Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
25.3 C
Kuala Lumpur
12 October 2024 (Saturday)
spot_img

Mencari dan Memilih Konsep Bangsa Malaysia 

Upaya merealisasikan satu bangsa (nation) dimulakan di Nusantara awal abad ke 20. Ternyata cita-cita satu bangsa telah dilukiskan para nasionalis di Nusantara, malah di Asia juga. Cita-cita utamanya adalah pembebasan daripada penguasaan Kolonial. Dari satu bangsanya menjadi berdaulat dan berautonomi (dua istilah yang berbeza). Bangsa cita-cita itu (the nation of intent) memiliki satu identiti sahaja. 

Sumpah pemuda 1928 ‘satu bangsa, satu negara, satu bahasa’ adalah satu contohnya. Amat menarik apabila pemuda Indonesia dapat membezakan konsep ‘bangsa’ (nation) daripada ‘negara’ (state) pada waktu itu, sembilan puluh empat tahun lalu. 

Oleh beberapa sejarawan diamati bahawa period antara 1920an hingga 1950an, teks rujukan utama tentang konsep bangsa oleh para nasionalis di Nusantara dan di Asia adalah esei ringkas J. Stalin (1913). Stalin mengemukakan definesi bangsa. Dia juga menyatakan apakah yang bukan. Amat signifikan adalah kenyataannya bahawa suatu nasionaliti itu bukan fenomena ras dan bukan juga fenomenon suku (tribe). Lalu, beliau memberikan lima ciri utama bangsa. 

Pertama, masyarakat yang stabil dan berkelanjutan, yakni yang terus-terusan. Suatu bangsa itu tidak terlepas daripada bangsanya terdahulu. Kontinuiti adalah cirinya. Yang demikian satu bangsa itu adalah satu keseluruhan yang tidak terputus-putus. 

Kedua, memiliki satu bahasa bersamaan, yakni yang dipakai oleh semua warganya. Bahasa Kebangsaan. 

Ketiga, satu wilayah yang nyata, yakni yang berlainan daripada wilayah lain. Suatu yang distinktif dan yang jelas terbeza tersendiri. 

Keempat, memiliki kepaduan ekonomi yang terintegrated sifatnya. 

Kelima, satu perwatakan kolektif, yakni yang dikongsikan bersama warga-warga masyarakat — milik bersama. 

Polemik bangsa Malaysia perlu 

Setelah sekian lama kita menumpukan perhatian kepada usaha memantapkan institusi negara (state), mana satu upaya harus diperhebatkan unutk maksud membina satu bangsa, satu nasion. Rata-ratanya, terdapat dua posisi tentang bangsa Malaysia. Majoritinya menginginkan bangsa, sementara minoriti kecilnya menginginkan status quo, iaitu seperti seadanya. Dalam kalangan majoriti itu pula, mereka memiliki pelbagai notion tentang bangsa Malaysia. 

Menurut Abdul Rahman Embong (2004) terdapat lima jenis wawasan bangsa Malaysia yang berkontradiksi dan bersaingan. Polemik harus dicetuskan untuk membulatkan cita-cita bangsa Malaysia. Isu wawasan bangsa menjadi kompleks apabila wawasan baharu mulai timbul, manakala satu konsensus nasional belum muncul lagi. 

Wawasan pertama tentang bangsa Malaysia itu berasaskan Bumiputera. Ia memberikan keunggulan kepada bahasa Inggeris yang dianggapnya satu kebanggaan. Bahasa Inggeris dikatakan jalan kearah pembangunan dan kemajuan. Sekalipun bahasa Melayu dipakai dalam urusan rasmi, bahasa Inggeris menjadi bahasa interaksi sosial biasa, malah dalam mesyuarat tertentu, bahasa itu digunakan. 

Wawasan kedua, bangsa Malaysia berasaskan Bumiputera dan identiti penentunya adalah bahasa Melayu. 

Wawasan ketiga, bangsa Malaysia yang berasaskan cita-cita rakyatnya yang mengakui bahawa bahasa Melayu adalah bahasa di Malaysia dan juga bahasa di wilayah Nusantara, namun menghormati dan ingin memajukan budaya dan bahasa lain. Lalu, dianjurkannya kecekapan berbahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya satu bahasa lain, seperti Mandarin. 

Wawasan keempat, bangsa Malaysia yang berasaskan wawasan civic dan memperjuangkan kebebasan dan persamaan dalam kalangan suku-suku bangsa di Malaysia atas nama demokrasi dan prinsip hak asasi universal. 

Wawasan kelima, wawasan bangsa Islamik yang menolak etnisiti dan memperjuangkan internasionalisme menurut perspektif Islam. Bahasa Melayu tidak dianggapnya penentu identiti bangsa, tetapi dianggapnya penentu identiti bangsa, tetapi sekadar alat komunikasi dan untuk maksud pembelajaran. Islam dijadikan identiti bangsa dan bangsa Malaysia itu berasaskan Quran dan hadis. 

Tipologi wawasan bangsa Malaysia diatas berdasarkan sistem membahagi-bahagi wawasan kepada pelbagai jenis. Seperti yang dikatakan, hingga kini belum terdapat konsensus. 

