KENYATAAN AKHBAR
Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF) Sebagai Wadah Baharu untuk Kesarjanaan dan Aktivisme.
Kehidupan masyarakat Malaysia dan global sejak setahun lalu menerima dampak perubahan akibat pandemik COVID-19. Masyarakat mempunyai pilihan tetapi bersifat terhad, selain bergelut untuk beradaptasi daripada cara lama kepada cara baharu. Kini, pembangunan masyarakat Malaysia berdepan dengan naratif baharu yang lebih mencabar dan memerlukan pendekatan yang sesuai dengan norma baharu kehidupan.
Atas kesedaran itu, Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF) ditubuhkan secara rasmi pada 29 Mac 2021, setelah diluluskan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Ini sebagai tindakan strategik jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang bermatlamatkan tiga perkara.
- Mengadakan kegiatan pertubuhan bersifat akademik melalui perbincangan kelompok, bengkel, persidangan dan penulisan, ke arah pembangunan masyarakat.
- Menyantuni isu kemasyarakatan melalui aktiviti penyelidikan, penyebaran dan pemindahan pengetahuan yang berasaskan isu pembangunan.
- Bekerjasama dengan pihak kerajaan melalui sumbangan input dasar berkaitan pembangunan Malaysia.
Ke arah masa hadapan pembangunan Malaysia yang lebih terangkum, NARATIF mengorak langkah dengan penuh optimis berpaksikan realiti transformasi dan pembangunan masyarakat Malaysia yang memerlukan sentuhan kesarjanaan dan kesarjanaan yang perlu meladeni masyarakat.
“KESARJANAAN UNTUK AKTIVISME, AKTIVISME UNTUK KESARJANAAN”
Jawatankuasa Eksekutif NARATIF
*Bagi maklumat lanjut berkaitan NARATIF dan permohonan pendaftaran keahlian, sila layari naratif.org atau media sosial kami di:
Facebook: Naratif Malaysia
Instagram: @naratifmalaysia
Twitter: @naratifmalaysia
YouTube: Naratif Malaysia