RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM
Team Selangor merupakan satu pasukan yang mengendalikan Inisiatif Kesedaran Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti Selangor dengan matlamat memperkasan aktiviti di Negeri Selangor. Dengan semangat untuk meningkatkan kesedaran sivik-kenegaraan, menggembeling tenaga sukarelawan, serta memupuk sikap dan kualiti kepimpinan dalam kalangan anak-anak muda di Negeri Selangor, bahagian Mahasiswa dan Anak Muda Team Selangor akan bekerjasama dengan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dan Naratif Malaysia (NM) untuk menganjurkan Bengkel Negara Idaman .
Program Bengkel Negara Idaman ini merupakan program yang menyediakan platform kepada mahasiswa, anak muda dibawah umur 30 tahun dan mempunyai minat dalam penulisan untuk mendapat didikan inklusif daripada penulis-penulis berpengalaman. Pemilihan Tema Negara Idaman ini dilihat dapat memupuk nilai patrotisme dan memberi sedikit cabaran kepada peserta dalam penulisan. Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perbahasan utama dalam persoalan nasional. Dari sejarah, masyarakat Malaysia bukanlah terbentuk semenjak tahun 1957. Latar belakang dan latar hadapan kepada projek negara-bangsa Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi makna kepada apa yang dinamakan sebagai Bangsa Malaysia. Malaysia, yang berlatarbelakang empat tiang utama—agama, bahasa, budaya dan raja—telah memberikan citra utama kepada identiti kebangsaan. Keempat-empat tiang ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan Melayu. Hal ini membolehkan kita untuk menilai pendirian peserta dalam isu-isu yang berlensakan politik seterusnya mempermudah pemilih peserta untuk dijadikan penulis Team Selangor.
Oleh itu, Team Selangor akan terlibat sama dengan IKMAS dan juga Naratif Malaysia dalam menjayakan 3 Siri Bengkel dan satu Seminar dalam membentuk sekumpulan anak muda yang berpotensi menulis tentang persoalan identiti dan kenegaraan. Team Selangor akan menguruskan hal-hal berkaitan logistik dan juga pemilihan peserta yang boleh hadir daripada sukarelawan-sekarelawan Team Selangor dariapda IPT.
PELAN OPERASI PROGRAM
Objektif Program
- Melahirkan satu pasukan penulis yang memberi tumpuan terhadap persoalan identiti dan kenegaraan dengan satu tema khusus: negara idaman.
- Menghubungkan generasi penulis di kalangan mahasiswa dengan ahli-ahli akademik
- Menterjemahkan teori dengan merealisasikan konsep-konsep dalam bentuk penyelidikan yang bermutu.
Sasaran
- Kawasan sasaran: Seluruh Selangor
- Kumpulan sasaran sukarelawan
- Kumpulan sasaran penerima manfaat
- Seramai 30 Mahasiswa, aktivis dan penyelidik bawah 30 tahun
- ahli-ahli akademik yang terlibat sama dalam bengkel ini
PELAKSANAAN PROGRAM
Program ini akan melibatkan dua bentuk acara: bengkel dan seminar. Walau bagaimanapun, bengkel akan merangkumi tiga siri di samping satu seminar.
BENGKEL 1 (25 September 2019)
Tempat: Bilek Inovasi PJK, Tingkat 1, Bangunan IKMAS
- Pengenalan kepada “Sejarah Sains Sosial di Malaysia: Isu dan kemungkinannya pada masa depan” oleh Prof. Abdul Halim Ali.
- Kupasan 1 kepada teori negara idaman oleh Ruhan Shahrir Abdul Halim, Felo Penyelidik KITA.
- Perbincangan dalam kaedah penulisan bersama dua jurulatih: Haris Zuan dan Ramze Endut
- Penghasilan abstrak penulisan untuk bengkel seterusnya.
BENGKEL 2 (16 Oktober 2019)
Tempat: Bilek Mesyuarat LESTARI, Sebelah Bangunan IKMAS
- Kupasan 2 kepada teori negara idaman oleh Ruhan Shahrir Abdul Halim, Felo Penyelidik KITA.
- Kupasan 3 kepada teori negara idaman oleh Ruhan Shahrir Abdul Halim, Felo Penyelidik KITA.
- Perbincangan mengenai kaedah penulisan bersama dua jurulatih: Haris Zuan dan Ramze Endut
- Penerimaan deraf esei untuk semakan jurulatih.
BENGKEL 3 (30 Oktober 2019)
Tempat: Bilek Mesyuarat LESTARI, Sebelah Bangunan IKMAS
- Kupasan 4 kepada teori negara idaman oleh Ruhan Shahrir Abdul Halim, Felo Penyelidik KITA.
- Kupasan 5 kepada teori negara idaman oleh Ruhan Shahrir Abdul Halim, Felo Penyelidik KITA.
- Perbincangan mengenai kaedah penulisan bersama dua jurulatih: Haris Zuan dan Ramze Endut
- Penyerahan makalah penuh untuk tujuan penerbitan.
SEMINAR NEGARA IDAMAN (November 2019)
- Pembentangan hasil makalah untuk tujuan penerbitan
- Pembetulan makalah bersama-sama dengan jurulatih
- Perbincangan hala tuju
ATURCARA SIRI BENGKEL
BIL | MASA | AKTIVITI |
1 | 10:00 pagi | Pendaftaran Peserta |
2 | 10:30 pagi | Slot 1 |
3 | 12:30 petang | Makan tengahari dan Solat Zuhur |
4 | 2:00 petang | Slot 2 |
5 | 3:15 petang | Minum Petang |
6 | 3:30 petang | Slot Penggulungan (Penghasilan abstrak/esei/makalah) |
7 | 4:30 petang | Bersurai |
BORANG PENDAFTARAN: