomi yang nasional wataknya. 

Perspektif kedua pula berhasrat mengkonsolidasikan institusi negara (state) yang tersedia agar menjadi kukuh dan ‘mudah-mudahan’ akan muncul bangsa (nation) satu hari nanti. 

Dilihat dari satu sudut, ternyata Malaysia telah memilih perspektif kedua sewaktu rundingan dengan British. Pengaturan sosial ras masyarakat plural jenis kolonial — the colonial racial pecking order — dilestarikan dengan beberapa modifikasi kecil. Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971, sebenarnya menjadi satu percubaan meranapkan hirarki tersebut seperti yang terpancar pada objektif DEB. 

Model kedua diatas menjadi pilihan Parti Perikatan dan Britain yang dianggapnya tidak boleh tidak — sine qua non — sekiranya ingin menghindarkan huru hara antara etnik. Hal ini kerana sejarah kolonial Tanah Melayu yang bersimpul-simpul, berkusut dan tidak berketentuan sehingga susah hendak diselesaikan. Justeru, itu, soal pendirian bangsa tidak diutamakan dan kerana hal tersebut, lalu dikekalkan status quo dengan beberapa modifikasi kecil. Yang diutamakan adalah penggantian personalia dalam pentadbiran. 

Apakah ciri perspektif kedua yang sisanya masih membekas? 

Warisan Kompleks dan menjelikkan 

Peristiwa Rohingya di Myanmar mendorong kita mengunjung kembali tesis J. S. Furnivall (1948) tentang masyarakat plural jenis kolonial. Benar, di mantan tanah jajahan Inggeris dan Belanda seperti Myanmar, Malaysia dan Indonesia yang menghasilkan masyarakat plural. Kolonialisme disitu sudah tiada lagi. Namun, akibatnya masyarakat plural jenis kolonial masih hadir. 

Oleh kerana itu, masyarakat jenis tersebut masih relevan diteliti agar dapat dimengertikan lagi situasi kontemporari. Malah kajian yang diusulkan ini dapat menggambarkan landskap mendatang Malaysia, sekalipun Furnivall (1948) telah lama diterlupakan. Malah dia diterpinggirkan oleh sarjana liberal kerana pendiriannya tentang populasi imigran Cina dan India di tiga-tiga tanah jajahan Inggeris dan Belanda tersebut. 

Apakah sifat asasi masyarakat plural jenis kolonial yang sisa-sisanya masih terdapat di Malaysia? Sistem sosial masyarakat tersebut adalah ciptaan perekayasaan sosial masyarakat oleh kuasa kolonial keatas tanah jajahannya. Apakah ideologinya sehingga diizinkan diskriminasi ekonomi keatas penduduk peribuminya, baik di Malaysia mahupun di Mynmar dan Indonesia semata-mata untuk memenuhi tujuan ekonomi kapitalisme kolonial serta politik divide et impera. 

Sejarah masyarakat Myanmar dan Indonesia dengan segala sisi gelapnya boleh membantu kita mengerti lagi keadaan Malaysia kini. Setelah memahami sejarah dan sosiologi masyarakat-masyarakat itu, maka dapat diaturkan langkah perekayasaan sosial baharu agar dapat diperbetul bengkokan sejarah Malaysia setelah 1874. Sesungguhnya, kita bukan ahli waris sejarah kolonial tersebut. Untuk maksud tersebut, pensejarahan jujur sangat diperlukan. 

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini