Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
25.3 C
Kuala Lumpur
12 October 2024 (Saturday)
spot_img

Naratif PRU15: Menjelang Tiga Hari Mengundi, Mana Lebih Dominan?

HEBAHAN EKSKLUSIF UNTUK MEDIA BERITA HARIAN DAN MASYARAKAT AWAM

MENJELANG TIGA HARI PENGUNDIAN, POLITIK GABUNGAN MANA YANG LEBIH DOMINAN DAN BOLEH MEMBENTUK KERAJAAN

Berdasarkan parlimen di setiap negeri-negeri yang telah dianalisis oleh pasukan penyelidik Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF) sejak bermulanya penamaan calon pada 5 November yang lalu, terdapat dua (2) renungan persoalan yang akan membayangi rakyat dalam menuju tempoh masa ke depan khususnya mengenai kesuburan demokrasi dan keluhuran perlembagaan politik gabungan menjalankan pentadbiran negara.

Persoalan pertama ialah apakah pasca PRU15 kali ini akan membuktikan kuasa politik milik rakyat atau politikus?

Kuasa politik secara zahirnya dapat dibuktikan ia kekal milik rakyat semasa dalam proses PRU. Malah dalam tempoh menjelang PRU15, rakyat lebih berkuasa menentukan talian hayat politik gabungan yang bertanding menerusi kekuatan mutakhir aset media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok.

Walau bagaimanapun, politik gabungan harus berjaga-jaga untuk kekal peka dan relevan dengan enam dimensi yang dibangunkan NARATIF. Enam dimensi tersebut ialah politik intelek, kualiti kepimpinan, iltizam perjuangan, transformasi masyarakat, sokongan akar umbi dan manifesto. Perlu diingatkan bahawa politik rakyat akan berevolusi dan ini termasuk pengundi muda dan baharu — jika tidak, siap sedia untuk dihumban dalam PRU yang akan datang.

Persoalan yang kedua ialah bagaimanakah bentuk penyelesaian jika tiada politik gabungan yang memperoleh majoriti mudah kerusi parlimen dalam membentuk kerajaan atau dikenali dengan parlimen tergantung?

Jalan tengah yang baik, cepat dan berkesan dalam meleraikan kemelut majoriti mudah atau parlimen tergantung ialah menerusi senario kerajaan campuran. Hala tuju rakyat perlu dididik oleh ahli politik bermulanya PRU15 kali ini untuk bersedia ke arah kerajaan campuran.

Banyak negara luar pernah bermuafakat untuk capai kestabilan menerusi kerajaan campuran bagi membentuk sebuah negara bangsa yang kuat seperti Jerman, Kanada dan New Zealand. Walau apapun, permuafakatan yang ingin dilakukan sekiranya terjadi senario kerajaan campuran adalah perlu berlandaskan kepada falsafah naratif Malaysia secara menyeluruh.

Falsafah tersebut ialah kerajaan campuran yang dibentuk wajib berupaya membentuk kerajaan yang mencerminkan kepentingan Bangsa Malaysia. Semua parti politik atau gabungan perlu menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara majmuk. Dalam erti kata lain, rakyat majmuk yang telah keluar mengundi harus memiliki rasa kepunyaan yang sangat tinggi terhadap kerajaan campuran yang dibentuk. Terutamanya dengan prinsip tindakan teras yang mewakili aspek naratif bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Prinsip-prinsip kerajaan campuran untuk mencapai sebuah negara Bangsa Malaysia dalam pasca PRU15 adalah wajib:

  • Memulihkan Teras Ekonomi
  • Menjunjung Teras Perlembagaan
  • Memperkasa Teras Reformasi Institusi
  • Menstabilkan Teras Politik
  • Menjamin Teras Prihatin
  • Mengembalikan Teras Federalisme

Senario kedua yang boleh berlaku ialah kebarangkalian hanya satu politik gabungan yang berpotensi untuk mendominasi dan berupaya membentuk kerajaan dalam PRU 15.

Cerapan dan naratif analisis tersebut adalah terangkum dengan keadaan semasa seperti momentum penyertaan dan kerasionalan rakyat untuk memilih di akhir-akhir kempen.

Keadaan tersebut kemudian dipadankan dengan dapatan enam kunci utama kejayaan politik gabungan dalam PRU15 seperti yang disepakati oleh penyelidik NARATIF dalam kajian PRU ini. Berikut ialah enam kunci utama kejayaan politik gabungan sekiranya berjaya menang dan dominan dalam kerusi parlimen secara majoriti mudah atau lebih besar:

  • Kualiti kepimpinan yang meyakinkan pelbagai kaum di peringkat domestik dan antarabangsa;
    • Mempunyai kaedah penyelesaian yang relevan untuk memulihkan ekonomi rakyat;
    • Reformasi institusi untuk masa hadapan negara yang bebas rasuah;
    • Tawaran manifesto yang realistik sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia;
    • Politik gabungan yang mempunyai sokongan akar umbi yang besar dan rasional untuk pengundi atas pagar memilih dan;
    • Iltizam perjuangan yang konsisten untuk agama, bangsa Malaysia dan seisinya.
Jadual 1: Politik Gabungan Yang Dominan Mengikut Negeri Berdasarkan Model Analisis Naratif PRU15 (MAN-PRU-15) Enam (6) Dimensi.

Berdasarkan jadual politik gabungan mana yang paling dominan, ia membuktikan bahawa tafsiran mengenai keputusan PRU15 masih dalam lingkungan yang dinamik dan sukar diramal.

Analisis NARATIF berpegang kepada andaian utama ini sejak bermulanya pembubaran parlimen pada 10 Oktober 2022 sehingga rencana ini diterbitkan. Semenjak itu, banyak naratif analisis dan data-data lain yang telah diterbitkan mengenai pola pengundian, corak pengundian dan politik gabungan mana yang boleh menang dan bakal bergabung menerusi responden yang memberi maklum balas.

Pada analisis NARATIF, keputusan PRU15 kali ini adalah sengit dan sukar untuk mempertaruhkan politik gabungan tunggal manakah yang akan mendapat sokongan besar undi daripada rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan. Jika tiada yang berjaya, maka ini adalah dua andaian pasukan NARATIF mengenai gabungan yang akan membentuk kerajaan campuran berdasarkan perkembangan politik semasa dan analisis kempen menjelang pengundian.

Andaian pertama ialah potensi BN bersekutu bersama GPS, GRS dan menerima kerjasama PN. Gabungan ini boleh berlaku serta membentuk kerajaan dan mirip seperti 33 bulan sebelum ini.

Andaian kedua ialah potensi untuk membentuk kerajaan campuran yang kukuh, ampuh dan stabil. Gabungan tersebut ialah PH, BN, GPS, WARISAN dan mungkin GTA biarpun ia tidak dominan di hampir setiap negeri kecuali di Kedah (kurang dominan).

Dalam andaian kedua, PH mungkin sukar membentuk kerjasama dengan BN. Pendirian PH jelas sejak awal kempen menolak untuk mengadakan kerjasama gabungan bersama BN mahupun PN. Namun, jika gabungan ini berlaku demi meleraikan kekalutan yang merugikan fokus utama enam kunci kejayaan politik gabungan, PN mungkin paling sukar untuk diterima masuk ke dalam gabungan ini.

Sebagai tambahan, setiap politik gabungan yang membentuk kerajaan campuran perlu memberi jaminan menerusi perjanjian khas untuk memenuhi prinsip dan citra Bangsa Malaysia kerana negara ini hakikatnya adalah negara majmuk!

Dalam analisis lain, politik gabungan dalam tempoh berkempen 5 November sehingga 16 November banyak mengartikulasikan hal menyeru pengundi muda untuk keluar mengundi. Di akhir-akhir kempen juga, semua calon kerap menyeru semua untuk turun keluar mengundi bagi menanam kepercayaan bahawa politik gabungan masing-masing mempunyai kelebihan jika turun mengundi.

Sesuai dengan kaedah MAN PRU15, iaitu memanfaatkan naratif data dan analisis PRU semasa, NARATIF berpendirian pengundi muda dan baharu adalah kelompok penentu yang boleh mengubah keputusan untuk tidak berlakunya parlimen tergantung mahupun terjadinya kerajaan campuran dan juga boleh memberi kemenangan bagi satu-satu politik gabungan yang mempunyai kelebihan besar di seluruh kawasan parlimen.

Dapatan lain NARATIF ialah satu-satu politik gabungan juga hanya akan berjaya mendominasi kawasan tersebut sekiranya jumlah pengundi muda dan baharu iaitu berumur 18-29 tahun mempunyai iltizam untuk turun mengundi berdasarkan logo parti gabungan berbanding rasional (peratusannya mungkin kecil) kerana tahap politik masih di peringkat parokial dan subjek.

Justeru, untuk memadankan analisis peratusan turun mengundi dengan bilangan kerusi yang boleh dimenangi adalah sukar khususnya yang membabitkan pemboleh ubah pengundi berumur 18-29 tahun.

Keadaan PRU15 kali ini adalah bergantung kuat kepada pengundi kategori 18-29 tahun. Selain itu, pengundi yang telah berdaftar tetapi tidak pernah membuang undi dalam PRU lepas ini juga adalah sangat tinggi dan menjadi tumpuan penyelidik NARATIF.

Maka, untuk membuat ramalan bilangan kerusi dalam PRU15 ini adalah berbeza dengan suasana politik edisi lepas. Risikonya ialah ramalan seperti ini tidak menyeluruh kerana ayunan undi daripada pengundi 18-29 tahun boleh berlaku tanpa dijangka.

Oleh itu, NARATIF berpendirian dalam kajian ini untuk tidak meramal bilangan kerusi biarpun mempunyai keupayaan tersebut. Hal ini NARATIF dengan kerjasama Berita Harian mempunyai matlamat yang lebih besar dan bersifat jangka panjang.

Matlamat tersebut ialah mendidik serta berkongsi kebijaksanaan bersama pembaca dan masyarakat dari segi ilmu dan kaedah untuk menganalisis politik dengan lebih kritikal dan tajam menerusi enam dimensi yang dibangunkan untuk melihat politik gabungan mana yang lebih dominan dan boleh dipilih secara rasional.

Ringkasnya, Malaysia pasca PRU15 dijangka bakal menzahirkan politik permuafakatan adalah jalan hidup dari segi politik bagi rakyat Malaysia sekiranya wujud kerajaan campuran selepas pemilihan PRU15.

Kerangka politik gabungan ini juga adalah relevan walaupun wujud senario bahawa akan ada hanya satu sahaja politik gabungan yang dominan serta boleh membentuk kerajaan sama ada oleh PH, BN mahupun PN.

Sehubungan itu, dalam tempoh tiga hari menjelang pengundian, pasukan penyelidik NARATIF sepakat bahawa kelebihan yang besar pastinya akan didominasi oleh gabungan politik yang sedang memperjuangkan enam kunci utama kejayaan politik gabungan sehingga hari pengundian.

Persoalannya adakah politik gabungan yang membentuk kerajaan berupaya membawa idea dan cita-cita Bangsa Malaysia? Persoalan ini disimpulkan buat sementara sebelum ia dapat dileraikan dengan aksi dan tindakan politik pasca PRU15.

Senarai nama pasukan penyelidik NARATIF PRU15:

Dr. Muhamad Azwan Abd Rahman

Dr. Mukhriz Mat Rus

Dr. Muhammad Rahimi Hasan

Dr. Eko Prayitno Joko

Dr. Che Hamdan Che Mohd Razali

Dr. Chai Ming Hock

Dr. Marfunizah Ma’dan

Muhammad Ariff Asyrul Adnan

Fatimah Tajuddin

Najiha Zainudin

Syahida Johan

Fairuzzaman Shaharuddin

Ooi Kok Hin

Nurfarhana Che Awang

–TAMAT-

Untuk versi PDF sila muat turun fail dibawah:

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

204FansLike
1,308FollowersFollow
712SubscribersSubscribe
spot_img

Artikel Terkini