Model bangsa 

Setelah ditentukan prinsip bangsa Malaysia, tidak terelakkan pertanyaan: apakah model yang sesuai dipertimbangkan? 

Model nasion sesungguhnya banyak sekali diseluruh dunia. Namun, terdapat juga model yang perlu dielakkan. Dalam lingkungan negeri-negeri jiran terdekat pula — Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Laos — semuanya adalah rujukan baik untuk membinakan wawasan bangsa Malaysia. Korea, Jepun, dan China juga contoh absah. 

Pada ketika ini, memilih model China untuk dijadikan pertimbangan wajar sekali. China amat tegas dengan soal bahasanya dan juga keperibadian nasionalnya. Hal tersebut jelas apabila China berhadapan masalah Xinjiang, Tibet, dan Inner Mongolia. Di China bahasa Mandarin adalah bahasa umumnya, yakni bahasa kebangsaannya. Di negeri itu tiada sekolah yang mediumnya bukan bahasa 

Mandarin. Segala suatu di China di “bumikan”. Hal ini sama dengan sejarah Eropah. Segala sesuatu yang asing itu di Eropahkan. Demikian jua dengan Nusantara, sebuah peradaban maritim. Segala sesuatu di Nusantara, seperti kesenian, ideologi, malah kepercayaan asing itu di Nusantarakan — dibumikan. Dikatakan bahada Nusantara sifatnya “menyerap”, tetapi ia tidak di “serapkan”. 

Istilah sinification, seringkali silih berganti dengan istilah Chinese characteristics bermaksud memiliki ciri-ciri China. Contohnya, lima agama yang diiktiraf di China — Buddis, Islam, Tao, Protestan dan Katolik (yang keempat dan kelima itu dibezakan) — sejak 2015, agama-agama tersebut perlu memiliki characteristics negeri China. Contohnya, gereja digalakkan memakai bentuk arkitektur China. Malah zikir digereja (hymns) harus memiliki nada musik China. Demikian upaya negeri itu membentukkan keperibadian nasionalnya. 

Rakyat China beragama Islam pula diminta waspada kepada pengaruh asing keatas agamanya dan juga separatisme. Oleh kerana kekhususan sejarah Kristian dengan pemerintah China pasca-revolusi disitu, yang diberikan fokus oleh China adalah gereja. Sejarah gereja dengan “kekuasaan luar” dan sifat asing ada gereja yang tidak membumi itu membuat pemerintahnya mencurigainya. Ketegangan gereja – negara bermula sejak 1951 apabila Chou En Lai bersikeras dengan gereja Katolik, khususnya. 

Bilangan rakyat China beragama Kristian adalah antara 60 juta hingga 80 juta. Rakyat Uyghur berjumlah 11 juta. Buddis hanya 7 juta pengikut. 

Dari perspektif bahasa, masalah khusus di China adalah juga masalah khusus bersamaan di Malaysia. Contohnya, di Inner Mongolia, para pentadbir disitu diwajibkan menyelesaikan masalah etniknya dengan suku-bangsa Han, penduduk majoriti China. Penduduk disitu digesa supaya pemakaian bahasa Mandarin disitu diperhebatkan. Bahasa lokal harus dikurangkan penggunaannya demi bangsa China. 

Pada awal 2020 dikeluarkan Beijing arahan supaya bahasa Mandarin menggantikan bahasa Mongolia sebagai bahasa pengantar dipusat-pusat pengajian disitu. Hal ini kerana penggunaaan bahasa Mandarin menjadi satu usaha nasional China untuk mengintegrasikan suku-suku bangsa minoriti disitu kedalam budaya majoriti suku-bangsa Han. 

Pada awal 2021 pula, Beijing terus memperhebatkan dasar integrasi tersebut dengan langkah-langkah memperbetulkan pemikiran salah tentang budaya dan tentang apakah nasionaliti China. Contohnya, dasar integrasi nasional telah dilaksanakan Beijing di Xinjiang dan di Tibet dengan saranan agar pemimpin tempatan disitu gigih mengikut jalan yang benar untuk menyelesaikan masalah suku-bangsa dengan cara yang berkarakteristiks China. Dengan sikerasnya diingatkan Presiden China supaya rakyatnya di Inner Mongolia “menghafalkan” mantra bahawa suku-bangsa Han tidak bokeh dipisahkan daripada minoriti etnik lainnya. Seperti jua halnya dengan suku-bangsa minoriti itu tidak dapat diterasingkan daripada suku-bangsa Han. 

Kesimpulan 

Lima tipologi notion bangsa Malaysia diatas perlu didebatkan secara saintifik untuk disajikan kepada rakyat. Setelah itu beberapa siri referendum nasional perlu dilaksanakan agar keputusan rakyat tentang sifatnya bangsa Malaysia dan dimantapkan. 

Tentang model bangsa, oleh kerana terdapat masalah paralel mengenai kebudayaan dan karakteristik nasional, maka kelihatan disini China dan Malaysia mengharungi masalah bersamaan 

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini