Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF) akan menganjurkan Siri Kuliah NARATIF 2023 seperti ketetapan berikut:
Kuliah 1: Kerajaan Perpaduan dan Masa Depan Malaysia
Tarikh: 19 Januari 2023 (Khamis)
Kuliah 2: Pembangunan Dalam Konteks Cabaran Baharu Malaysia dan Serantau
Tarikh: 27 Januari 2023 (Jumaat)
Kuliah 3: Pendidikan: Falsafah dan Matlamat, Tadbir Urus dan Fakulti
Tarikh: 2 Februari 2023 (Khamis)
Kuliah 4: Tatakelola Hubungan Antarabangsa: Malaysia, ASEAN dan Prospek Rantau Damai, Bebas dan Berkecuali
Tarikh: 9 Februari 2023 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat LESTARI dan dalam talian (Zoom Meeting)
Google Maps | Waze
Semua ahli NARATIF diundang menghadiri kuliah ini.
Kami mengalu-alukan kehadiran para sarjana dan aktivis. Bagi anda yang bukan berdaftar sebagai ahli NARATIF, mohon untuk mendaftar sebagai peserta kuliah di pautan berikut https://forms.gle/ig1qcNAKk86TxAbv5. Pautan kuliah dalam talian akan diberikan menerusi e-mel sehari sebelum acara.
Kami amat berbesar hati menerima penyertaan Tuan/Puan/Saudara/Saudari. Daftar segera dan selamat bertemu dalam Siri Kuliah NARATIF 2023!
Terima kasih.